•^BAB 59^•

3.4K 202 64
                                    

Anayra memandang Aaran tenang walau jantung sudah berdegup laju seperti ingin pecah. Aaran memandang Anayra tidak berkelip. Dia meluru ke arah Anayra laju, ingin memeluk gadis tersebut. Anayra mengelak.

"Kita dah tiada apa-apa. Awak bukan mahram saya lagi. Awak dah ceraikan saya. Awak lupa?" tegur Anayra lembut. Dia berada di belakang Hazel.

Aqeef memandang adengan tersebut sambil tersenyum sinis.

Aaran terkedu.

"Sayang tengah pregnant anak abang. Talak masih belum jatuh. Sayang masih isteri abang, "

"Anak saya dah gugur, Aaran! Anak saya dah tiada. Talak dah jatuh, awak dan saya dah takde apa-apa ikatan lagi. Sekarang, saya hanya datang sini sebab nak uruskan hal penceraian antara awak dan saya" ujar Anayra terus terang.

Aaran menggelengkan kepala. Tangan naik memegang dan menarik-narik rambutnya.

Tidak... Tidak... Tak boleh... Anayra tak boleh berpisah dengan dia. Dia masih perlukan gadis itu. Anayra tidak boleh tinggalkan dia!

"Tak... Abang nak kita rujuk semula. Abang taknak bercerai. Kita rujuk ye, sayang? Abang nak tebus salah silap abang pada sayang selama ni"

"Saya taknak! Cukuplah saya dah terseksa mengenali awak selama ni, Aaran. Saya dah tawar hati. Selepas sahaja talak yang awak lafaz pada saya haritu, hati saya dah selama-lamanya tertutup untuk awak. Cukuplah saya tabahkan hati saya selama ni dengan kelakuan awak. Hanya satu yang saya minta, tolong bagi kerjasama" kata Anayra tanpa teragak-agak. Dia dah perit untuk bertahan.

Aaran terus meluru ke arah Anayra lalu memeluk gadis itu ke dalam dakapan erat bersama tangisan. Dia sedar itu salah, tapi dia tak dapat mengawal emosi.

Anayra meronta-ronta menolak Aaran kuat. Aaran mengundur ke belakang sedikit.

"Jangan sentuh saya! Awak dah bukan suami saya, Aaran. Awak tak boleh sentuh saya!"

"Tolong bagi abang peluang kedua. Abang perlukan sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang dunia abang. Selama-lamanya sayang milik abang. We start our new life, again? Abang janji abang akan jaga sayang baik-baik. Abang janji-"

"Stop with your stupid promise! Anayra dah serik dengar benda tu. Your promise is the most hated thing that i don't wanna hear.

Dah banyak peluang saya bagi untuk abang selama ni bukan sekali, tapi banyak kali. Tapi,abang tetap dengan setia abang terhadap orang lain. Saya dah penat. Saya nak rehat. Saya minta tolong satu je. Tolonglah... Bagi kerjasama." pinta Anayra dengan harapan.

Encik Shah memegang bahu anak lelakinya.

"Kalau kamu betul-betul sayangkan dia, dan nak tebus balik kesilapan kamu, bagi kerjasama. Anayra berhak bahagia dengan cara dia sendiri" ujar Encik Shah. Aaran mendiamkan diri.

Dia mendongak memandang wajah bekas isterinya. Anayra terlihat mengelakkan pandangan dari Aaran.

Aaran mengeluh lemah. Dia mengangguk perlahan-lahan walaupun hati mengatakan tidak. Dia terpaksa. Untuk kebahagiaan Anayra.

Jika wanita itu tidak mahu, maka dia tidak akan paksa.

Semua orang di dalam rumah itu menarik nafas lega. Anayra juga begitu.

Wajah muram Aaran jelas terpancar. Dilihat lagi gerangan wanita yang dia cintai.

Dia dah sakiti bidadari itu beberapa kali, biarlah sekarang ni dia sendiri yang tanggung rasa sakit yang pernah Anayra rasai selama ini.



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aaran dan Anayra telah sah bercerai. Anayra yang memakai pakaian putih di mahkamah tersebut senyum lega.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now