•^BAB 59^•

Mulai dari awal
                                    

Aqeef memeluk bahu adiknya.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar" ucap Aqeef. Anayra mengangguk.

"Rasa lapar pulak tiba-tiba. Abah, nanti balik kita singgah kedai mamak okey? " pinta Aqeef manja. Encik Azman hanya menjulingkan mata. Anayra ketawa kecil.

"Jomlah gerak"

Baru sahaja kaki ingin melangkah pergi, mereka ditahan dengan suara garau memanggil nama Anayra. Anayra menoleh kebelakang.

Aaran yang memakai kemeja hitam berserta songkok dipandang Anayra. Jantung tiba-tiba berdegup kencang.

"Boleh abang nak cakap dengan Anayra kejap? Sekejap je" pinta Aaran.

Anayra memandang Aqeef. Aqeef mengangguk tanda membenarkan.

"Jangan lama sangat. Abang tunggu dekat hujung tu" Anayra mengangguk. Dia menuju ke arah Aaran yang setia berdiri menunggunya.

"Awak nak cakap apa?" soal Anayra tenang. Beg tangan kecil dibimbit erat. Anak mata cuba dielak untuk memandang bekas suaminya.

"Abang nak minta maaf kalau selama ni abang banyak sangat buat salah dekat sayang. Abang tahu,tak terkira kesilapan abang terhadap sayang. Abang tak percaya sayang, abang musnahkan segala harapan,abang mungkir janji abang. Abang minta maaf" ucap Aaran penuh rasa bersalah.

Anayra menghela nafas panjang sebelum membalas.

"Saya pun nak minta maaf dekat awak kalau saya pun ada buat silap. Halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak. Ampunkan segala dosa saya jika saya ada buat dosa dengan awak.

Segala maaf awak, saya dah lama ampunkan. Saya harap awak dapat cari jodoh yang lebih baik dari saya, In Shaa Allah. Saya pergi dulu, assalamualaikum" Anayra menundukkan wajah. Dia berpaling dan bergerak menujj ke arah Aqeef yang setia berdiri di tepi bangku tersebut.

Aaran hanya memerhati langkah Anayra dari jauh.

Bidadari itulah yang dia khianati selama ini dan dia akui, dia menyesal.

Melepaskan bidadari yang sempurna adalah satu kesilapan terbesar baginya.

Nur Anayra Alhena.

Give me one more....





"Baa!!"

"Ya Allah Hanafi sikat rambut tepi!" latah Anayra kuat. Dia menoleh kebelakang. Figura yang sedang terkekek-kekek ketawa itu dipandang geram.

"Sir!"

"Sorry sorry... Alah, gurau sikit je pun. Janganlah marah... Awak ni, terkejut dengan melatah pun cantik. Haih..." Khalish menggeleng-gelengkan kepala.

"Janganlah buat macam tu lagi! Sir ni..." Anayra memuncungkan bibir.

"Alah... Nanti saya tak boleh nak jumpa awak dah. Awak nak balik Kelantan esok kan? Masa ni jelah saya boleh menyakat awak. You know, i will miss you sweetie pie"

Anayra menjulingkan mata. Malas ingin melayan. Sebijik macam Aarash lah pulak perangai Khalish ni!

Oh, for your information...

Aarash sekarang ni tengah sambung study Master dekat London dan akan tinggal di sana bersama kedua ibu bapa dia. Mungkin dia dah takde harapan kut nak dapatkan Anayra balik...

Korang nak ke?

Then, Anas yang gatal tu dah selamat kahwin dengan kekasih dia, Syasya. Selepas beberapa tahun membuaya, akhirnya selamat jugak jadi laki orang. Diharapnya berubahlah perangai tak semenggah si buaya lahanat tu.

C | TRUE LOVETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang