•^BAB 41^•

Começar do início
                                        

"Hazel pergi dulu okey?" Anayra mengangguk. Kelibat Hazel mula hilang dari pandangan. Anayra kembali menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan.

Aaran memandang isterinya yang lena tidur disebelah. Dia bangun lalu menyarung pakaiannya. Dia membuat perkara itu dengan senyap-senyap. Takut terbangunkan isteri manjanya.

Selepas sahaja keluar dari bilik tersebut, langkah kaki Aaran menuju ke bilik Anayra dan Hazel. Loceng ditekan.

Apabila pintu dibuka sahaja, wajah Anayra menjadi tatapan mata. Keadaan Anayra yang berkelubung selimut dari kepala sehingga buku lali mencuit hatinya.

"Abang? Abang buat apa kat sini?" soal Anayra sambil mengerutkan kening. Aaran terus menolak Anayra masuk dan mengunci pintu bilik. Mulut Anayra ditekup.

Anayra meronta-ronta. Tekupan tangan Aaran pada mulutnya cuba ditepis namun tidak berjaya.

"Shhh...abang takut Maira terjaga." bisik Aaran perlahan. Rontaan Anayra terhenti. Tangan suaminya dialih.

"Kenapa abang datang sini?"

"Abang tak boleh jumpa isteri abang?"

"Bukan macam tu... Anayra--"

"I miss you so much" Aaran memotong percakapan isterinya. Tubuh genit itu dipeluk ketat. Rindu yang membuak-buak pada isterinya yang satu itu.

Dia memagut dagu Anayra dan mendongakkannya keatas memandangnya. Selimut yang berkelubung pada badan isterinya sudah melurut jatuh entah kemana. Rambut isterinya dicium. Bau haruman itu seakan menggodanya.

Anayra kaku disitu. Dia tidak juga menolak. Dia akui, dia rindukan belaian suaminya. Sudah lama mereka tidak sebegini semenjak peristiwa suaminya itu membawa isteri baru.

Sejak itulah hubungan mereka tidak semesra dulu. Dia memeluk pinggang Aaran erat. Kepala disandarkan pada dada bidang suaminya. Haruman cologne milik Aaran menenangkannya. Dia suka akan baru itu dan dia mahu selamanya dapat mencium haruman tersebut.

"I miss you too, abang" ucapnya. Rindu dia pada suaminya membuak-buak. Betapa tabah dan sabarnya dia menunggu dakapan dan belaian suami terhadap dirinya.

"Alhena, " suara garau itu memandang Anayra dalam.

Anayra mendongak. Dia tersenyum bahagia. Lama panggilan berharga itu tidak dipanggil Aaran. Ye, panggilan itu hilang selepas hadirnya Maira dalam kehidupan mereka. Selalunya panggilan 'Anayra' atau 'sayang' sahaja yang dipanggil Aaran.

"Abang cintakan sayang. Abang taknak kita jauh. Abang tengok sayang dah makin jauh dengan abang. Apa salah abang? Mamat poyo tu je yang selalu berdamping dengan sayang " wajah cemberut Aaran dipandang dengan gelak tawa kecil Anayra.

"Cemburu? "

"Sayang isteri abang, mestilah abang cemburu "

Anayra gelak sekali lagi.

Telapak tangan Aaran dilekapkan pada dahi Anayra. Sudah kurang panasnya.

"Demam sayang dah kebah sikit"

Anayra mengangguk.

"Anayra sembuh sebab abang datang jenguk. Kalau abang tak jenguk, mesti dah melarat" Anayra tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Abang takkan biarkan sayang sakit lagi" janji Aaran serius. Dipeluk lagi tubuh itu.

"Abang janganlah janji macam-macam. Saya takut abang tak mampu nak tunaikan semua janji tu" kata Anayra. Dia mengusap jambang nipis suaminya.

Aaran memandang Anayra. Dia diam. Dia tahu, dia dah berjanji macam-macam pada isterinya yang satu itu tapi apa kesudahannya? Janji untuk setia, tapi diakhiri dengan dusta.

Maira buktinya.

"Abang minta maaf. Abang terpaksa kahwin dengan Maira. Abang harap sayang faham abang. Sekarang, abang nak hidup dengan kedua-dua bidadari-bidadari abang. Abang nak kita bertiga jadi keluarga yang bahagia. Abang cintakan kedua-dua isteri abang. Abang cintakan sayang, abang cintakan Maira" tutur Aaran ikhlas.

Anayra senyum pahit. Bertiga.

Kalaulah perkataan ketiga tu hanya untuk dia, Aaran dan anak mereka kan seronok?

Dia menundukkan wajah. Air mata mula berlinangan membasahi pipi. Suara esakan mula kedengaran.

"Hey, kenapa sayang nangis ni? Abang ada salah cakap ke? " soal Aaran kalut. Dikesat air mata isterinya dengan ibu jari. Wajah yang sudah banjir itu ditatap sendu.

"Saya minta maaf. Saya tahu abang nakkan anak. Saya minta maaf sebab saya tak mengandung lagi. Saya minta maaf sebab saya tak dapat bagi abang zuriat lagi. Abang mesti sedih kan? " kata Anayra diiringi suara esakan.

"Ya Allah sayang... Kita dah bahagia. Abang ada sayang pun dah cukup. Ye, siapa je yang tak nak zuriat. Semua pasangan inginkan kurniaan tu. Cuma rezeki kita belum sampai, sayang. Allah akan bagi bila masa yang sesuai tiba"

Rambut Anayra yang melitupi wajah itu diselak kebelakang. Dia mendekatkan wajah. Dikucup dahi isterinya lama. Kemudian turun ke mata yang sudah dibasahi air mutiara. Turun lagi pada puncak hidung dan berakhir dengan bibir mungil merah milik isterinya. Dipagut lama bibir itu.

Dengan linangan air mata, dia turut membalas.

Ya Allah, tabahkanlah dia dengan semua dugaan ini. Dia berharap sangat yang dia boleh hadapi semua ini dengan sabar.

Tautan bibir dilepaskan. Mata bertemu mata. Dahi Anayra dicium lagi.

"Abang sayang, Alhena. You are mine and forever mine" ucap Aaran seraya mencempung tubuh isterinya dan membawa ke katil.

Anayra kaget. Dia mengalungkan kedua-dua belah tangan pada leher Aaran.

Tubuh isterinya dibaringkan perlahan diatas katil. Aaran mula merangkak kearah Anayra dan menindih tubuh isterinya. Leher isterinya dicium lembut.

Anayra menahan dada bidang suaminya.

"Abang... Ni bukan bilik abang"

Aaran menghentikan kucupannya. Kepala diangkat memandang wajah bersih isterinya yang tiada cacat cela.

"Jadi? "

"Nanti kalau Hazel--"

"Shhh...abang nak sayang. Dah lama abang tunggu" tangan dia mula meliar di pinggang.

"Tapi, abang--"

"Sleep well, Alhena"

"Sleep well, Alhena"

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
C | TRUE LOVEOnde histórias criam vida. Descubra agora