𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 52

4.4K 208 93
                                    

Sakit di kepala masih tak hilang. Tiga hari dia berada di kondominium mewah miliknya. Tiga hari juga dia asyik muntah dan tiada selera nak makan. Jujur dia cakap dia rindu akan Dian tapi egonya yang tinggi menepis kerinduan itu.

"Arh tak boleh jadi! Aku kena balik! Kalau aku stay dekat sini sampai bila-bila masalah ni tak settle. Kau suami Raiz, kau kena pandai uruskan rumah tangga kau. Kalau benda macam ni pun kau tak boleh handle macam mana kau nak handle benda yang lagi besar" katanya pada diri sendiri.

Tanpa berlengah dia mencapai kunci kereta yang terletak dia atas meja kopi. Selepas memastikan pintu semua telah dikunci kakinya laju menapak ke arah lif. Tujuan dia sekarang ini adalah kereta.

Perutnya rasa ingin memuntahkan sesuatu. Tetapi dia biarkan saja. Dah tiga hari macam ni. Sebelum ni cuma pening kepala sahaja.

🦋

"Kak..." Seru Syeera.

"Ye..." Balas Dian perlahan.

"Kau okay tak ni? Kenapa kau duduk dekat luar tengahari macam ni, panas tau" kata Syeera.

"Saja, nak ambil angin" balas Dian.

Kerusi ditarik keluar dari bawah meja. Didekatkan kerusinya dengan kerusi Dian. Nak peluk kakak!

"Kenapa ni hmm?" Tanya Dian. Manja semacam je adik dia sorang ni.

"Kak, macam mana rasa tinggal dengan mama dan papa?" Tanya Syeera.

"Hmm, best sangat. Sebelum ni akak tak tahu macam mana rasanya menyayangi dan disayangi. Walaupun memori yang aku ada dengan dia orang tak banyak tapi aku tetap rasa bahagianya hidup dengan dia orang. Kau nak tahu, mama kan suka tanam pokok, nanti aku bawak kau pergi rumah keluarga kita okay?" Kata Dian.

"Okay" balas Syeera. Jujur dia cemburu dengan Dian, tapi dia tahu yang dirinya lebih beruntung kerana tidak perlu diseksa dari kecil. Sekurang-kurangnya Dad dan Mom layan dia baik. Cumanya cara dia belajar tak seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak lain belajar a,b,c ketika berumur lima tahun, tetapi dia belajar cara mempertahankan diri. Disaat kanak-kanak lain bertungkus lumus mengambil ujian bertulis dia mengambil ujian menembak. Begitulah rutin dia. Adakalanya dia mengeluh tetapi bila mengingatkan matlamat hidup dia. Dia menepis segalanya.

Pintu pagar dibuka secara automatik. Dian dan Syeera sama-sama memandang ke arah pagar.

Dian tersenyum lebar, sebelum dia bangun dan bergerak ke arah orang yang baru sahaja sampai.

"Abang..." Seru Dian sebaik sahaja Raiz keluar dari kereta.

Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Raiz. Tapi sayangnya huluran itu hanya dipandang sepi oleh Raiz. Dian tersentak dengan kelakuan Raiz. Tetapi dia masih lagi mengekalkan senyuman dibibir.

'Baby, tolong mummy pujuk daddy okay?' gumamnya sendirian.

"Abang pergi mana? Lamanya abang tak balik Dian rindu tau" kata Dian lagi. Sedaya upaya untuk menarik perhatian Raiz.

Tetapi sikit pun Raiz tidak menoleh. Dia menjeling ke arah Syeera. Syeera apa lagi balas lah jelingan tu. Panas je dia rasa bila tengok Raiz memulaukan kakaknya. Ada yang aku bagi kaki nanti.

"Abang..." Seru Dian lagi. Kali ini dia bertindak untuk menarik lengan Raiz.

Raiz hanya diam. Tidak menolak atau menarik. Sekadar menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Dian.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now