𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 10

6.4K 303 28
                                    

Dian mengucapkan terima kasih kepada keluarganya yang mengucapkan tahniah kepada dia. Ya Allah tak sangka aku dapat result macam ni,thank you Ya Allah. Happy dia tak boleh nak cakap.

"congrats anak mama"

"Tahniah Sara"

"Hebatnya akak!"

"Congrats Sara"

"Tahniah doe babe,selama ni aku ingat kau tak pandai" selamba Arina mengucapkan nya.

"Weh,kau agak-agak lah,yang lain cakap tahniah je kenapa sampai kau ungkit aku yang dulu"

"Saja nak ingatkan,supaya kau tak lupa,tapi sumpah hebat gila kau,dari tak ada A dapat straight A's aku bangga dengan kau,kalah aku" ayat dibelakang di perlahankan.

"Weh jangan lah sedih ,kata nak study sama-sama" pujuk Dian. Aduh Arina orang tengah happy dia buat mood sedih pulak.

"Tak kot,kau nak study dekat luar negara kan,aku tak boleh umi aku tak beberapa sihat jadi aku kena jaga umi aku" balas Arina, memang dia nak study luar negara bersama Dian, itu memang impian dia dan Dian tapi, semuanya musnah apabila Umi nya disahkan menghidap kanser darah tahap tiga.

"Kalau macam tu aku stay je lah dengan kau,aku tak nak belajar sorang sorang dekat sana,siapa nak teman aku nanti"

"No,kau kena pergi sana, atleast kalau aku tak dapat rasa pergi luar negara,dapat tengok kau pergi pun aku dah okay" bantah Arina. Dah dapat pergi nak tolak pulak,jangan buat pasal aku hempuk minah ni karang.

"Kalau,Rina nak buat pembedahan umi Rina aunty boleh tolong,kan bang?" Cadang Datin Dina.

"Betul tu,apa salahnya kami tolong,lagi pun keluarga Rina kan dah banyak tolong anak kami" sokong Dato Darius.

"No,tak apa aunty,uncle,Rina bukan tak nak terima pertolongan aunty and uncle cuma, doktor kata tiada pembedahan yang dapat selamatkan umi,jadi sekarang Rina and family just boleh doa, sama ada cepat atau lambat umi tetap akan pergi" balas Arina sayu. Dia ingat lagi kata-kata doktor dua bulan lepas dimana dia baru sahaja mendapat tahu tentang penyakit yang selama ini disorok oleh uminya patutlah uminya kerap pening dan letih. Bila di tanya umi hanya menjawab "umi penat sikit je, biasalah orang tua".

Siapa sangka Arina yang terkenal dengan sikap yang happy go lucky sebenarnya menyimpan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Dia sedaya upaya membuat orang sekelilingnya gembira tapi dia yang terluka.

"Kalau Rina dah cakap macam tu aunty and uncle tak boleh buat apa dah, tapi kalau nak minta tolong apa-apa jangan segan nak bagi tahu kami"

Zarul hanya diam dari tadi,rasa bersalah menghurung dirinya. Tapi kenapa aku perlu rasa bersalah? Ke aku cuma kesian kan dia. Yes aku kesian kan dia, tak mungkin aku suka budak ni.

"Zarul?yang kamu tenung anak dara orang lama-lama kenapa?" Soal Datin Dina. Bertuah punya anak suka-suka hati je tenung anak orang macam tu.

"Mana ada,Zarul cuma tengok tudung Rina ada something" balas Zarul dan melangkah dari situ. Mukanya berbahang,malu ditegur begitu oleh mamanya.

"Hah?" Rina memegang kepalanya. Tak de pape pun.

"Ha, Rina nanti jemput lah datang rumah nanti,kita orang nak buat majlis kesyukuran sempena keputusan SPM Dian,nanti Rina datang ye bawak umi dan abi sekali" ajak Datin Dina.

"Saya segan lah aunty"

"Kenapa kau nak segan aku ada,kau jangan nak mengada tak nak datang,ajak umi sekali aku rindu" ajak Dian,lebih kepada paksa.

"Aku tak janji,aku risau umi aku kena tahan dekat hospital je" balas Arina.

"Okay,aku tunggu tau"

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now