Ep 7 | Perasaan kian pudar

59 9 0
                                    

1. Int. Dalam kereta - tengah malam

Watak : Luqman, Aisyah.

Brek tangan ditarik. Aisyah memberi senyuman selamat tinggal pada Luqman sebelum dia berangkat keluar dari kereta.

Aisyah
Terima kasih, abang. Saya masuk rumah dulu ya?. Daddy dengan Mommy mesti risau sebab saya balik lambat. Atau abang nak cakap pada mereka?.

Luqman { Senyum nipis }
Sama-sama, Aisyah. Abang kena pergi. Aisyah cakap saja baik-baik. Insya-Allah mereka faham.

Aisyah baru teringat tentang parti hari jadi Hanis minggu depan. Dia perlu meminta keizinan Luqman berlakon jadi boyfriend.

Aisyah
Minggu depan, birthday kawan saya....

Luqman
Lepas tu? Awak tak ada pengangkutan?. Nak abang hantar?. Boleh, Aisyah. Abang boleh hantar Aisyah pergi rumah kawan Aisyah tu.

Aisyah { Menggeleng }
Tak! Dia.... Dia nak tengok boyfriend saya.....

Luqman { Mata membulat}
Boyfriend? Boyfriend siapa?  Boyfriend Aisyah?

Aisyah hanya diam membisu. Bermakna 'ya' dalam kamus seorang perempuan.

Luqman { Tidak bersetuju }
Oh. Aisyah terus-terang saja. Tak perlu fikirkan sangat. Baru 17 tahun. Umur macam awak, patutnya sibuk kejar peluang universiti. Bukan bercinta. 

Aisyah
Tapi.... saya sorang dalam kelas tak ada boyfriend!

Luqman { Tepuk dahi }
Astaghfirullahalazim..... . Aisyah, pandang abang. Aisyah nak abang jadi boyfriend Aisyah lah ya?. Masa birthday kawan awak nanti, nak kenalkan abang sebagai pasangan Aisyah?. Allahuakbar.... tak baik menipu.

Aisyah { Hati terguris }
Tak apa lah abang. Saya jujur je lah dengan kawan-kawan saya tu { mengesat air mata, terus masuk rumah }

Tangisan Aisyah memberi segala perasaan yang tak pernah hadir dalam diri Luqman. Air matanya juga menimbulkan banyak persoalan.

Luqman { Melurutkan rambut ke belakang. Serba salah }
Ya Allah... apa aku dah buat?. Aku dah buat dia menangis....

***

2. Int. Kelas 5 Bidasari - pagi

Watak : Hanis, Khairina, Syarina, Aisyah

Hanis { Ketuk meja Aisyah }
Hei si gemuk. Siapa boyfriend kau? Aku nak tahu lah juga. Mamat bangla?. Pengembala kambing?. Lelaki lembut?. Hahaha!.

Abang Luqman tak nak datang.... . Aisyah memekakkan telinga. Hanis makin melampau!. Mentang-mentang boyfriend dia orang kaya. Semua benda dia boleh dapat!. Kasih sayang percuma?. Tayang body?. Eeiii... . Astaghfirullahalazim.... .

Aisyah { Gelisah }
Boyfriend saya.... dia sibuk. Tak dapat datang. Memang dah jemput dah. Agaknya malam ni baru dia mesej saya.

Khairina, Syarina juga sibuk nak tahu juga berita terkini tentang teman lelaki Aisyah tu. Semata-mata nak elak dibahan atau sengaja mereka cerita supaya kitorang jangan buli dia lagi?.

Syarina { Terkejut }
Apa? Aisyah si  gemuk dah ada boyfriend?! Agaknya mesti dia muka buruk. Malu nak datang birthday Hanis yang mewah, ramai VVIP tu. Tak ada class langsung!. Hei, bagitau lah dia kerja apa?. Pengutip sampah?.

Khairina
Atau mungkin juga tukang sapu?

Hanis
Berangan je lah kau, si gemuk. Lelaki tak nak dekat kau pun!. Muka tembam, badan besar macam gajah!. Orang lelaki tengok kau, baru seminit dah lari!.

Hina sangat ke muka aku?. Abang Luqman macam tu juga ke?. Terlalu menilai rupa?. Rupa hanya pantulan dalam hidup. Ia takkan memberi apa-apa selepas kita dihidupkan di alam bawah. Insan yang memilik yang suci, sentiasa mencari pahala tatkala di dunia, akan membawa seribu bekalan ke akhirat. Neraca penimbang amalan jahat dan baik pula akan ditimbang adil. Mana-mana kitab agama, tiada satu menyebut neraca penimbang akan menilai tahap kecantikan, susuk badan kita kurus atau gemuk. Neraca keadilan dunia akhirat hanya mengira berapa berat pahala dan dosa. Kata-kata mereka hanya menambahkan kiraan dosa sendiri.

Disoal malaikat di alam bawah, takkan kita hendak berdalih pada Malaikat, mendakwa  tak pernah menyakiti sesiapa ketika hidup?. Hakikatnya ada!. Allah Maha Adil!. Aku tak pernah terdetik melawan Hanis dan kawan-kawannya dengan cara kasar!. Sebaliknya, makin aku diam, mereka makin ligat!. Aku hanya burung kecil yang berterbangan luas di alam angkasa penuh haiwan berbahaya. Silap mengepak sayap, jatuh lah ke bumi dimakan haiwan-haiwan berbisa.

Aisyah { Yakin. Senyum }
Insya-Allah...... . Teman lelaki saya akan datang selamatkan saya... Saya percayakan dia...

Hanis
Pelik-pelik kau cakap! Apa kau mengarut?!

Khairina { Berbisik. Menggumpat }
Otak dia dah mereng!.

Dengusan kasar dilepas. Taktik hari ni  tak menjadi!. Selalunya berjaya!.

***

3. Int. Hospital Lovelia - petang

Watak : Fatin, Luqman

Fatin mahu semua salah faham antara  dia dan Luqman segera terlerai. Dia tidak mahu kehilangan insan yang sangat dia cintai.  Apa yang berlaku pada malam semalam hanya keluar sebagai kawan biasa.

Fatin { Memujuk Luqman }
Abang.... maafkan Fatin?

Luqman { Berpaling muka. Dingin}
Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Awak ikut haluan awak, saya ikut haluan saya. Faham?.

Fatin
Fatin cuma sayangkan abang. Keluarga kita akan kecewa disebabkan keputusan abang. Mereka masih tak tahu kita berdua dah putus tunang. Secara tak rasmi pula tu. Aunty Baizura penat-penat sarungkan cincin pada Fatin, abang putuskan sewenang-wenangnya pula. Kesian kan lah dekat Aunty... .

Luqman { Tunding jari }
Kau jangan libatkan Mama dan Papa aku!. Ini hal peribadi kau, hal peribadi aku!. Kau masih buat-buat tak nampak kan?. Haziq sebenarnya sukakan kau!.

Fatin { Tersentak }
Abang tipu kan? Fatin tak anggap Haziq lebih dari kawan... . Haziq kawan biasa... . Fatin cintakan abang
.... . Trust me please?.

Kepala Luqman berputar laju. Kata-kata Fatin mengundang lebih banyak persoalan di benak kepala. Jujur saja lah, Fatin. Kau suka aku, atau hati kau memang dah terbuka untuk Haziq?.

Luqman
Aku rasa lebih baik kita berenggang buat sementara. Kau akan dapat jawapan sendiri bila kau bersama Haziq. Dia lebih layak dapat cinta kau. Hati kau sebenarnya dah berbelah bagi kan?. Haziq lebih romantik dari aku. Caring, sweet. Aku?. Aku pernah dianggap robot yang dingin, tak ada perasaan oleh kawan-kawan kau. Kau malu kan sebenarnya?. Kau sengaja nak bertunang dengan aku supaya dapat sakitkan hati aku?.

Fatin menelan air liur. Rahsianya dah terbongkar!.

Imbas kembali...

Ruangan rehat jururawat wad bunga raya, dipenuhi gelak-tawa para gadis.
Suhaiza, Dini, Fatin dan Umairah seronok mengata hal buruk tentang Luqman.

Suhaiza
Kau sanggup  bertunang dengan doktor yang tak ada perasaan tu?. Perangai macam robot je!. Muka ketat sepanjang masa!.

Dini
Kalau aku jadi kau lah, Fatin. Aku dah lama minta putus.

Fatin
Aku pun tak tahan nak hadap perangai dingin dia!.

Perbualan gadis-gadis itu didengari Luqman di mana baru balik dari dewan pembedahan. Tangannya digenggam. Menggigil-gigil. Sanggup Fatin bercakap buruk di belakangnya?.








Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ