Anayra menjegilkan mata. Amboi, buruk semua aku lah. Baik semua dia? Amboi.
"Sayang dah decide nak bagi nama anak? " soal Khalish. Khalish duduk disebelah isterinya sambil memaut erat bahu gadis itu dan menariknya merapat.
"Dah. Anayra nak namakan dia Maryam Seroja. Campuran nama islamik dan klasik. Cantik tak? " Anayra memandang Khalish sambil mengerdipkan mata beberapa kali.
"Cantik nama sayang bagi dekat anak kita. InShaaAllah, Maryam Seroja binti Khalish Adham akan jadi anak yang solehah untuk kita. Kita sama-sama didik dia okey? " Khalish melabuhkan ciuman pada ubun-ubun isterinya. Anayra mengangguk.
Pintu wad diketuk. Misi menjengulkan kepala.
"Assalamualaikum puan, tuan. Maaf menganggu. Sekarang masa untuk menyusukan bayi. Puan perlukan pertolongan atau... "
"Takpe, takpe. Saya boleh buat sendiri" ujar Anayra. Misi itu mengangguk faham. Dia beredar meninggalkan wad tersebut setelah kerjanya selesai.
Anayra membuka butang baju hospital pink yang dipakainya. Pada butang yang ketiga, dia memandang Khalish disebelah yang sedang memerhatikannya dari tadi.
"Kenapa? " soal Khalish sambil mengangkat sebelah kening.
"Err... Abang duduk dekat sofa tu sekejap boleh? "
"Lah, kenapa? Katil ni bukan main luas lagi sayang. Boleh je abang duduk dekat sini sambil saya menyusukan Maryam" ujar Khalish. Anayra menggigit bibir. Sebenarnya, itu bukan apa yang dia maksudkan.
"B.. Bukan... Bukan tu maksud saya.. Emm... " dia menguis-nguis butang baju yang dipakai sambil menundukkan wajah.
Khalish yang mendapat tangkap maksud tersirat Anayra tersengih nakal. Dia memandang Anayra.
"Sayang malu dengan abang, eh? "
Anayra perlahan-lahan mengangguk.
"Tak payah malulah. Abang ni suami sayang. Dah ada anak sorang dah pun nak malu buat apa lagi? Meh abang tolong sayang susukan Maryam" tangan berurat Khalish laju membuka kesemua butang baju Anayra kemudiannya menyerahkan Maryam kepada isterinya berhati-hati.
Rumah Anayra dihiasi dengan tetamu-tetamu yang hadir. Alunan zikir yang merdu menyerikan lagi majlis aqiqah Maryam Seroja.
Maryam juga galak ketawa bersama Aqeef. Memang rapat dua orang tu. Maryam pun macam tahu-tahu je dengan Si Aqeef.
By the way, Aqeef still single. Tu je nak cakap.
Khalish mendapatkan Anayra yang sibuk menyusun kek cawan di dapur untuk dijamu pada tetamu. Dipeluk isterinya dari belakang.
"Abang! Behave lah. Nanti orang masuk dapur macam mana? " Anayra cuba meleraikan pelukan.
"Shhh... Janganlah bising. Takde orang nak masuk dapur pun ha.. Semua duk melantak makanan. Lagipun, semenjak Maryam lahir ni sayang dah tak manja dengan abang... Ni jelah masa kita nak sweet sweet. " ujar Khalish di tepi telinga Anayra. Nafas Khalish menderu menyapa telinga Anayra. Anayra menggeliat kegelian.
"Eii... Abang ni. Gatal tak bertempat"
"Eleh... Nanti kalau abang tak layan jangan cari abang"
"Amboi Amboi pengantin lama... Ingatkan buat apa. Bersweet sweet kat dapur pun jadi eh? Maryam, tutup mata jangan tengok! " Aqeef menutup kedua belah mata Maryam. Maryam pula hanya diam. Macam faham sangat kehendak pakciknya itu.
"Diamlah! Aku sweet dengan bini aku. Kau ada? "
"Ceh, kuang ajar" Aqeef mencebik. Tertusuk hati single titew.
"Ni, umi dengan Eiman datang. Pergilah sambut diorang" ujar Aqeef.
"Abang Ngah dah balik London? " soal Anayra dengan mata terbuntang luas. Aqeef mengangguk.
Tangan Puan Rafisyah dikucup hormat. Puan Rafisyah mengusap pipi Anayra.
"Dah besar anak umi. Umi masih duk teringat Rara kecik-kecik dulu, tup-tup dah ada anak. Tahniah anak umi. " ucap Puan Rafisyah ikhlas.
"Tahniah, Rara" ucap Eiman pula. Dia tersengih.
"Terima kasih abang Ngah, umi. Jemputlah makan. Makanan banyak lagi tu. "
"Yelah"
Eiman menghampiri Anayra. Anayra memandang Eiman.
"Abang Ngah takde calon ke? Nak cakap tak hensem, hensem. Ni mesti orang confess pergi reject kan? Anayra nak jugak dapat kakak ipar orang putih "
"Ada je calon. Cuma tulah, dah dikebas orang. Ingatkan masa jadi taken ke single tu boleh rembat, tapi tak sempat" ujar Eiman sambil memandang kehadapan.
Alamak. Anayra meneguk air liur. Abang Ngah ni masih berharap dekat aku ke? Dia memandang Eiman tanpa berkelip.
Eiman sengih. "Abang gurau je lah. In Shaa Allah, adalah tu. "
Anayra hanya senyum kekok. Alahai.. Dia punya gurau tu tak boleh bawak bincang.
"Abang pergi makan dulu, eh" Anayra mengangguk. Eiman terus berlalu ke meja makan. Nafas lega dihela.
"Cakap apa dengan Eiman tu? " Khalish disebelah mengejutkan Anayra. Tangan Khalish memeluk isterinya merapat.
"Takde apalah. Abang tak lapar ke? Nak makan? "
"Taknak lah... Kenyang" Anayra mengangguk faham. Khalish ni mudah kenyang. Makan sikit kenyang. Sebab tu badan still kurus tapi sado. Ehek.
"Assalamualaikum " salam dari pintu rumah mengejutkan suami isteri tersebut.
"Mummy! Daddy!" Anayra menyambut Puan Dareena dan Encik Shah mesra. Tangan kedua-dua orang tua itu dikucup.
"Mummy dengan Daddy datang berdua je ke? Mana Luan dengan Hazel? " soal Anayra.
"Diorang on the way datang sini. Jalan jem sikit. Lagipun, mumny dengan daddy tak datang sorang... " Puan Dareena memalingkan wajah memandang figura dibelakangnya.
Anayra terpana. Khalish disebelah juga turut sama. Mereka memandang lelaki tersebut tanpa berkelip.
"Assalamualaikum, Anayra" senyuman Aaran menghiasi pintu rumah tersebut.
ВЫ ЧИТАЕТЕ
C | TRUE LOVE
Любовные романы#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
•^SPECIAL CHAPTER I^•
Начните с самого начала
