#2ᴛʜ
𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑
Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta.
" Kau tu hodoh, buruk...
Lagipun dia dah tak sayangkan Anayra. Dia yang halau Anayra keluar dari rumah tu. Buat apa Anayra mengemis kasih sayang lagi daripada orang yang dah takde secebis sikit pun kasih untuk kita? Anayra rela keluar dari rumah tu daripada menjadi tunggu dekat rumah tu.
Kenapa? Kak Long tak suka Anayra duduk sini ke? Kalau Kak Long tak suka Anayra duduk sini, Anayra boleh pergi cari mana-mana rumah sewa. Anayra taknak susahkan Kak Long" kata Anayra sayu.
Kak Hanis pantas menggeleng.
"Kak Long okey je kalau Anayra nak duduk sini. Abang Long pun okey. Lagipun, lepas baby lahir nanti Haris ada kawan. Kalau Anayra duduk dekat rumah sewa tu, siapa yang nak tolong tengokkan Anayra? Anayra duduk je sini. Akak okey je" ujar Kak Hanis. Anayra senyum. Dia terus memeluk Kak Hanis erat.
"Terima kasih Kak Long."
"Sama-sama"
Hazel mendecis. Dia menyisip minumannya rakus. Wajah tidak puas hati ditonjol.
"Sepatutnya aku sepak muka dia bagi bersepai gigi tu. Dia ingat aku ni apa? Hey, aku ni bekas juara seni silat gayung tali pinggang pelangi hijau tau? Ey... Serius aku rasa nak pergi patah-patahkan tulang dia biar tak boleh jalan. Eiii!!! " Hazel menghentak tangan pada meja makan itu kuat.
Para pelanggan di kedai makan itu langsung memandang mereka berdua sambil mengerutkan kening. Ada yang membuat muka menyampah. Marah agaknya kerana mengganggu ketenteraman mereka untuk makan pada petang itu.
Luan sudah mula menyorokkan wajah disebalik menu yang dipegang.
"Kau ni apahal. Nak marah tu biar bertempat sikit. Orang ramai dah tengok tau tak"
"Kisah apa aku? Aku tahulah aku famous. Masalah sekarang ni. Ey, aku tak boleh lah dengan adik kau ni. "
"Adik aku tu sepupu kau"
"Aahh! Aku tak mengaku dia sepupu aku. Buat Anayra macam tu? Ingat aku nak anggap dia tu sedarah sedanging aku? Sorry not sorry dear.
Dia rela pergi defend perempuan gedik macam ikan belut tu daripada Anayra yang dah berhempas pulas sabar dengan karenah dia, dengan keburukan dia yang tak pandai nak jaga hati bini. Lepastu nak cakap yang dia tu adil. Adil pale hotak dia. Nak cakap adil pasal nafkah zahir batin bolehlah bang.
Aku rasa masa kursus kahwin haritu dia tidur kut. Sebab nampak bengap sangat lepastu bodoh tambah gila dengan sengal. Dia tu buta. Tak nampak apa yang Anayra buat. Apa yang dia nampak salah Anayra je. Dia tak nampak ke perempuan gedik macam ikan paus tercekik tulang ikan tu lagi salah? Dasar lelaki.
Bab nikah 4 laju cakap benda tu sunnah. Yelah, sunnah tu jelah yang dia tahu nak buat. Sunnah lain buat-buat tak nampak. Sebab apa? Buta. Yang dia tak buta apa? Berpoligami. Rilek la, benda tu sunnah, nabi pun buat. Ha, memanglah.
Dia tak tahu nabi nikah 4 sebab nak tolong perempuan masa zaman tu. Nabi pun ambik yang tua-tua daripada bagindalah. Bukannya ambik yang muda nak mampus macam zaman sekarang ni. Berpoligami sebab apa? Nafsu. Dasar jantan nafsu kuda biawak komodo. Arghh!! Stress aku! " kepingan daging ayam yang sudah dipotong disumbat ke dalam mulut kasar.
Luan menggelengkan kepalanya. Allahu... Jujur sebenarnya dia pun terasa kena tempias sekali.
"Semua dah settke kan? Kita pun dah tahu Maira tu bersalah"
"Settle? Kau panggil tu settle Luan Alwaz? Kau pun sama macam adik kau. Anayra tu tengah bawa hati dia yang sakit kau tahu tak? Takde khabar berita langsung daripada keluarga Anayra. Maira tu lebih baik aku bawak dia pergi zoo. Dasar perempuan murah. "
"Dah, dah... Minum air tu. Legakan hati kau tu biar reda dulu. Lepastu baru sambung marah dalam kereta" kata Luan. Hazel menjulingkan mata.
Luan senyum kecil.
'Aku bawak jumpa tok kadi kan baru tahu'
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Thank you for 10K views! Thank you kepada yang vote story True Love! Haera menangis kegembiraan😭
Btw, korang nak Anayra nikah dengan sape sebenarnya?
Ke nak bagi Anayra tu title Janda Hot seumur hidup?