Ep akhir | Kerana sayang

82 6 0
                                    

1. Int. Kediaman Luqman - masih tengahari

Watak : Luqman, Fatin

Fatin tak dapat terima kenyataan. Luqman sudah tahu budak tu adalah anaknya yang hilang!.

Fatin
Tak.... tak!!! Kenapa Abang ambil anak kita?! Zaharah, mari pada Mama? { Buat muka kesian }

Luqman menepis tangan Fatin yang mahu mengambil anaknya lagi.

Luqman
Aku tahu ni anak aku dengan Aisyah. Aku yang sambut anak aku, anak aku ada tanda lahir bawah lengannya. Ini Darmia Alisya Binti Luqman. Bukan Zaharah!. Terima saja lah hakikat, Fatin! Kau dengan aku memang dah tak ada jodoh!

Fatin { Lagak bagai orang gila }
Arhhh!!!! Fatin cuma cintakan abang!, Fatin tak nak Haziq!... dia tak boleh gantikan Abang!

Darmia menangis sebaik mendengar teriakkan Fatin. Fatin geram, tampar pipi Darmia di hadapan Luqman.

Luqman { Marah / Pujuk Darmia }
Fatin! Kau memang dah gila! Kau sendiri tak mampu jadi seorang isteri, jangan libatkan anak aku! Haziq tu tak sepadan dengan kau! Mujur lah aku dah tawar hati dengan kau!

Fatin menerima tamparan besar. Dia terus berlari ke tengah jalan raya. Luqman jerit memberi amaran, supaya dia mengaku kesalahannya pada semua orang.

Luqman { Cuba mengejar}
Fatin!!!!

Mengingatkan Darmia dalam dukungan, Luqman tidak jadi mengejar. Sebuah trak besar menghala laju ke arah Fatin yang kelam-kabut melarikan diri. Fatin dilanggar.

BAM!!!!

Tubuh Fatin terpelanting menghentak batu. Maut datang menjemput Fatin kembali ke alam sana.

***

2. Int. Hospital Pakar Jiwa - petang

Watak : Darmia, Luqman , Aisyah, Haziq

Seminggu kemudian...

Darmia dibawa berjumpa dengan Ibunya. Aisyah tetap sama. Merenung tingkap , mengenang nasib anaknya yang hilang. Bubur di atas meja langsung tidak terusik. Sesekali, air matanya jatuh.

Luqman {  Kucup ubun-ubun Aisyah }
Aisyah..., cuba sayang tengok? Abang bawa siapa?

Aisyah tidak menoleh. Darmia menendang kakinya menunjukkan dia sudah mula aktif.

Luqman { Suara mendatar / Senyum }
Abang dah jumpa anak kita... . Darmia Alisya... . Mia, ni lah Ibu. Ibu Mia... .

Luqman mendekatkan Darmia pada Aisyah.

Luqman { Senyum nipis / Sebak }
Kita dah bersama semula... . Aisyah cepat sembuh ya?. Abang akan bawa sayang keluar dari sini, jaga sayang, jaga Darmia. Kita pergi melancong sama-sama. Seronok kan?.

Aisyah tetap membisu.

Luqman { Sedih tak dipedulikan }
Sayang tak selesa, abang... abang balik dulu ya?. Abang akan lawat sayang lagi.

Sebelum kaki menapak keluar, Aisyah memanggil Darmia dan Luqman.

Aisyah
Abang... Darmia....

Luqman menoleh. Air matanya menitis. Tangisan kegembiraan dicampur perasaan sedih.

Aisyah { Pandang Luqman / Menangis }
Abang dan Darmia... separuh dari jiwa Ecah... .

Luqman segera memeluk erat isterinya.

Luqman { Peluk / Menangis }
Jangan buat abang takut lagi... . Kenapa sayang tak beritahu abang, sayang dah lama sembuh?

Aisyah { Peluk Luqman kembali }
Maafkan Ecah... Ecah tak nak orang lain pisahkan kita lagi...

Haziq hanya melihat keluarga itu dari jauh sambil tersenyum.

Akhirnya, jejaka tampan itu dah jadi milik si comel. Hik.

***

3. Tidak diketahui - tidak diketahui

Watak : Hanis, Diyana, Nazira, Fatin

Mereka berempat diseksa akibat balasan ke atas perbuatan mereka pada Aisyah, dan ketika masih hidup di dunia.

Arwah Hanis { Diseksa / tulang rusuk dihimpit }
Ya Allah!!! Ampunkan dosa hamba!!

Begitu juga Nazira, Diyana dan Fatin. Balasan mereka sama. Tiada yang terlepas dari...

Seksaan kubur...

Author mini talk

Hai! :D

Episod akhir ni, Sofea cuma boleh tulis pendek je. Sorry tau :(

Apa pun, nantikan novel terbaru dari Sofea pada masa akan datang, dan jangan lupa undi karya Sofea (。・ω・。)

Bye-bye (~ ̄³ ̄)~

- Arisa Sofea








Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now