Ep 19 | Niat jahat terbatal

49 6 1
                                    

1. Int. Kediaman Haziq - malam

Watak : Haziq, Fatin

Semua pakaian disumbat dalam bagasi. Fatin menggelabah kalau-kalau suaminya itu, menyoal siapa ibu bapa bayi yang diculiknya, dan menyuruh memulangkan semula budak itu pada Luqman. Tak nak lah aku!.

Haziq { Sedikit marah }
Beritahu abang, Fatin. Fatin nak pergi mana hah?. Abang dah tunaikan janji abang mengahwini Fatin. Fatin pula tiba-tiba bawa balik anak orang.

Fatin { Menjerkah }
Diam lah! Aku tak paksa kau jadi suami aku! Kau baru seminggu kahwin dengan aku! { Sambung kemas }

Haziq { Dukung Bayi }
Abang sayangkan Fatin. Abang tak tahu apa Fatin nak buat pada budak ni.

Bayi itu mengumam-gumam mungkin menyebut perkataan 'papa' apabila Haziq mendukungnya.

Fatin { Ambil bayi dari Haziq / Menipu }
Kau nak betul-betul nak tahu? Budak ni, anak aku dengan Luqman. Aku pregnant masa kami belajar di luar negara. Luqman tak bertanggungjawab. Terus lupakan aku.

Haziq { Tersentak }
Luqman bukan macam tu! Dia takkan sentuh perempuan bukan mahram! Abang tahu perangai Fatin tergila-gilakan lelaki Mat Salih! Fatin jangan nak perangkap Luqman!

Fatin { Keluar rumah / Bawa beg baju}
Bising lah! Luqman tetap milik aku! Kalau kau berani bocorkan rahsia, aku bunuh kau!

Haziq mati kata-kata. Cinta palsu kau telah menghitamkan hati, Fatin.

***

2. Int. Banglo Hanis - Pagi

Watak : Mak Gayah, Datin Laila, Hanis

Wayar-wayar berselirat atas lantai. Bunyian mesin menandakan kadar degupan jantung berbunyi si pesakit. Hanis kini terlantar menghidap angin ahmar selepas terjatuh secara tiba-tiba. Dah tak mampu bergerak, tak mampu lagi untuk bercakap, malah dah tak mampu juga menguruskan diri sendiri. Semuanya kena tolong. Orang gaji paling dibenci Hanis, Mak Gayah juga yang menjaganya. Mandikan dia, suap makan, basuh buang air kecil, buang air besar. Tukar lampin. Hanis berasa malu Mak Gayah melayannya dengan baik.

Khairina dan Syarina pula dah tak mengaku kawan. Tengok keadaan Hanis yang tidak terurus, terus tidak datang melawatnya lagi. Kali terakhir mereka lawat Hanis, dua minggu lepas.

Datin Laila { Menangis }
Kak, Laila tak kuat kak. Hanis dah bukan macam dulu lagi. Ayah dia pun dah malu nak mengaku anak. Kalau Laila tak lepaskan Hanis, suami saya ceraikan saya, kak!

Dato Zulhairi kini tinggal bersama isteri keduanya selepas Hanis menjadi O.K.U.

Hanis
Urk ! Urk! Urk! Urk!
( Mana Daddy , Mommy? )

Mak Gayah
Cik muda cakap apa, Datin?

Datin Laila { Mengesat air mata}
Saya tak tahu, kak... . Semua doktor yang saya kenal, tak nak rawat Hanis. Apa dosa anak saya, Gayah?. Sampai Semua orang tak nak rawat dia?.

Mak Gayah { Peluk Datin Laila}
Sabar lah, Datin...

***

3. Int. Kediaman Luqman - tengahari

Watak : Luqman, Fatin

Luqman kesunyian selepas Aisyah dirawat di Hospital Pakar Jiwa. Namun, dia ada sengaja menyibukkan diri dengan balik kerja lambat, menonton movie dalam Youtube sehingga subuh tanpa sedar. Luqman rajin melawat isterinya di sana. Kadang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk menemani Aisyah. Tetapi, Aisyah tidak mengendahkannya.

Imbas kembali...

Luqman { Capai tangan Aisyah / Senyum nipis }
Sayang... abang tidur sini tau malam ni. Temankan sayang.

Aisyah duduk dalam posisi melipat kan kedua-dua lututnya sambil merenung tingkap. Wajahnya tiada apa-apa perasaan. Ingatannya juga dah tak ingat apa-apa. Termasuk lah identiti Luqman.

Doktor Richard
Luqman, isteri you sudah 3 bulan macam itu. You perlu beri galakkan pada dia. I pernah tanya dia, perkara apa dia masih ingat. Dia hanya diam saja.

Imbas kembali tamat

Luqman melurut rambutnya ke belakang. Dia masih terbayang-bayangkan lagi di saat  menyambut anak perempuan sulungnya buat pertama kali, bersama Haziq di dewan bersalin. Perasaannya bercampur-baur. Sebak, gembira. Pengalaman menjadi seorang ayah. Semuanya ada. Kalau boleh, dia nak menangis pada waktu itu. Anak perempuannya itu menangis selepas dilahirkan ke dunia. Alunan paling merdu di dunia, tangisan seorang bidadari kecil.

Imbas kembali

Aisyah sudah dibius penuh. Luqman menyambut kelahiran bayinya bertemankan suasana wad bersalin yang sunyi-sepi. Isterinya bersalin pada tengah malam. Tiada sesiapa di sini kecuali pengawal keselamatan yang berada di tingkat 6. Haziq rela menjadi pembantu menyambut anak sulung Luqman. Segala amarah dan dendam sudah dimaafkan. Tali Persahabatan mereka kembali terikat.

Darmia Alisya nama diberi Luqman serta Haziq. Kedua-dua pangkal nama tersebut merupakan satu perjanjian ketika mereka berdua masih bergelar seorang pelajar. Nama Darmia menjadi pilihan Luqman kerana, jika dia mempunyai seorang anak perempuan suatu hari nanti, Luqman mahu memanggil anaknya 'Mia' selepas membesar menjadi kanak-kanak. Bunyinya agak comel dipanggil sebegitu. Alisya pula pilihan Haziq.

Nama itu diilhamkan dari seorang kanak-kanak gelandangan yang pernah mereka berdua tolong di bandar untuk mendapatkan makanan.

Haziq { Mengelap peluh Luqman }
Alhamdulillah... . Tahniah, bro. Kau dah jadi ayah...

Luqman { Menangis terharu / kucup anaknya yang masih merah }
Allahuakbar.... Haziq, aku nak letak nama anak aku, Darmia Alisya. Kita dah berjanji kan?. Kau akan jadi ayah kedua. Kita akan sama-sama jaga anak aku.

Haziq { Ketawa kecil }
Ya lah. Anak kau ada tanda lahir lah dekat lengan dia. Senang lah kau nak cam tu anak kau.

Luqman { Senyum nipis / Berbisik pada Darmia }
Ya lah, Haziq. Ada tanda lahir... . Darmia anak ayah... . Darmia jadi anak yang baik, jadi permata Ayah dan Ibu. Papa Haziq pun akan jaga Darmia.

Imbas kembali tamat

Darmia.... di mana kamu, sayang? Ayah dan Ibu rindukan kamu...

Tok! Tok ! Tok!

Luqman membuka pintu. Sekilas itu, dia agak terkejut dengan seorang bayi perempuan yang sedang digendong Fatin. Lengannya tidak ditutupi baju. Kerana itu, terdedah tanda lahir pada lengan Darmia Alisya.

Luqman { Berpeluk tubuh }
Apa kau nak, Fatin? Kau dah kahwin dengan Haziq kan?.

Fatin
Aku nak kau. Ni anak kita, Zaharah. Comel kan? Zaharah, ni ayah Zaharah. Kita akan jadi keluarga bahagia lepas ni.

Luqman { Cepat² ambil Darmia dari gendongan Fatin }
Kau sangka aku bodoh?

Fatin berdecit geram!.

Luqman
Permainan kau dah tamat


Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now