𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 43

Start from the beginning
                                    

"Aisya apa ni?" Tanya Ashraf geram. Dia menunjukkan baju yang Aisya pilih.

"Baju lah" kata Aisya. Matanya kembali melihat baju-baju yang berada didepan mata.

Banyaknya baju tidur princess!

"Aisya, kau dah besar, jangan macam-macam beli baju yang elok sikit, kenapa gambar cartoon ni" kata Ashraf geram.

Pekerja kedai pakaian itu bergerak ke arah Ashraf setelah dipanggil.

"Letak balik semua ni, ambil baju tidur dan baju jalan yang sesuai ambil banyak-banyak pun tak pe" arah Ashraf kepada pekerja perempuan itu.

"Tak nak! Aisya nak tu jangan lah simpan kakak jangan lah simpan Aisya nak yang tu, please" rayu Aisya. Dia menarik tangan Ashraf.

Ashraf mengendahkan Aisya.

"No awak boleh lah Aisya nak tu, jangan simpan snow white Aisya, tak boleh" bentak Aisya. Kakinya menghentak lantai dengan kuat. Dia menangis. Sehingga terduduk.

Ashraf naik malu dengan perangai Aisya.

"Err encik saya rasa baju ni pun sesuai untuk adik encik, dia nak sangat tak pe lah kan?" Cadang pekerja perempuan itu.

"Aisya bangun" arah Ashraf.

Aisya tidak mengendahkan arahan Ashraf dia masih lagi menangis.

Ashraf mengeluh perlahan.

"Fine! Ambil je lah apa kau nak ambil, dah jangan nangis bangun sekarang" kata Ashraf geram.

"Yeay! Thank you awak!" Kata Aisya dan memeluk Ashraf. Dia mencium pipi Ashraf tanpa malu. Yang malu sekarang ni Ashraf.

Setelah itu terus Aisya mengambil lagi baju tidur princess. Semua jenis Disney princess dia ambil.

"Kau tolong tengokkan dia aku nak duduk dekat depan tu, lepas dia dah habis pilih bagi dekat lelaki baju hitam tu nanti dia bayar aku dah bagi card dekat dia, dan lagi satu tu isteri aku bukan adik aku" kata Ashraf dan melangkah pergi dari tempat itu.

Pekerja perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Kakak nak yang tu boleh?" Tanya Aisya.

Pekerja perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya mencapai kayu dan mengambil baju yang di maksudkan oleh Aisya.

Mata Aisya tertancap pada baju tidur berwarna merah terang.

"Kakak, nak yang tu boleh? Macam cantik je" kata Aisya.

Pekerja perempuan itu mengangguk perlahan.

Budak ni kecil-kecil dah pandai.

Selesai sahaja Aisya memilih baju dia menuju ke kaunter bayaran. Baru sahaja dia hendak mengambil beg-beg kertas yang berisi baju yang dia beli tadi ada sepasang tangan yang mengambil terlebih dahulu.

"Ape ni? Nak curi baju Aisya!" Bentak Aisya. Dia menarik beg kertas dari tangan lelaki itu.

"Puan jangan macam ni, Tuan Raf suruh saya bawakan beg kertas ni" kata lelaki itu.

"Tipu, awak nak curi baju Aisya kan!" Kata Aisya.

Ashraf yang mendengar kekecohan itu terus meluru ke arah kaunter bayaran.

"Apa hal ni?" Tanya Ashraf.

Lelaki itu menunduk hormat sebelum memberitahu hal yang sebenar kepada Ashraf.

"Macam ni tuan,  saya nak bawakan beg beg kertas ni macam yang tuan suruh tadi tapi Puan Aisya tak benarkan dia tuduh saya nak mencuri" kata lelaki itu.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now