𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 41

4.1K 176 17
                                    


"Macam mana dengan keadaan dia Dira" Tanya Ashraf.

"Okay cuma dia demam sikit, nanti dia bangun bagi dia ubat dan bagi dia makan, cuma berdasarkan apa yang aku tengok dia macam ada trauma" terang Dira.

Ashraf menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Entah lah aku pun tak tahu, tapi dia okay je kan? Kena bawa pergi hospital ke?" tanya Ashraf.

Dira menggelengkan kepalanya.

"Tak perlu, tapi kalau dalam masa tiga hari demam dia tak kebah kau bawa dia datang klinik aku, by the way perempuan tu siapa? Tak pernah-pernah aku tengok kau bawa balik perempuan dekat rumah kau ni" Tanya Dira curiga.

"Isteri aku" kata Ashraf dua patah.

"Ha? sejak bila kau kahwin?tadi aku datang majlis abang kau bukannya kau" kata Dira pelik.

"Shh jangan bising sangat, aku baru je kahwin tak sampai dua jam" kata Ashraf.

Dira menayangkan wajah tidak faham. Baru je kahwin?

"Aku dengan di kena tangkap basah" kata Ashraf.

"Kau rosakkan anak dara orang ke Raf? Raiz tahu tak ni?" tanya Dira.

"tak lah, salah faham je, Iz tak tahu lagi pasal ni, kau jangan bukak mulut pula bagi tahu dia, aku tak nak sesiapa tahu pasal ni" kata Ashraf.

"Sampai bila?"

"Sampai aku ceraikan dia''

"Kau gila ke? Kau dengan dia baru kahwin tak kan kau nak ceraikan dia, tak baik Raf, budak tu kau jangan macam-macam, kau juga kata yang parents dia tak sukakan dia, kalau kau ceraikan dia mana dia nak tinggal..." Nasihat Dira.

"Apa guna aku simpan dia sebagai isteri aku sedangkan sikit pun perasaan aku tiada pada dia" kata Ashraf ego.

Dira menggelengkan kepalanya.

"Raf kau mungkin boleh tipu aku tapi bukan diri kau sendiri, kalau kau tiada perasaan dekat dia kau tak akan call aku pukul 3 pagi macam ni semata-mata nak aku rawat dia, fikir balik Raf, percayalah cakap aku one day kau akan jatuh cinta dengan dia, Aisya tu bukan macam perempuan yang kau pernah bawak ke sana ke sini, dia lain, lain dari yang lain" kata Dira yakin.

"Tak akan. Aku panggil kau sebab simpati itu je, untuk jatuh cinta pada budak terencat macam tu memang tak lah" kata Ashraf.

Dira menggelengkan kepalanya.

"Ikut kau lah Raf, satu je aku nak pesan, musuh kau ramai aku risau dia target Aisya pula, lagi-lagi dengan perangai polos dia memang orang akan mudah perangkap dia, jaga dia Raf, jadi lah gentleman macam Raiz sikit, kau tengok dia sekeras-keras macam tu pun boleh bagi ayat romantis dekat Dian" kata Dira lagi.

Melihat Ashraf yang tidak memberikan respon itu terus dia memegang bahu Ashraf.

"Raf, jaga dia... Dah ah aku balik dulu Maya demam, laki aku pulak ada kerja dekat luar" pinta Dira.

Ashraf menganggukkan kepalanya tanda membenarkan Dira untuk pulang.

"Cakap kat Maya nanti uncle dia datang bawa teddy bear baru, sorry sebab dah lama tak datang jumpa dia" kata Ashraf. Rindu pula dia pada Maya iaitu anak Dira.

Dira adalah isteri kepada Malik yang merupakan salah seorang dari pekerja Ashraf. Lagi pun Dira dan dia telah berkawan dari zaman universiti cuma Dira mengambil jurusan kedoktoran.

"In Sya Allah, Maya pun rindu juga dekat uncle dia yang sorang ni, hari-hari duk tanya bila uncle bear nak datang" kata Dira sambil tergelak kecil teringat pula dia akan anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun itu. Suka sangat dengan Ashraf.

C | DIAN MAISARAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz