"Hmm.. Okey. Kalau jadi, nanti Hazel datang jemput dekat rumah"

"Okey"

Kereta putih berkilat berjenama Bugatti tiba di perkarangan rumah Anayra. Anayra yang sudah siap dengan baju blouse dan seluar pallazo berlari anak menuju ke arah Hazel. Selepas sahaja memboloskan diri di dalam kereta mewah tersebut, kereta itu terus bertolak ke destinasi.

"Aaran pergi Langkawi kan? " soal Hazel.

"Ha'ah. Oustation"

"Tak sedih ke suami kesayangan pergi jauh? "

"Sedih tu sedihlah jugak. Tapi nak buat macam mana kan? Kerja"

"Hmm... Kalau Hazel kan, Hazel dah gari dia, ikat ketat ketat atas katil. Lepastu tak bagi dia pergi mana-mana. HAHAHAH" Hazel ketawa kuat.

Anayra teguk air liur. Hazel ni kadang-kadang elok, kadang-kadang pelik perangai. Siapalah yang akan hadap perangai Hazel ni nanti?

Mereka tiba di Pavillion dengan selamat dan sentosa. Kereta diparkirkan sebelum memasuki ke dalam pusat membeli belah yang besar itu.

Hazel sudah bersinar-sinar meliarkan mata di setiap kedai-kedai. Seperti biasa, tangan Anayra akan diheret ke sana ke sini.

Selepas ke satu kedai, mereka ke kedai yang lain pula. Hazel dengan murah hati membelikan sepuluh helai pakaian berjenama kepadanya. Tak ditambah kasut dan perhiasan.

Mereka tiba di kedai yang seterusnya. Anayra membulatkan mata.

Hazel melekapkan pakaian tersebut pada tubuh.

"Cantik tak? " soal Hazel sambil memusingkan badan ke kiri dan kanan.

Anayra meneguk air liur kesat.

L.. Lin.. Lingerie..

Bukannya dia tidak pernah melihat lingerie sebelum ini, tapi lingerie yang digayakan Hazel sekarang ini membuatkan Anayra mahu pengsan.

Lingerie yang amat jarang itu dipandang Anayra. Merah aumm pulak tu!

"C.. Cantik... Cantik sangat. Hazel nak beli ke? "

"Nak, hmm... Why not Hazel belikan untuk you sekali? Anayra nak colour apa? "

"Hah?? Tak payahlah susah-susah" Anayra menggeleng laju. Sumpah dia taknak pakai!

"Oh my, c'mon Anayra... Kalau you pakai, mesti Aaran suka punya. Cantik kan? " soal Hazel lagi.

Aaran? Depan lelaki tu pun dia tak pernah pakai! Inikan pula dengan baju jarang macam telanjang je. Eiiuww!!

"Kalau you pakai, mungkin sekarang ni you dah ada anak tujuh dah"

Kata-kata dari Hazel membuatkan Anayra kaku. Anak?

Melihat Anayra yang hanya diam tidak memberi respon, lingerie hitam yang lebih kurang sama itu diberikan kepada jurujual.

"Done. One for you and one for me. Lepasni kita nak beli handbag pulak. Handbag yang Hazel pakai ni pun dah lama, semalam punya beli. Harini kita beli baru pulak!" selepas sahaja urusan pembayaran selesai, tangan kecil itu sudah ditarik. Anayra hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.

Dalam 2 jam juga mereka menghabiskan duit sebelum berangkat pulang. Penuh satu kereta dengan beg-beg kertas dengan barang yang berjenama.

"The best day ever! Esok nak pergi shopping lagi lah. Tukar handbag untuk esok pulak" kata Hazel sambil membetulkan cermin mata hitamnya.

Kepala ditoleh melihat Anayra yang hanya diam tidak berkutik. Diangkat sebelah kening.

"Anayra? Why?"

Tangan kanan Anayra digenggam.

"Anayra... Anayra ada fikir jugak kadang-kadang... Anayra ni mandul ke? " Anayra cuba menahan diri daripada mengalirkan air mata.

"Dah setahun, setahun Aaran dengan Anayra bersama. Walaupun family tak tanya, saudara-mara semua tanya, bila nak dapat anak, mandul ke? Tak mampu? " suara esakan cuba ditahan.

"A.. Anayra tak tahu nak jawab apa. Anayra takut. Anayra takut kalau Aaran tinggalkan Anayra sebab Anayra tak boleh mengandung. Anayra mandul ke? " mutiara jernih yang dari tadi ditahan akhirnya mengalir jua.

Hazel tak mampu berkata apa-apa. Ditarik Anayra ke dalam pelukan. Digosok-gosok belakang tubuh kecil tersebut.

"Anayra, listen. Jangan bimbang tentang cakap orang, rezeki orang lain-lain. Ada yang 3 tahun, ada yang 8 tahun, ada yang umur nenek atuk baru dapat zuriat. Allah uji hamba-hambanya dengan macam-macam perkara.

Anayra jangan putus asa berusaha. Jangan cepat mengalah. Sentiasa berdoa kepada-Nya. In Shaa Allah, impian Anayra nak dapat gelaran mama akan tercapai suatu hari nanti"

Anayra mengangguk perlahan. Betul cakap Hazel, aku baru setahun menunggu dah meraung macam ni. Orang lain tunggu punya lama tetap reda.

"Mungkin ada sebab Allah lambatkan proses. Nak suruh Anayra dengan Aaran dating berdua dulu sebelum hadir yang ketiga. Bila dah dapat yang ketiga, kan susah nak berdua lepas ni?  Allah nak bagi masa yang tepat nanti. Anayra sabar ye? " nasihat Hazel lembut.

بسم الله الرحمن الرحيم...

رَبّناَ أَفْرِغْ عَلَيْناَ صَبْراً وَتَوَفّناَ مُسْلِمِينَ

'Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri ( kepada-Mu )'

( Qs. Al-A'raf 126 )

Anayra kembali senyum. Betul, mungkin Allah nak uji hambanya. Orang yang diuji ni kan maksudnya Allah sayang? Dia cuba untuk positif.

Allah sayang kau, Anayra.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now