𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 9

5.7K 314 21
                                    


Hari yang ditunggu oleh semua pelajar SPM telah pun tiba iaitu hari penyerahan keputusan. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga datang seorang diri.Dan Dian datang bersama keluarga kandung nya.

"Wah,ni ke sekolah akak,ramainya orang" tanya Sofea. Besar juga sekolah kak Sara ni,tapi kenapa semua duk pandang pandang kita orang? Ke aku yang perasan.

"Memang lah ramai,dia orang pun nak ambil result hari ni jugak" balas Datin Rina. Dia memandang kearah Dian yang dari tadi hanya termenung memandang pagar sekolah itu, macam nak tembus sahaja.

"Sara are you okay?" Soal Datin Dina,pelik sepatutnya Dian lah yang paling gembira dan teruja tapi dia sebaliknya.

"Yes, I'm okay why?"

"Mama tengok Sara macam tak okay je,tak nak ajak kita orang masuk ke?"

"Nak,tapi abang dengan papa kan tengah parking kereta"

"Hello everything,eh everyone" sapa Zarul yang baru sahaja tiba.

Perempuan-perempuan yang lalu lalang di situ tersengih malu. Zarul menjulingkan matanya ke atas. Perasan nya pakai dah lah sendat pakai baju kurung tapi macam nangka kena balut.

"Hai,mana papa?" Soal Dian,bukan ke sepatutnya abang Zarul dengan papa jangan cakap abang Zarul tinggal papa dekat belakang.

"I'm here!" Jerit papa dari arah belakang,Dian dan yang lain memusingkan badan ke arah suara itu.

"Papa,why berpeluh?" Soal Sofea pelik,papa masuk acara lumba lari ke?

"Entah abang ni, berpeluh macam ni macam baru lepas lumba lari" Datin Dina mengeluarkan tisu dari beg tangannya dan mengelap peluh Dato Darius.

Dato Darius tersenyum lebar. Hiks bukan selalu isteri nak sweet- sweet depan anak-anak. Saya suka!

"Memang baru lepas lumba lari pun" mata dijulingkan dan memandang ke arah anak lelakinya yang tersengih dari tadi, mentang-mentang aku dah tua,sedap dia tinggalkan aku dekat belakang.

"Lah,bila masa ada acara lumba lari?kita ni datang nak ambil keputusan SPM Sara bukannya datang tengok sukan" perli Datin Dina. Yang kuban-kuban je lah orang tua sorang ni.

"Tanya lah anak awak yang lelaki tu,dia ajak saya ni lumba dengan dia" mata dijulingkan,kita jugak kena perli!

"Zarul,yang kamu ajak papa ni lumba lari kenapa kalau buatnya papa patah pinggang macam mana, kan papa tu dah tua" bebel Datin Dina.

Pada mulanya Dato Darius tersenyum lebar kerana isterinya berpihak kepadanya tapi ayat terakhir isterinya membuatkan dia tersentak. Tua?

"Eh awak ni,kita ni sebaya kalau saya tua maknanya awak pun tua, tak sedar diri" Dato Darius menjeling manja isterinya kalau jeling tajam mau tidur luar dia malam ni.

"Mama,papa jom lah masuk dah lambat ni" Sofea menegur lembut orang tuanya,kalau dibiarkan habis jadi drama 30 episod.

Mereka berlima berjalan masuk ke dalam sekolah. Sofea dan orang tuanya berjalan dihadapan manakala Dian dan Zarul berada dibelakang. Dian tersenyum melihat telatah adiknya yang terlebih teruja darinya. Zarul yang melihat Dian hanya diam itu terus memaut bahu Dian.

"Hey,kenapa ni?" Soal Zarul prihatin, selalunya ada sahaja yang nak dibualkan oleh Dian tapi hari ni senyap,hanya menjawab jika orang tanya je. Pelik!

"Tak de pape,Sara cuma takut"

"Takut?"

"Ye lah,Sara takut yang Sara tak mampu dapat keputusan yang cemerlang,abang Zarul pandai,Fea pun sama,tapi Sara percubaan hari tu pun cukup-cukup makan je" balas Dian. Tapi bukan itu sebenarnya yang dia takutkan tapi dia takut yang keluarganya tahu yang dia dibuli di sekolah,dia tidak mahu keluarganya merasakan dia beban.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now