•^SPECIAL CHAPTER III^•

2.9K 176 76
                                    

Anayra hanya memandang dari jauh Maryam yang sedang galak ketawa apabila melihat ekspresi wajah Aaran yang sedang terjelir kearah bayi 3 bulan tersebut.

Senyuman Aaran mula membuatkan dirinya diam. Dia memejamkan matanya rapat. Tangan naik ke kepala. Terasa kepalanya kini dicengkam kuat.

Terlayar ingatan 2 tahun lalu. Senyuman sinis Aaran, tangan besar milik lelaki itu merayap di sekitar tubuhnya, mata yang penuh nafsu tidak lepas memandang tubuh badannya.

Lagi-lagi bila keadaannya kini ditindih dengan badan lelaki yang besar dan tegap tersebut.

"Tolong!!! "

Anayra cepat-cepat membuka mata. Nafas gadis itu naik turun. Dia memandang Aaran yang masih bermain dengan anak gadisnya. Dia mula rasa tidak sedap hati.

Kaki di langkah kasar menuju ke arah Aaran. Aaran mendongak memandang Anayra.

Maryam terus dirampas dari tangan Aaran. Aaran masih terpinga-pinga. Tidak faham akan apa yang berlaku.

Anayra cepat-cepat meninggalkan Aaran keseorangan di ruang tamu tersebut. Dia terus masuk ke bilik lalu dikatup rapat.

"Anak mummy okey? " Anayra mengusap-usap kepala Maryam. Mata bulat Maryam memandang ibunya sambil ibu jari dimasukkan ke dalam mulut.

"Mummy tak percaya dia. Mummy takut apa yang jadi kat mummy, jadi dekat Maryam. Okey? " Maryam terus dipeluk.



Aaran berjabat tangan dengan Khalish. Khalish senyum manis.

"Aku balik dulu. In Shaa Allah, nanti kalau ada masa aku datang jenguk Maryam. Boleh kan? " soal Aaran. Khalish mengangguk sambil menepuk bahu Aaran.

"Boleh, kenapa pulak tak boleh? "

"Takdelah.. Hmm, Anayra..." mata Aaran memandang pintu bilik yang masih ditutup tersebut.

"Ouh, maaflah. Mood dia kurang baik kot. Jangan risau, datang je. Maryam pun nampaknya suka dekat kau"

"Terima kasih, Khal sebab masih percayakan aku. Aku dah buat banyak kesalahan dekat kau. Sampai aku ti-"

"Tak payah nak ungkit benda lama. Sekarang ni aku bersyukur kau dah sembuh. "

"Terima kasih lagi sekali. Aku balik dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"



Anayra menggantungkan telekung di dalam almari. Dia baru sahaja selesai solat Isyak berjemaah bersama Khalish.

Tangan yang melingkar di pinggang ramping Anayra mengejutkan gadis itu. Hembusan deru nafas Khalish di tepi telinga Anayra membuatkan gadis itu kegelian.

Wajah Khalish disembamkan pada bahu Anayra.

"Maryam tidur dah? "

"Dah, lepas menyusu terus tidur"

"Ouh... " wajah Khalish beralih pula kearah leher Anayra.

"Abang, " panggil Anayra lembut.

"Hmm?"

"Abang percaya ke yang Aaran tu dah sembuh? " soal Anayra. Khalish terus mengangkat wajahnya. Badan Anayra dipusing menghadapnya.

"Kenapa? What's in your head, sayang? Kenapa sayang cakap macam ni? " pipi Anayra diusap.

"Anayra takut kalau dia jadi macam dulu. Abang tak ingat ke yang dia hampir rogol Anayra? Dia pernah tikam abang tau! Anayra takut semua tu terjadi dekat Maryam pulak. Nanti Maryam-"

"Hey, hey... Don't be like this, honey. Sayang, trust him. Jangan biarkan perkara negatif masuk dalam otak tu. Abang dah lama maafkan dia. Positif, okey? "

C | TRUE LOVEOnde histórias criam vida. Descubra agora