•^BAB 44^•

Zacznij od początku
                                        

"Ish, pergilah mandi tu" Maira menolak badan Aaran. Aaran ketawa besar. Dicapai tuala di penyangkut dan terus masuk ke dalam bilik air.

Maira hanya senyum. Dia menggeleng kepala.

Tiba-tiba, dia berkerut wajah. Dia merasakan seperti sesuatu ingin keluar dari tekaknya. Dia terus berlari ke bakul sampah kecil di sudut bilik.

Dia memuntahkan segala yang terkumpul dari dalam tekaknya. Tidak selesa.

Dia memegang bakul sampah kecil itu kuat. Dia mengelap sisa-sisa muntah di tepi bibir.

'Kalau bukan sebab Aaran, dah lama aku buang kau! '

Maira pandang perutnya. Jijik dia rasa.

Aaran yang baru keluar dari bilik air dengan lengkap berbaju mendekati Maira. Dicium leher isterinya sambil memeluk erat tubuh itu.

Maira mengelak. Aaran pelik.

"Kenapa sayang?"

"Maira penatlah. Dahlah, Maira nak tidur. Awak tolong tutup lampu" Maira terus berbaring diatas katil. Selimut ditarik sampai ke leher.

Aaran mengeluh. Dia hanya menurut.

Mungkin emosi ibu mengandung.

Dia keluar dari bilik Maira. Perutnya berkeroncong minta diisi. Aaran terus melangkah ingin ke dapur.

Apabila dia melalui bilik Anayra, pintu yang terbuka sedikit itu diintai dari luar memerhatikan aktiviti yang dilakukan isterinya.

Dia meneguk air liur.

Anayra bersama dengan rambut panjang mengurai sedang meniarap diatas katil sambil membaca buku itu dipandang penuh minat. Bukan itu sahaja, dress singkat paras lutut itu juga dia pandang.

Alah, tak dosa kan intai bini sendiri?

Tanpa salam, dia terus masuk ke dalam bilik Anayra. Rasa lapar sudah hilang sepenuhnya. Anayra yang ralit membaca buku menoleh memandang Aaran. Dia berkerut kening.

Demam ke apa Aaran ni masuk bilik dia?

"Kenapa abang? " soal Anayra. Dia bangun dari meniarap.

"Maira taknak layan abang... Sayanglah layan abang" kata Aaran manja. Dia mendekati Anayra rapat. Boleh dia hidu bau shampoo yang dipakai Anayra dari jauh. Hmm... Wangi.

Eh, sejak bila suami dia ni jadi gedik macam ni? Dah biul ke apa?

"Sayang... Tolong urutkan badan abang. Abang sakit belakang lah" dia menunjukkan bahagian belakangnya.

"Okey" balas Anayra tanpa teragak-agak. Aaran terus membuka baju yang dipakai. Badan yang berketul-ketu itu Anayra pandang lalu meneguk air liurnya.

Walaupun dah berapa kali tengok, perasaan malu tu tetap ada. Alahai!

Tangan Anayra mula menyentuh disekitar belakang badan suaminya. Tangan bergerak mengurut perlahan-lahan.

Aaran menutup mata menahan nikmat. Terasa sedap diurut lagi-lagi dari tangan isteri sendiri.

Tangan Anayra perlahan-lahan naik mengurut bahu Aaran. Aaran segera menangkap tangan isterinya. Dikucup permukaan itu penuh sayang. Anayra pandang Aaran pelik.

Okey, malam ni Aaran pelik sangat.

Aaran memusingkan badan menghadap Anayra. Dia menyeluk leher isterinya sambil melabuhkan ciuman pada dahi.

"Can i? " pinta Aaran dengan suara serak basah.

Anayra dengan riak wajah bendul itu menganggukkan kepala. Dia dah tak fikir apa-apa dah. Dia juga turut menanti layanan sebegini dari suaminya.

Ciuman Aaran mula meliar disekitar badan genit isterinya. Maka, disitulah sayang Anayra terhadap Aaran semakin kian menambah.

Dia sayang Aaran. Dia sayang suaminya sangat-sangat. Hanya Aaran yang bertahta dihatinya. Tiada yang lain.

Hanya dia, Tengku Aaran Merdaad.

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
C | TRUE LOVEOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz