"Lepas balik je dari kedai, terus K.O. Penat sangat agaknya. Jom, abang bawak masuk bilik. Ke.... Nak abang dukung? " soal Aaran. Tangan sudah berura-ura ingin mengangkat tubuh kecil isterinya. Anayra mengundur setapak.
"Eh, tak payahlah nak mengada. Saya demam je, bukan patah kaki, " tangan Anayra sudah mencapai pemegang tangga.
"Like do i care, " tubuh Anayra segera diangkatnya gaya bridal style. Anayra terjerit kecil namun mulutnya sempat ditekup.
"Shh... Nanti Maira bangun, kita tak boleh geder-geder" bisik Aaran rapat ke telinga Anayra. Bibir digigit dengan senyuman nakal diberi. Anayra menjulingkan matanya keatas.
"Kenapa abang boleh jadi mengada, gatal sangat harini, hah? "
"Dengan sayang je... "
Maira mengemaskan tali leher suaminya. Dada Aaran di tepuk-tepuk tanda siap. Tangan dikalungkan pada leher Aaran, menarik suaminya lagi rapat.
"Kenapa nakal sangat sayang abang ni? " soal Aaran sambil mengangkat sebelah kening.
Maira tergelak kecil.
"Salah ke? " Maira gigit bibir.
Aaran meneguk air liur. Haih... Lain macam bini dia sorang harini.
"Sayang jangan macam-macam... Ada jugak yang tak pergi kerja harini, "
"Ish, orang usik sikit dah tergoda. Dahlah, nanti lambat." Maira menolak dada Aaran. Aaran mencebik.
"Ouh, harini Maira nak keluar boleh?"
"Keluar? Pergi mana? Dengan siapa? " soal Aaran bertalu-talu.
"Pergi jumpa kawan dekat kedai makan je. Boleh eh? "
"Hmm.. Jaga diri. Kalau ada apa-apa, call abang" Maira mengangguk laju.
"Bye, abang" tangan dilambai.
"Bye"
Tubuh Puan Sari dipeluk erat. Ya Allah... Akhirnya dapat juga dia bertemu dengan ibunya setelah beberapa bulan sibuk dengan hal pembelajaran.
Tangan Encik Azman disambut dan dikucup penuh kasih. Encik Azman mengusap kepala anak gadisnya.
"Anayra sihat? " soal Puan Sari. Melihat keadaan Anayra yang pucat membuatkan naluri hati keibuannya bimbang.
"Anayra sihat je, mama. Mama dengan abah sihat? Abang mana? " soal Anayra. Matanya meliar mencari susuk tubuh lelaki yang dirinduinya.
"Adik! " tubuh Anayra dipeluk dari belakang. Anayra tahu gerangan siapakah itu. Dia tergelak.
"Abang sihat? " soal Anayra ramah.
"Tengok badanlah"
Anayra mencebik. Ada ada je abang dia sorang ni. Perasan. Tahulah sekarang badan dah tough. Sepak karang baru tahu.
"Ni, Anayra datang sini dah bagitau Aaran belum? " soal Encik Azman.
"Dah. Dia bagi je Anayra jumpa abah dengan mama"
"Eh, jom masuk. Bersidai kat luar panas-panas ni nanti pengsan pulak" ajak Puan Sari. Anayra tergelak. Ya Allah... Rindunya dia pada keluarga. Sekarang baru boleh bersua muka.
"Adik okey? " soal Aqeef. Anayra memandang Aqeef redup.
"Kenapa? Nampak macam adik tak okey ke? " Anayra sengih.
Tangan Anayra dicapai dan digenggam. Diusap kekura tangan adik perempuannya lembut.
"Adik, abang faham perasaan adik. Kalau adik nak luah apa-apa dekat abang, abang setia mendengar. Abang tak nak adik pendam sorang-sorang. " ujar Aqeef.
ESTÁS LEYENDO
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
•^BAB 48^•
Comenzar desde el principio
