𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 42

3.8K 179 64
                                    

Aisya bangun dari tidurnya dia memandang ke arah Ashraf yang tidur sambil memeluk dirinya.

"Ermmm awak" kata Aisya perlahan sambil cuba untuk menolak tangan kekar Ashraf yang berada diatas badannya. Sudahlah lelaki itu berbadan lebih besar darinya.

Ashraf mencelikkan matanya. Dia menjauhkan diri dari Aisya. Telinganya merah. Malu.

Macam mana aku boleh peluk dia pulak?

"Kau dah okay ke?" Tanya Ashraf tanpa nada.

"Dah" balas Aisya perlahan.

"Ermmm awak, Aisya nak mandi tapi Aisya tak de baju" kata Aisya perlahan. Dia takut sebenarnya untuk menatap wajah garang Ashraf.

"Kau mandi je lah dulu, nanti kau pinjam baju aku, kejap lagi kita keluar" kata Ashraf.

Aisya menganggukkan kepalanya seraya itu dia bergerak ke bilik air dengan terkedek-kedek.

Tanpa sedar bibir Ashraf naik mengukir senyuman nipis.

Selepas beberapa minit air didalam bilik sudah tidak berbunyi. Bermakna Aisya sudah selesai mandi.

Aisya keluar dengan hanya memakai tuala. Rambutnya yang basah melekat pada badannya. Dia memeluk tubuh. Sejuk!

Dia bergerak ke arah Ashraf yang leka bermain telefon bimbit.

Aisya mencuit tangan Ashraf perlahan. Ashraf memandang Aisya kemudian matanya jatuh melihat Aisya yang hanya bertuala.

Perempuan ni nak goda aku ke apa? Halkumnya bergerak-gerak menahan nafsu. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Insaf Ashraf kau tak boleh kalah dengan budak ni.

Dia membetulkan duduknya sebelum berdehem kecil.

"Kau kenapa? Tak reti nak pakai baju ke?" Tanya Ashraf.

"Kan Aisya dah cakap tadi Aisya tak de baju, Aisya tak tahu nak pakai baju awak yang mana" kata Aisya perlahan. Dia menundukkan kepalanya kebawah.

Ashraf mengeluh sebelum dia bergerak ke arah almari baju. Dia mengambil hoodie  berwarna hitam. Ketinggian Aisya hanya 150 cm jadi mungkin cukup untuk menutup lutut nya.

Berbeza dengan tinggi Ashraf yang 180 cm.

"Nah" hulur Ashraf.

Aisya menyambut huluran tersebut. Baru sahaja dia ingin memakai baju Ashraf menghalang.

"Kau nak buat apa?" Tanya Ashraf.

"Pakai baju" kata Aisya polos.

"Kau gila ke? Pakai dalam bilik sana tu, jangan pakai dekat sini" arah Ashraf.

"Kenapa? Ni pun bilik kan? Arwah tok Nek cakap pakai baju dalam bilik jadi Aisya pakailah dekat sini" kata Aisya.

Ashraf menggelengkan kepalanya. Penat mahu bercakap dengan perempuan yang dah besar tapi otak macam budak-budak.

"Sekarang ni aku suami kau kan? So dengar cakap aku dah blah sebelum aku halau kau" arah Ashraf.

Tanpa kata Aisya melangkah ke dalam bilik yang dikatakan oleh Ashraf. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bibirnya dicebikkan beberapa kali.

"Sikit-sikit nak marah, asyik-asyik kena marah tak sukalah" bebel Aisya sendirian.

🦋

Arina masuk ke dalam pasaraya tujuannya datang ke sini adalah untuk membeli barang dapur. Troli dicapai. Disebabkan sekarang dah hujung bulan gajinya pun dah masuk. Boleh lah dia shopping lebih sikit.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now