Ep 10 | Dia di sisi aku

57 5 2
                                    

1. Int. Banglo persendirian - tengah malam

Watak : Aisyah, Luqman, Nathan, Suraya, Henry.

Selesai memeriksa tekanan nafas Aisyah, Luqman memasang pula alat pengukur tekanan darah. Di samping Luqman, dua pengawal peribadi menunggu arahan seterusnya daripada Luqman. Mereka akan mengawasi Aisyah jika gadis itu mengerang kesakitan ketika ketiadaannya.

Luqman { Menanggalkan stateskop}
Henry, Nathan. Tolong jaga dia masa aku tak ada. Kalau dia dah sedar, panggil aku.

Henry { Mengangguk }
Baik, Mr. Luqman.

Suraya { Membawa sepasang baju kurung baru }
Tuan Luqman, baju kurung ni nak letak mana ya?.

Luqman
Letak atas meja saja, Suraya. Atau awak nak pakaikan Aisyah baju tu sekarang?.

Aisyah tidur  memakai kemeja Luqman. Agak besar saiznya disarung tubuh Aisyah. Rumah ni tiada baju perempuan kerana keluarganya tak tahu dia ada dua buah rumah.

Suraya
Baik Tuan Luqman.

Suraya berdehem pada ketiga-tiga jejaka itu meminta mereka keluar.

Luqman { Muka merona merah }
Oh..... . Nathan, Henry { Buat isyarat geleng kepala }

Mereka berdua faham maksud isyarat tersebut. Maka, mereka bertiga pun keluar.

Aisyah { Mengigau}
Ibu.... Ayah....

Suraya
Cik? Cik dah sedar ke?

Aisyah kembali lena... .

***

2. Int. Rumah Madam Danila - tengah malam

Watak : Madam Danila, Mr. Huang Hoe, Luqman

Luqman { On phone }
Helo Uncle, ni Luqman. Malam ni Aisyah tak balik.

Mr. Huang Hoe { Risau. On phone }
Mengapa Syah tak balik? Dia tak apa-apa kan?

Luqman { On phone }
Dia jatuh kolam, Uncle. Kawan dia tolak. Aisyah sekarang tak apa-apa. Saya dah rawat dia.

Mr. Huang Hoe
Ok lah itu macam. Jaga anak saya, Luqman.

Madam Danila
Siapa call itu?

Mr. Huang Hoe
Luqman.

Madam Danila
Dia cakap apa?

Mr. Huang Hoe
Aisyah jatuh kolam, Danila. Luqman sudah jaga dia.

Madam Danila
So.... Syah berada di mana?

Mr. Huang Hoe { Teragak-agak nak jawab }
Hospital..... .

Madam Danila { Curiga }
Okey... Hospital mana? Kita lawat dia?

Mr. Huang Hoe
Tidak mengapa lah, Danila. Luqman ada bersama dia. Saya percaya Luqman boleh jaga Syah.

Madam Danila
Huang, itu keluarga kandung Aisyah bagaimana agaknya?. Mereka pasti akan mahu tuntut Aisyah dari kita.

Mr. Huang Hoe
Rumah anak yatim ada call sama you?

Madam Danila
Tiada. Tapi siapa tahu kan?. Itu keluarga kandung dia. Dan mereka masih hidup. Jika mereka sayangkan Aisyah, mengapa mereka meletakkan Aisyah di rumah anak-anak yatim ketika bayi?.

Mr. Huang Hoe { Garu kepala }
Haiyaa.... itu saya tidak tahu nak cakap macam mana, Danila. Kita ada undang-undang dan Mahkamah boleh jatuhkan hukuman kalau mereka berkasar nakkan Aisyah semula.

Madam Danila
Itu bergantung pada Aisyah bukan?. Sama ada Aisyah mahu nak balik pada keluarga dia atau dia mahu bersama kita. Kita tak boleh paksa dia. Kesian dia maa... .

Mr. Huang Hoe tidak akan melepaskan Aisyah semula pada keluarga kandungnya. Aisyah sangat disayangi oleh seluruh keluarga Huang. Berbanding keluarga asal Aisyah, keluarga Huang jauh lebih baik. Atmosfera keluarga Huang dipenuhi kasih sayang. Hari-hari Aisyah dicurahi kasih sayang daripada Madam Danila, Mr.Huang, Wei Lan malah Mei Xiu pun gembira dapat seorang kakak yang baik hati.

***

3. Int. Bilik Aisyah - tengah malam

Watak : Luqman, Aisyah

Luqman melawat Aisyah senyap-senyap, mengelakkan penghuni rumah ternampak kehadirannya. Melihat Aisyah tidak  mengalami apa-apa masalah serius, Luqman mahu kembali ke biliknya. Berapa seketika kemudian, Luqman terdengar Aisyah mengingau menyebut sesuatu.

Aisyah { Mengalami demam panas }
Ibu..... Ayah.....

Luqman menghampiri Aisyah. Memeriksa keadannya jika dia sudah sedar.

Luqman
Aisyah? Aisyah dah sedar ke?

Aisyah terus menggigil. Badannya mengeluarkan peluh sejuk. Tapak tangan Luqman merasa suhu dahi Aisyah. Panas.

Luqman { Berbisik kecil }
Aisyah demam ni.... .

Luqman terus turun ke dapur. Ambil besen mini, diisi air sejuk dan 30  ketul ais. Tuala putih direndam dalam besen. Dia kembali naik ke bilik Aisyah.

Tuala diperah, dilekapkan pada dahi Aisyah. Tak lama lepas tu, Aisyah meracau pula.

Aisyah { Memusingkan kepala kiri & kanan }
Sesiapa.... tolong selamat kan saya....

Luqman { Bimbang }
Aisyah, abang dekat sini. Aisyah dah selamat.

Aisyah { Meracau kecil}
Ibu.... Ayah... selamatkan Ecah. Ecah tak tahu berenang....  .

Aisyah trauma disebabkan perbuatan Hanis dan kawan-kawannya. Sepanjang malam itu juga Luqman tak tidur malam menjaga Aisyah.







Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora