Aaran duduk di tempatnya berhadapan dengan Anayra.

"Susahkan abang je buat semua ni untuk saya. Mesti abang banyak keluarkan duit kan?" Anayra dah mula rasa bersalah buat kali kedua. Gila tak rasa bersalah? Satu sen dalam dompet dia pun dia tak keluarkan tau!

"Kan aku dah cakap, kau bahagia aku bahagia. Kegembiraan kau adalah kegembiraan untuk aku. You deserve this, Alhena" ucap Aaran romantis.

Anayra hampir mengalirkan air mata. Dikesat dengan jari.

"Hey, don't cry.. Aku nak kau happy bukan menangis... "

"Saya menangis sebab saya gembira lah. Saya terharu abang buat semua ni untuk saya... Saya janji, saya akan jadi isteri yang solehah dan taat untuk abang. " Anayra menggenggam tangan Aaran erat.

"Kau dah bersedia jadi isteri aku yang sebenarnya? "

Anayra mengangguk berkali-kali.

"So, malam ni aku akan jadikan kau sebagai isteri aku yang sebenarnya, " kata Aaran penuh makna. Anayra meneguk air liur kelat.

"Hah? "

"No excuses. Tonight, you're mine"

•••

Cahaya dari mentari menyapa di mata Anayra. Anayra bangun dari tidur. Dia menggeliat kecil sambil menggosok-gosok matanya.

Dia melihat dirinya yang tidak berpakaian. Mata dibuntangkan terkejut. Terus ditarik selimut sehingga ke paras dada. Macam mana dia boleh tidak berpakaian? Tiada seutas benang pun pada tubuhnya.

Dikerling pula suaminya di sebelah. Dia terkejut buat kali ke dua. Suaminya juga begitu bersama rambut yang kusut masai.

Anayra mengingatkan kembali apa yang terjadi diantara mereka semalam.

Tangan Anayra ditarik. Anayra terjerit kecil. Pinggangnya dipeluk. Tiada jarak antara mereka. Rapat.

Aaran membuka mata perlahan-lahan.

"Good morning, Alhena" ucapnya dengan suara serak basah.

Wow... So sexy...

Ehek

Anayra hanya memandang wajah yang masih mamai itu dengan gugup. Dia dan Aaran sangat rapat. Dah lah dua-dua masih 'begitu'!

"Err.. Awak.. Apa yang kita buat semalam? " soal Anayra takut-takut.

Aaran berkerut kening.

"Last night? We made our junior... Why? "

Anayra hanya menggeleng-gelengkan kepala. Malu sebenarnya.

Aaran ketawa melihat wajah isterinya yang sudah kemerahan. Dicium bibir Anayra sekilas. Anayra terkaku.

"Kau tak payah malu lah. Dah, jom. Kita dah nak check out. Pergi mandi dulu" Aaran bingkas bangun dari baring.

Anayra memegang selimut itu kuat. Malu masih tidak hilang dalam dirinya.

"Aku mandi dulu, " Aaran mencapai tuala yang berada di sebelahnya lalu dililitkan pada pinggang.

Selepas Aaran hilang dalam bilik air, Anayra terus menekup wajahnya dengan bantal.

"Eh, pukul berapa dah ni? " Anayra lantas mencapai telefonnya.

Hampir terkeluar biji matanya apabila melihat waktu yang terpapar di skrin.

"Pukul 8:30 pagi??? Ya Allah, subuh aku!!! Aku tertinggal!! "

•••

Anayra dan Aaran berada di kedai makan yang berdekatan dengan lapangan terbang untuk mengisi perut sebelum berlepas.

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now