"Ish, apalah awak ni."

"Kalau saya kiss, baru boleh menang"

"Takde menang lah dengan kiss awak tu. Dahlah awak, saya nak pergi study. Lepastu nak praktis suara untuk esok. Bye, "

"I love you, Little Delicious," ucap Aarash sebelum menutup panggilan. Anayra tercengang sebelum melebarkan senyuman.

'Haihh... Confirm kena menang esok!'

•••

"Awak, saya menang tempat pertama dalam pertandingan! Awak happy tak? " tanya Anayra. Tangannya masih tidak melepaskan piala yang diterimanya.

"Mestilah saya happy, kalau tak macam mana saya boleh sayang"

"Kalau saya gemuk pun awak sayang?" Anayra cuba menguji. Bunyi gelakan tawa halus dari jejaka itu.

"Mestilah saya sayang jugak. Saya ni tak pandang fizikal tau. Saya pandang hati. Alah, kalau awak gemuk pun boleh kurus balik kan? " jawapan dari Aarash melegakan hatinya.

"Alah.. Lelaki mula-mula memang cakap macam tu. Nanti bila dah mendapat... dia tinggalkan perempuan tu jugak. Hmmm.. " Anayra cuba menguji lagi. Keningnya terangkat sebelah.

"Hmm, awak tahu tak. Awaklah perempuan pertama yang saya first suka. Saya akan setia tunggu awak sampai dapat. Hanya awak dihati saya tiada yang lain. Rindu nak jumpa awak" kata-kata dari Aarash mendiamkan Anayra. Hatinya dipenuhi rama-rama. Alamak, tersongkang-songkang lah pulak!

•••

Malam itu seperti biasa Anayra akan menelefon Aarash sambil mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akan datang. Tapi malam ni agak berlainan. Suara Aarash seperti tergagap-gagap bila bercakap dengannya.

"Awak.. Kenapa ni? Awak okey tak? " soal Anayra risau.

"Emm.. Sa.. Saya nak bagitahu awak something boleh? " tanya Aarash tergagap-gagap.

"Apa?" Anayra juga berdebar-debar.

"Actually.... "

"Actually?"

"Actually... " ayat Aarash masih tergantung. Anayra geram.

"Actually what??!!" jerkah Anayra kuat.

"Actually i'm falling in love with you since we first met. I love you" terlepas juga ayat itu dari bibir Aarash laju. Terkejut dijerkah sebegitu.

"Hah? "

Anayra dalam hati sudah berbunga mekar mewangi.

"Ye, saya suka awak. I mean- saya cintakan awak. Saya nak jadikan awak girlfriend saya? Awak nak tak?" lamar Aarash dengan harapan.

Lidah Anayra kelu. Tidak tahu ingin memberi respon bagaimana. Dia juga ingin bersama Aarash tapi masa sekarang tidak menentukan. Peperiksaan minggu hadapan menantinya.

"Emm... Saya tak boleh bagi jawapan sekarang. Sebab peperiksaan dah nak dekat. Lepas peperiksaan saya bagi jawapan terus dekat awak. Boleh awak tunggu dalam seminggu lagi? " soal Anayra. Dia menunggu jawapan dari Aarash.

"Hmm.. Okeylah." Aarash redha.

"Dan satu lagi, nanti saya tak boleh call awak dalam minggu peperiksaan ni. Saya takut nanti saya hilang fokus. Awak tunggu okey?" pinta Anayra.

"Alah... nanti tak bolehlah dengar suara awak selalu.." Aarash merengek manja. Anayra tersenyum kecil.

"Tak bolehlah awak.. Awak jugak cakap nak tengok saya berjaya kan? Jadi, tunggu saya sekejap je dalam seminggu. Nanti, awak nak dengar suara saya puas-puas pun boleh." pujuk Anayra.

"Okey awak. Hmm, dahlah. Dah lewat dah ni. Pergi masuk tidur. Nanti lambat nak pergi sekolah esok"

"Hehehe.. Okey awak. Goodnite"

"Goodnite, My Little Delicious"

•••

Seminggu sudah berlalu, peperiksaan juga sudah tamat. Itulah hari yang paling dinanti-nantikan Anayra. Kalau boleh, dia ingin memberitahu jawapannya kepada Aarash secepat mungkin.

'Sabar, Anayra... Nanti kau dapat bagitahu dia jugak. Tunggu malam nanti' bisik hati Anayra. Dia tersengih sahaja setiap hari.

Malam mula menjelma. Malam ini, dia sendiri akan memulakan langkah. Didail nombor Aarash dan mula menekapkan telefonnya pada telinga.

Lama juga untuk si dia mengangkat panggilan. Akhirnya, panggilan itu diangkat. Anayra makin berdebar-debar.

"Hai, awak. Sorrylah, saya angkat lambat sebab ada hal tadi. Kenapa awak call, hmm? " soal Aarash lembut.

"Err.. Seminggu kan dah lepas, peperiksaan pun dah habis jadi saya ada benda nak bagitahu awak. "

"Apa dia? "

Anayra mula memberitahu jawapan yang sudah lama terbuku dalam hatinya,

"Saya dah fikir yang saya terima awak jadi boyfriend saya. Sebenarnya saya pun dah start sukakan awak dari first awak mulakan langkah. Jadi, jawapan saya untuk lamaran awak adalah, yes" ujar Anayra panjang lebar. Fuh! Bukan senang nak susun ayat. Nak bagi jawapan pun lagi berdebar dari jawab peperiksaan.

Suasana sunyi seketika. Anayra masih menunggu butir bicara dari Aarash.

"Emm.. Maaflah Anayra tapi... " ayat Aarash terhenti seketika.

"Tapi? " tanya Anayra laju.

"Tapi saya dah ada orang lain. Awak lambat sangat bagitahu jawapan dan saya tak boleh tunggu. Jadi, saya harap awak lupakan tentang lamaran saya. Hati saya dah terisi nama orang lain dan nama awak saya dah padamkan"

Kata-kata dari Aarash membuatkan Anayra terdiam.

"Since when? "

"Dalam seminggu yang lepas. Selepas awak bagitahu saya yang awak takkan hubungi saya dalam seminggu." jatuh rahang Anayra mendengar jawapan dari Aarash.

"But why, Aarash? Why? " Anayra masih cuba mengawal emosi.

"Saya tak boleh, Anayra. Saya perlukan peneman. Saya tak boleh kalau tak dengar suara seseorang yang saya sayang. Jadi, saya rasa saya perlu cari yang lain. Saya rasa kita tak sesuai dan awak mungkin dah boleh cari orang lain. Citarasa seseorang lelaki boleh berubah. Like Erzhan once said, you are not suit with my taste. " kata Aarash sebelum dia sendiri mematikan panggilan.

Yeah. You may talk to me, make me
laugh and say the sweetest things. But how many girls are you doing that to?

C | TRUE LOVEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora