Ep 18 | Bayang hitam menghampiri

59 6 1
                                    

1. Int. Hospital Lovelia - pagi

Watak : Fatin, Haziq

Rimas. Fatin asyik-asyik tanya benda yang sama, bila hendak melamar dia jadi suri hati?.

Haziq { Sedikit marah }
Sudah lah, Fatin. Awak tak nampak ke saya sibuk?. Minggu depan ada operation. Luqman ambil cuti temankan isteri dia. Tugas saya bertambah. Boleh tak kalau awak tunggu bila saya lapang?

Fatin { Merajuk }
Haziqqqq.... Kita dah 9 bulan bercinta! Kawan-kawan saya semua dah berpunya!. Kenapa awak tak faham?. Perempuan tak boleh kahwin lewat!.

Haziq
Oh ya ke?. Kalau awak nak sangat kahwin, kau pergi lah kahwin dengan sesiapa.

Fatin
Wait, wait. Awak cakap Luqman temankan isteri dia?. Kenapa?.

Haziq { Bertopang dagu}
Isteri dia dah mengandung. Tunggu masa nak bersalin je.

Sepatutnya aku yang berada di tempat budak tu!. Budak tu dah mengandung!!!.

Fatin
Luq mesti perlukan jururawat peribadi kan untuk jaga isteri dia yang tercinta tu?

Haziq
Hah?

Show time... . Luq, kau tunggu je aku belai kau dengan cinta aku semula. Fatin akan memulakan rancangan jahatnya. Cinta Luqman dan Aisyah bakal musnah.

***

2. Int. Dapur - masih pagi

Watak :  Luqman, Aisyah

Lima gulung roti berinti sardin, digoreng dalam kuali. Sementara Luqman menyiapkan menu sampingan untuk Aisyah,  isterinya itu merehatkan diri dalam bilik.

Luqman berpeluh-peluh. Tuala dalam kocek apron dicapai. Peluh dilap. Dah siap masak. Gas ditutup. Makanan diletakkan dalam dulang. Susu tepung  dikaup, dikacau-kacaukan dalam gelas berisi air suam. Susu suam bagus buat ibu mengandung. Mereka tak boleh makan banyak. Sebagai pengganti tenaga, susu pilihan terbaik.

Bilik...

Aisyah membaca majalah wanita di atas katil beralaskan bantal empuk. Perutnya kian membesar kerana sudah masuk 9 bulan dia mengandung. Pengalaman pertama bergelar ibu. Mungkin lepas ni dia akan bergelar kali kedua?.

Luqman { Menatang dulang / suara manja }
Hai sayanggg.... . Sarapan dah siap. Sayang makan tau. Baby dalam perut tu mesti dah lapar.

Aisyah tersenyum kecil. Majalah diletakkan atas meja kecil sebelah katil.

Aisyah
Abang masak apa?

Luqman { Duduk sebelah Aisyah/ Susu letak atas meja }
Abang buat roti sardin gulung. Kita makan sama-sama.

Aisyah
Banyaknya. Ecah tak makan banyak.

Luqman { Ambil segulung roti, disua pada  mulut Aisyah }
Tak apa Ecah. Abang  dah siapkan susu.

Aisyah { Buka mulut / kunyah }
Terima kasih abang. Ermmm! Sedap!

Luqman { Makan roti }
Kan? Abang sebenarnya bekas chef tau! Hahahah!

Aisyah { Tak percaya }
Eleh...

Luqman { Ketawa }
Hahah! Tipu jer.

Kebahagiaan mereka hanya sementara...

***

3. Int. Wad bayi Hospital Lovelia - malam

Watak : Fatin

Bayi perempuan  Aisyah selamat dilahirkan... . Bayinya diletakkan di  wad bayi bersama anak ibu lain. Fatin berhati-hati membuka pintu. Dia tak mahu bayi-bayi itu menangis sehingga pihak hospital menangkapnya di situ. Teg nama katil bayi milik Aisyah berjaya dijumpai. Fatin tersenyum sinis. Tak ada lah susah nak cari.

Nama ibu : Siti Nur Aisyah Binti Rosli

Lahir : 20***

Bayi itu sangat mirip wajah Aisyah dan Luqman. Tidur nyenyak bermimpikan syurga sebelum matanya mencelik melihat dunia. Aisyah masih berehat di wad ditemani Luqman.

Fatin { Dukung anak Aisyah}
Mama ambil kau ya, sayang... . Mama takkan serahkan kau pada mak kau.

***

4. Int. Wad bersalin - Pagi

Watak : Aisyah, Luqman, Haziq.

Aisyah meraung-raung apabila anaknya yang baru dilahirkan hilang secara tiba-tiba. Sakit bersalin pun belum hilang. Gurauan apa ni??!!!.

Aisyah { Meroyan / Tarik-tarik tudung }
SAYA NAK ANAK SAYA!!!! MANA ANAK SAYA!!!

Luqman memeluk Aisyah daripada isterinya terus meronta. Makin meronta, tiub air pada tangannya akan tercabut, malah menyebabkan isterinya kekurangan air dalam badan.

Luqman { Peluk Aisyah }
Shh.... Shh.... Aisyah.... bawa bertenang sayang... . Pihak hospital akan cari anak kita.

Aisyah { Menangis / Meraung }
BAPAK JENIS APA KAU HAH?! AKU YANG BERANAK, KAU DUDUK MACAM TUNGGUL!!! ANAK AKU!!! AKU NAK ANAK AKU!!!! { Tendang-tendang selimut }

Haziq
Luq, isteri kau meroyan teruk ni. Lama-lama dibiarkan Aisyah boleh gila. Kita hantar Aisyah hospital pakar jiwa?. Doktor sana akan rawat isteri kau.

Luqman tiada pilihan merelakan Aisyah dirawat di Hospital Pakar Jiwa.








Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now