𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 27

4.1K 192 15
                                    

Sekotak air milo ditarik keluar dari peti sejuk sebelum dibuka dan dituangkan ke dalam gelas kaca. Di teguk perlahan-lahan sehingga titisan yang terakhir. Lega tekaknya.

Sedar tak sedar esok dia akan bergerak ke kampung halaman papanya yang terletak di Dungun, Terengganu.

Malas betul dia hendak menjejakkan kaki ke sana. Dia okay sahaja kalau hendak bertemu dengan tok Wan tapi nak berjumpa dan beramah mesra dengan adik beradik belah arwah papanya itu memang sukar untuk dia terima.

Lagi-lagi kalau dengan adik ayahnya itu Pak Lang dan isteri yang tidak suka akan dirinya. Menganggap bahawa dia seperti orang luar sahaja. Tambah lagi dengan anak perempuan Pak Lang nya yang gedik itu.

Ternaik sikit bahunya setelah disergah dari belakang. Tangan naik mencubit lengan orang yang berani menyergah dirinya.

"Aduh,sakit lah" adu Arina.

"Padan muka! Kau kan memang nak aku mati cepat ke apa?" Marah Dian.

"Alah kau ni, gurau je... Siapa suruh kau termenung jauh sangat, ingatkan Raiz ke?" Usik Arina. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi yang terletak di sebelah Dian. Dia menarik gelas Dian dan menuang air milo kedalam gelas itu. Dia meneguk rakus. Dian sekadar menggelengkan kepalanya perlahan.

Tak senonoh betul perangai kawan baik dia itu.

"Kau ni, asal aku termenung je Raiz, asal aku tersenyum sikit je Raiz, semuanya Raiz lah, kau sengaja kan" tutur Dian geram. Apa ingat Raiz je ke orang yang mampu buat dia angau? Meskipun betul apa yang dikatakan oleh Arina. Tapi kali ni bukan tentang Raiz.

"Alah, kau ni... Aku gurau je, jangan lah marah, period ke apa kau ni? Gurau sikit pun tak boleh" muncung Arina. Sikit-sikit marah cepat tua nanti padan muka.

"Ish rimas betul lah cakap dengan kau ni, baik aku pergi kemas baju, kau nak ikut tak?" Tanya Dian. Harap Arina ikut. Tak lah dia bosan sangat dekat sana nanti. Biarpun ada Puan Kalsum dan rakan Raiz tapi tak ada geng sudah lah dia harus menetap di sana lebih kurang tiga hari. Boleh mati kebosanan dia nanti.

"Boleh ke aku ikut?" Tanya Arina. Sudah lama dia tidak ke kampung. Sejak Atok dan neneknya meninggal dunia dia dah lama tak menjejakkan kaki ke kampungnya. Hampir lapan tahun juga lah. Raya pun dia hanya menyambut dekat kuala lumpur.

"Boleh lah, apa pulak tak boleh nya, lagi pun tak lah aku bosan dekat sana nanti" balas Dian.

"Hmm kalau macam tu aku nak ikut lah, tapi aku nak minta izin dengan abi aku dulu"

"Okay"

🦋

"Dian ! Cepat lah, kau ni lambat betul, kejap lagi Raiz sampai tengok kau tak turun lagi, aku suruh je Raiz tinggal kau" ugut Arina.

"Eh kau, yang nak pergi tu aku, kau yang melebih, tak ada maknanya Raiz nak tinggalkan tunang dia" kata Dian.

"Wah, dah mengaku tunang, jealous kita!" Arina gelak kecil setelah berkata.

Dian hanya menggulingkan mata ke atas. Tangannya mencapai kasut berwarna pink jenama adidas. Disarungkan kasut itu dengan pantas. Bagasi miliknya ditolak ke arah Arina.

"Ambil tu pegang" arah Dian.

Arina menjeling sekilas sebelum dia menyambut bagasi yang bergerak perlahan ke arahnya. Tak guna betul Dian ni, apa ingat aku ni bibik dia ke?

Pin!

Serentak itu Arina dan Dian berpaling ke arah bunyi hon itu. Dapat mereka lihat ada satu biji kereta Alphard dan satu lagi kereta jenama Ford ranger.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now