•^BAB 9^•

2.1K 144 1
                                    

~ satu hati yang tersakiti ~

____°____

HIS LIES : EIMAN

Anayra berlari anak menuju ke pintu bilik guru sambil membawa timbunan fail untuk diberikan kepada Cikgu Ilyana. Cikgu pun, waktu rehat jugaklah dia nak minta tolong. Dia dah lapar sangat dah ni.

Semua fail itu selamat mendarat atas meja Cikgu Ilyana. Cikgu Ilyana tersenyum puas hati.

"Terima kasih Anayra. Nanti cikgu bagi rasa masakan cikgu esok. Waktu rehat esok datang tau" pesan Cikgu Ilyana.

Anayra hanya menghadiahkan senyuman palsu. 'Masakan Cikgu Ilyana? Sumpah aku taknak rasa! Masakan dia tu semua pedas-pedas! Dahlah aku ni jenis tak tahan pedas'

"Err.. Yelah cikgu. Ada apa-apa lagi ke yang saya boleh tolong ni cikgu? Kalau tak saya nak minta diri nak pergi makan" baru sahaja Anayra ingin melangkah pergi, Cikgu Anayra memanggilnya kembali. Mahu sahaja dia mencarut dengan apa yang dikatakannya tadi.

"Ye cikgu? " tanya Anayra pasrah. Aduhai.. Perutnya dah nyanyi lagu Blackpink dah ni.

"Cikgu nak tanya pasal projek untuk tingkatan 4. Pasal kem motivasi tu siapa yang akan handle projek tu? Cikgu ada hal nak discuss"

"Ouh..pasal tu. Projek tu..." mata Anayra dikalihkan pada sosok tubuh yang bersongkok yang baru sahaja masuk ke dalam bilik guru.

Dia menghampiri Anayra dan Cikgu Ilyana. Anayra hanya mendiamkan diri seperti batu. Matanya memerhati setiap gerakan lelaki itu.

"Assalamualaikum cikgu." dia memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ouh, Eiman. Ada apa jumpa cikgu ni? "

"Saya nak ambik list nama pelajar yang akan menjadi ketua bacaan al-quran setiap pagi. Ustaz Hamidi kata, list nama pelajar itu ada dengan cikgu" ujar Eiman.

"Ouh, jadi kamulah pengerusi Badar. Kejap ye, cikgu ambik dekat rak hujung sana."

Cikgu Ilyana melangkah menuju ke arah rak yang dikatakannya. Tinggallah Anayra bersama Eiman berdiri seperti patung cendana.

"Err.. Awak ni Eiman ke? Anak Cikgu Rafisyah? Ummi?" soal Anayra ragu-ragu.

"Ye, saya. Macam mana awak tahu? "

"Lah, patutlah macam pernah tengok! Abang Ngah rupanya! Ni, Rara. Abang Ngah tak ingat?" aku tersengih menampakkan gigi.

"Rara? Rara.... Ouh.. Rara anak Cikgu Sari? Mama? Patutlah abang macam kenal je. Cuma abang takut abang silap orang. Tu yang abang tak tegur tu" kata Eiman sambil tersenyum.

'Aduhai mak ampun mak lampir! Senyum pun hensem. Aip! Jangan mudah catch feeling Anayra! Tak ingat ke yang kau pernah disakiti sebab-sebab macam ni? Keep calm'

"Rara tak pernah nampak pun abang dekat sekolah ni. Sedangkan Rara dah lama sekolah kat sini" Anayra mendongak memandang Eiman. Eiman menggaru-garu kepalanya. Wajah masih menunduk dari memandang wajah Anayra.

"Emm.. Abang dulu sekolah lain. Sekarang ni abang sekolah sini nak ambik form 6. Dah lama daftar mungkin Rara je yang tak perasan" ujar Eiman tenang.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now