Ep 13 | Ujian mengejut

45 5 0
                                    

1. Int. Kelas 5 Bidasari - pagi

Watak : Hanis, Khairina, Syarina, Aisyah, Cikgu Rafidah ( Guru Sains ), Hisyam

Hanis { Buat Aisyah marah / perli }
Kau dah sihat ya, Gemuk? Mestilah kau dah sihat. Doktor tu dibayar mahal untuk jaga orang GEMUK macam kau!

Aisyah mengendahkan perlian Hanis. Dia hanya fokus pada buku latihan Sains di hadapannya.

Ceh, aku dah tekan Si Gemuk ni cukup-cukup, dia buat aku halimunan?!.

Bam!. Hanis menghempas tapak tangannya. Terhinjut bahu Aisyah. Khairina dan Syarina pula hanya ketawa Aisyah memang betul-betul dah gila sebab melawan kawan mereka.

Hanis
Aku nak bagi amaran pada kau! Kau boleh apa dengan doktor tu? Kau takkan dapat kahwin lah dengan dia! Nak tahu? Sebab kau GEMUK! Lain lah aku!  Dia mesti suka aku! Aku cantik, kaya, manja, pandai bergaya. Kau ada apa?!. Setakat pandai baca buku, tak dapat apa-apa pun, heh!. Skema!

Khairina
Hanis dah berapi!!! Hahah! Mengalah je lah, Gemuk! Kami nak tengok apa ending kau dengan lelaki tu!

Syarina
Baju pengantin pun kena lah booking saiz besar-besar. Ya lah, takut terkoyak masa bersanding!

Mereka tak berjaya nak buat Aisyah bertambah sakit hati. Cikgu Rafidah sudah berjalan masuk ke kelas sambil membawa kertas ujian Gerak Gempur SPM 2016.

Hisyam { Ketua kelas / Beri hormat}
Bangun!, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera Cikgu Rafidah!

Pelajar Islam { Mengulang kata / Berdiri }
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Pelajar bangsa lain & pelajar Islam
Dan selamat sejahtera, Cikgu Rafidah!

Cikgu Rafidah
Wa'alaikumussalam, dan selamat sejahtera. Kamu semua boleh duduk.

Aisyah { Berkata dalam hati }
( Ada ujian ke?)

Cikgu Rafidah
Hari ni kita nak buat sedikit latihan Sains SPM tahun 2016 dari sekolah lain. Kamu mesti lulus dalam Sains  sebab ia akan beri kesan berpanjangan terhadap kamu. Kamu takkan dapat menyambung pelajaran kalau guru-guru tingkatan 6 melihat keputusan peperiksaan kamu nanti.

Hanis { Berbisik pada Khairina }
Aku tak study ! Macam mana ni? Aku tiru kau?

Khairina { Panik }
Aku pun tak sempat study apa-apa! Cuba tanya Syarina

Syarina { Salahkan orang lain }
Aku pun sama! Ni salah cikgu lah sebab tak inform pada kita awal-awal!

Aisyah { Ketawakan geng Hanis }
( Haha.... . tak sempat belajar ke diorang?. Buli lah aku lagi. Masa yang ada tak nak digunakan sebaik mungkin }

Kertas mula diedarkan. Hanis dan kawan-kawannya tak tahu nak buat apa. Otak diorang berpusing-pusing cari jawapan paling serupa, pendek kata, tembak jawapan. Tak pernah belajar. Sibuk bermedia sosial sana-sini. Takkan lah soalan SPM ada tanya " berapa jumlah pengikut Instagram anda?". Sudah tentu tak ada!. Aisyah menjawab soalan dengan  gembira. Dia suka belajar. Benda paling dia mahir ialah belajar. Semua orang tak suka belajar sebab ia membosankan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now