Ep 9 | Parti hari jadi bhg 2

59 5 1
                                    

1. Ext. Halaman rumah - malam

Watak : Aisyah, Luqman, Hanis, Dato Zulhairi

Para tetamu saling mengucapkan 'selamat hari jadi' untuk Hanis. Hanis dilayan bak puteri raja yang manja. Hadiah-hadiah mahal dihulur bergilir-gilir. Pembalut hadiah yang kelihatan mahal itu menimbulkan rasa ingin tahu pada diriku, apa mereka berikan kepada Hanis?. Adakah ia sebuah telefon pintar bernilai ribuan ringgit? Atau sehelai gaun yang mahal rekaan pereka fesyen luar negara?. Mungkin juga set aksesori diperbuat daripada emas 999.9 ?.

Air sirap laici diteguk. Luqman berbual kecil bersama tetamu lain sedangkan aku berdiri seperti patung cendana di tengah-tengah laman.

Dato Zulhairi { Memberi ucapan }
Selamat malam para hadiri sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir ke majlis anak perempuan kesayangan saya, Hanis Rabiatul. Hanis anak paling saya sayang. Saya takkan biarkan anak  saya bersedih. Happy birthday, my baby girl { flying kiss }

Hanis { Bangga dipuji }
Oh Daddy..... . Malu kita! Hihi.

Aisyah { Menghela nafas. Makan steak lembu & air jagung bersusu }
Terlalu dimanjakan, dekat sekolah jadi pembuli. Anak emas!.  Esok dah ada anak, anak ikut perangai pembuli.

Luqman datang membawa sepinggan penuh dengan kuih. Donut, ketayap, pulut panggang, kuih cara berlauk, lepat cendol, lepat ubi. Steak aku belum habis. Dia ambil makanan macam setahun tak makan.

Luqman
Sikitnya Aisyah makan? Tambah lah sikit?.

Aisyah { Tak bersemangat }
Tak nak lah. Tak ada yang sudi sayang saya nanti.

Luqman { Angkat kening berkali-kali. Senyum leret }
Abang sudi jadi orang yang menyayangi Aisyah.

Aisyah blushing. Senyum-senyum malu. Namun, seketika kemudian, dia tersedar sesungguhnya ini hanya lakonan.

Hanis  nak kacau Aisyah dan bakal suaminya itu. Rupa handsome, sasa, berharta. Eeiii.... mana yang tak terbakar?. Aku cuma ada Syafiq kurus kering tu je!. Aku tak boleh lah tengok si Gemuk tu dengan lelaki handsome!. Aku pun nak jugak.....

Hanis { Bercekak pinggang }
Mana lah kau dapat laki ni? Tak handsome macam boyfriend aku.

Aisyah  { Berhenti makan }
Jodoh.

Hanis ingin menambah kemarahan Aisyah. Dia perhati pula pada Luqman.

Hanis
Apa yang kau suka sangat pada budak gemuk ni?. Harapkan ada kereta mewah, baju mahal. Aku boleh minta Daddy aku belikan baju lebih mahal dari kau! { pandang Aisyah tajam }

Aisyah
Alhamdulillah. Baguslah. Rezeki kau merasa barang mewah. Abang..... { suara lembut } Abang cepat-cepat lah masuk meminang Isyah. Isyah tak sabar hidup dengan abang.

Luqman tersembur selepas meneguk jus laici. Dia terbatuk-batuk pula, Aisyah tiba-tiba memintanya masuk meminang. Ni bukan sebahagian rancangan mereka.

Hanis { Geram }
Eeiii! Pengotor!

Malas lah aku nak layan!. Hanis pun berlalu pergi ke kumpulan kawan-kawannya. Lelaki milik Aisyah itu tetap mencuri perhatian!. Auww!.

Aisyah { Lapkan mulut Luqman. Sedih }
Maaf, abang. Isyah terlepas cakap. Abang mesti marahkan?. Maaf lah....

Luqman { Tersenyum kecil }
Tak lah. Abang cuma terkejut je. Tadi tu abang rasa dah boleh agak. Kawan sekolah?.

Aisyah mengangguk.

Luqman { Pegang dagu }
Ada boyfriend? Geng dia pun mesti ada juga kan?

Aisyah mengangguk lagi.

Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now