"Abang pergi dulu, eh? " kata Aaran lalu mengucup dahi Anayra lembut. Penuh kasih.

"Terima kasih sebab jenguk Anayra walau sementara"

Aaran memandang isterinya sayu. Berat untuk dia tinggalkan isterinya lagi-lagi dalam keadaan seperti ini. Namun, ada satu lagi hati yang dia perlu jaga.

Bidadari-bidadari syurga Aaran. Sentiasa dalam hati lelaki itu. Tidak akan dia lepaskan walau satu. Dia sayang kedua-duanya.

Akhirnya, Aaran keluar dari bilik tersebut. Anayra hanya melihat dari ekor mata sehinggalah bayangan Aaran hilang dari pandangan mata.

Hazel yang dari tadi memerhatikan mereka berdua menggelengkan kepala. Dia mengurut kepalanya yang pening. Pening dengan kisah mereka berdua.

Tulah kau, Aaran! Siapa suruh kau kahwin dua? Tamak sangat!

Maira berpeluk tubuh sambil memandang Aaran tajam. Aaran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Abang jenguk isteri abang pun tak boleh ke? "

"Awak tinggalkan Maira dan saya tak suka awak tinggalkan Maira! Awak tipu Maira tau tak? Patutlah lama semacam, "

Aaran mengeluh. Sorang pulak merajuk. Dia mendekati isterinya dan memegang kedua-dua bahu sambil memberi panahan mata cinta pada si isteri. Maira kaku.

"Abang minta maaf okey? Lagipun, Anayra sakit. Takkan abang tak boleh tengok dia walau sekejap? Anayra pun isteri abang, tau" pujuk Aaran lembut.

"Hazel kan ada? Dia demam je, lepasni baiklah tu. Tak perlulah sampai nak kena curi suami Maira. Sakit sikit je tu"

"Maira, apa cakap macam tu?!" suara Aaran naik seoktaf.

"Apa?"

"Anayra pun isteri abang. Abang cuba untuk berlaku adil untuk kedua-dua isteri abang. Abang tak boleh pilih dua bidadari abang dalam satu masa. Bukan Maira sahaja isteri abang. Kalau Maira sakit, abang takde. Sayang nak? " soal Aaran tegas.

Maira ketap bibir rapat.

"Dahlah, abang penatlah... " Aaran mula melangkah ingin ke bilik air.

Maira gigit bibir.

Alamak, Aaran dah tak sayang aku ke? Nanti dia pergi dekat perempuan tu macam mana?

Maira cepat-cepat berlari anak memeluk belakang suaminya. Abs suaminya itu diusap-usap, cuba memujuk.

"Maafkan Maira, awak" tutur Maira.

Aaran diam tidak berganjak. Tiada langsung reaksi dari lelaki itu. Dia cuba tidak menolak.

Nampak tiada reaksi dari Aaran, Maira terus menghadap Aaran. Dia memegang kedua-dua belah pipi suaminya lalu mendekatkan wajah. Bibir Aaran ditindih lembut. Aaran membuntangkan mata besar.

Usapan dibibir melekakan Aaran. Dia turut terbuai dengan tindakan mengejut Maira.

Dia menolak isterinya lembut berbaring diatas katil. Bermulalah pelayaran mereka sebagai suami isteri dengan penuh rasa kasih. Penuh rasa sayang.

Hazel memandang Anayra yang ralit di balkoni bilik. Dia mendekati gadis itu rapat.

"Anayra, Hazel dah nak turun pergi pasar malam ni. Betul ni Anayra taknak ikut? " soal Hazel. Anayra berpaling dan mengangguk.

Alhamdulillah, demam dia sudah kebah sedikit. Dah kurang panasnya. Terima kasih juga pada Hazel yang menjaga dia dari pagi tadi.

"Takpe, Hazel pergi jelah dengan diorang. Anayra malas nak pergi berjalan. Nak duduk dalam bilik je" kata Anayra sambil senyum manis. Hazel mengangguk akur.

C | TRUE LOVEUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum