𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 57

4.2K 177 43
                                    

Arina pov.

Panas! Bukan sahaja cuaca yang panas tapi hati ni pun panas juga. Geram betul lah.

Kata dah lantik Hidayah tu as kopi lady now aku juga yang kena buat air. Tak guna betul lah.

Cawan yang berisi air kopi itu dihentak geram ke atas meja kerja Zarul.

Pandangan tajam dari Zarul langsung tak dihiraukan. Ada aku kisah? Nak bercinta pun tak payah lah menyusahkan aku.

"Kak Rina kenapa?" Tanya Hidayah polos.

Kak Rina? Huh aku bukan kakak kau lah.

Senyuman palsu ditayangkan.

"Tak ada apa, cuma panas" balas aku.

"Dah blah kita orang ada benda nak bincang" arah Zarul.

Aku hanya memandang dia dengan senyuman dibuat-buat.

"Encik Zarul, saya tahu yang encik ni bos dekat syarikat ni, tapi kalau perangai encik yang suka date tak kena tempat dan waktu ni saya rasa syarikat ni boleh lingkup. Apa kata kalau encik dan cik Hidayah pergi date dekat tempat lain, saya ni naik rimas tau tengok" kata aku geram. Nak je aku ketuk kepala mamat ni. Apa susah sangat ke nak faham yang aku tengah cemburu.

Eh kejap dia bukan ingat aku macam mana dia nak tahu yang aku ni cemburu ke tidak.

"Ada masalah ke kalau aku nak date dekat mana pun?" Tanya Zarul dengan senyuman sinis. Sempat dia mengenyit mata pada Hidayah. Hidayah sekadar tersenyum kelakar.

"Sini, awak sini, saya dah tak boleh tahan dengan perangai awak. Kenapa saya rasa yang awak ni tak hilang ingatan ha?" Kata aku dan mendekati dia. Fail tebal yang berwarna hitam sempat aku capai sebelum dengan kuat aku mengetuk kepalanya itu.

Aku dengar yang dia mengaduh sakit fikir aku peduli? Tidak sama sekali. Penat ni tahan sabar. Orang kata kalau nak bagi ingatan pulih kena ketuk kepala jadi aku ambil je lah apa yang ada untuk ketuk kepala dia.

Aku nampak juga yang Hidayah menayangkan riak risau. Tapi aku apa kisah.

"Rina! Aku bos kau jangan macam-macam aku boleh pecat kau" marah Zarul. Sakit dikepalanya masih terasa.

"Berani ke awak nak pecat saya hmm?" Tanya aku.

"Berani lah asal pulak tak berani" balasnya.

"Pecatlah pecat, nanti saya nak ikut Danny balik Amerika. Awak kahwin lah dengan Hidayah ni, tapi kejap awak bukan kisah kan?" Tanya aku dengan sinis.

Dapat aku lihat riak wajah Zarul berubah kepada takut?

"Siapa kata aku nak pecat kau?"

"Tak ada siapa kata tapi saya rasa, saya nak berhenti kerja lah. Lagi pun awak dah tak perlukan saya" balas aku.

"Siapa kata aku tak perlu kan kau?" Tanyanya.

Aku nampak dia bangun dan perlahan-lahan mendekati aku sehinggakan jarak antara aku dan dia hanya lebih kurang 5 inci.

"Awak ni kenapa ha?" Tanya aku dan menolak dia supaya berjauhan dengan aku. Bukan apa risau jantung ni terkeluar tak nak masuk balik je.

Dapat aku dengar dia melepaskan keluhan berat. Tapi aku hanya membuat endah tak endah.

Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik kerjanya. Malas mahu berfikir lebih lanjut. Kalau Danny ada mesti sekarang dia akan bawak aku pergi makan. Haish... Teringat pula dekat dia. Apa agaknya khabar dia sekarang.

Lepas perjumpaan antara aku dan dia dua hari lepas, kami mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan antara kami dengan cara membuang nombor telefon antara satu sama lain bagi memudahkan Danny untuk move on.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now