"Lepastu, abang ingat saya kahwin dengan Sajat ke? " nafas Anayra naik turun.

"Okey okey... Sorry. Aku minta maaf okey? Sekarang ni buka mulut. Aku nak suap" nasi goreng dihalakan pada bibir gadis itu.

Anayra menyambutnya. Marah marah jugak. Makanan tu nombor satu. Lepastu sambung marah balik. Itulah perempuan...

"Lepasni, tidur. Jangan nak merayau. Kau tu demam" nasihat Aaran.

"Salah siapa? Malas ikut. Nak jalan-jalan jugak," Anayra menyilangkan tangan dan menjuihkan mulut.

Aaran menahan sabar. Sudu digenggam geram. Isteri dia ni memang mencabar kesabaran betul! Nasib baik demam, kalau tak...

Pinggan yang berisi nasi goreng itu diletakkan jauh-jauh. Anayra menjegilkan mata.

"Kenapa letak? Saya lapar lagi lah! " marah Anayra.

Tangan Aaran diletakkan disisi kepala Anayra. Wajahnya dirapatkan dengan wajah gadis itu. Anayra gugup. Bibir diketap rapat. Apasal pulak dengan suami dia ni? Minum air ketum ke apa?

"Sayang, please... Ikut cakap abang. Abang tak nak sayang sakit lagi lepasni. Selepas sayang dah kebah dari demam, abang bawa pergi jalan-jalan, okey? " anak mata Aaran memandang Anayra dengan penuh berharap.

Pipi Anayra sudah merona kemerahan. Sayang? Dia salah dengar ke? Dan... Aaran bahasakan diri dia sendiri abang? Anayra menggigit bibirnya.

Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Good. Now, makan sampai habis lepastu makan ubat. After that, tidur okey, sayang?? "

Kepala diangguk lagi. Entah kenapa hati dia lemah sangat. Percakapan Aaran yang soft spoken dengan pandangan yang memukau itu membuatkan diri dia jatuh.

Mulut di nganga lagi menerima suapan nasi goreng dari Aaran.

Betul lah orang kata, seteruk mana pun makanan tu kalau orang yang tersayang yang suapkan, automatik jadi sedap setaraf Chef Wan. Orang kata...



Video game controller itu ditekan-tekan sambil mata tidak lepas dari skrin besar itu. Aaran dan Aqeef sekarang tengah sibuk bermain FIFA 21 menggunakan ps5 milik Aqeef. Satu-satunya kesayangan Aqeef.

"Adik aku mana? Senyap je dari tadi" soal Aqeef. Dia menyisip air oren di sebelah.

"Tidur. Lagipun demam dia dah kebah sikit. In Shaa Allah, esok okey. Tadi pun aku ajak dia pergi klinik taknak"

Aqeef gelak kecil.

"Adik aku tu memang liat nak pergi klinik tapi, kalau kau pujuk dia dengan benda yang dia suka, dia sanggup pergi. Contohnya, makanan"

"Adik kau memang kuat makan pun. Satu peti tu penuh dengan coklat dia. Aku sampai terpaksa beli sebuah lagi"

Ketawa Aqeef makin kuat.

"Kau kena ready lah. Kalau dia tengah marah ke, apa ke, kau kena prepare makanan. Bawak bersabar banyak lah, bro. Siapa tak sayang isteri kan? " bahu Aaran di tepuk-tepuk.

"So... " bicara Aqeef terhenti. Aaran mengerlingkan pandangan pada abang iparnya sambil mengangkat sebelah kening.

'Apa? '

Aqeef dah senyum nakal. Kedua-dua belah kening diangkat-angkat.

"Macam mana life perkahwinan korang sekarang? On the way bagi aku anak buah? "

Kepala Aqeef diketuk dengan game controller tersebut. Soalan...

"Dalam banyak-banyak soalan, soalan tu jugak kau tanya? "

Aqeef menggosok-gosok kepalanya.

"Sakit lah bongok!! "




Anayra membuka mata perlahan-lahan. Dia bangun sambil menggeliat di atas katil. Dikerling jam di dinding. Sudah pukul 2:45 petang. Nafas dihela panjang. Dasar suami. Nasib baik tak terlepas zuhur!

Dia turun dari katil sambil meliarkan mata memerhati segenap ruang bilik. Kosong. Jadi maksudnya, suami dia mesti kat luar.

Kaki di langkah menuju ke dalam bilik air. Dia mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat zuhur.

Selesai sahaja berdoa, telekung yang di pakai di buka. Tiba-tiba, dia merasakan ada tangan yang meliar di sekitar pinggangnya. Dia ingin berpaling tapi ditahan oleh si pemeluk.

Bauan perfume maskulin dari lelaki tersebut sudah dapat Anayra duga siapa pemiliknya. Bibir tersungging senyum. Entah bila lelaki ini masuk ke dalam bilik pun dia tak tahu.

Deruan nafas lelaki di lehernya membuat dia kegelian.

"Abang... " panggil Anayra lembut.

"Shhh... Stay still" pinta Aaran.

Pelukan semakin diketatkan. Anayra memejamkan mata. Dia menikmati momen itu dengan tenang.

Dia akui, Aaran seorang yang romantik dengan cara tersendiri. Dan... Dia suka dengan cara Aaran. Walaupun keras macam batu, tetap menjadi pujaan.

"Esok aku kena pergi kerja, "

"Hah? " Anayra terus memalingkan wajah. Mata terkebil-kebil memandang wajah suaminya dengan kening diangkat sebelah.

"Aku ada kerja penting untuk diuruskan. Very important"

"T.. Tapi... Bukan ke abang cuti? "

"Kerja aku tak kira waktu, Alhena. Cuti sebulan sekalipun, kalau syarikat tu perlu kan aku, aku kena pergi" ujar Aaran. Anayra menundukkan wajah.

Aaran memerhatikan wajah muram itu. Aaran mengangkat dagu isterinya supaya memandangnya.

"Esok, aku nak lunch mi kari air tangan kau. Boleh kau bawak untuk aku esok? " soal Aaran. Jari naik mengusap pipi si isteri.

Wajah yang muram itu berubah. Diukirkan senyuman sambil mengangguk.

"Anything for my husband" Anayra memeluk badan sasa itu erat. Aaran hanya mengusap rambut isterinya.

'Damn! I love her very much! '

'Damn! I love her very much! '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now