Sekian sahaja perhimpunan kita pada hari ini. Terima kasih"

Anayra berfikir sejenak. Dia memang berminat untuk berlakon! Ketika di sekolah rendah dahulu, dia selalu memegang watak utama dalam persembahan.

Nani disebelah dipandang.

"Nak masuk tak? " soal Anayra dengan mata bersinar.

"Masuk apa? " soal Nani sambil berkerut kening. Anayra mengeluh.

"Masuk berlakon. Jomlah, kita pergi try. Kalau diorang accept, boleh kita berlakon sama-sama! "

"Berlakon?? Eiii... tak maulah aku. Aku rela terjun dalam lubang jamban dari masui berlakon. Err.. Taknak-taknak. "

Anayra merengus. Tak kira. Nani kena join jugak!

•••

Anayra berjumpa dengan Erzhan dengan niat ingin mendaftarkan diri untuk menyertai persembahan. Senyuman diukir manis.

"Eh, Anayra? Awak nak join berlakon jugak? " tanya Erzhan ramah. Dia membetulkan postur kedudukannya.

"Hehe.. Ye. Saya nak borang tu boleh?"

"Boleh-boleh. Takkanlah tak boleh. Dan awak nak tahu tak? Saya pun masuk berlakon sekali dalam tu" kata Erzhan.

Anayra membuntangkan mata. Wow! Kalau dia diterima, dia boleh berlakon dengan si crush!

"Seriuslah? Saya tak sangka awak pandai berlakon. Tapi tak heran jugak sebab yelah.. Muka awak helok, dah sememangnya cikgu akan pilih awak" puji Anayra ikhlas.

"Eh.. Takdelah sampai macam tu sekali. Awak ni, Anayra. Puji saya sampai macam tu sekali. Malu saya" Erzhan ketawa kecil.

Anayra hanya tersengih seperti kerang terlebih busuk.

'Alahai.. Wahai pencuri hati. Kau ketawa pun dah berseri-seri. Kalau aku yang ketawa, dah macam beruk mak nyah. Untunglah, googglelooking'

•••

Anayra menghentak meja Nani kuat. Nani yang sedang khusyuk membuat kerja sekolah terkejut biawak. Nani memandang Anayra yang ketawa terkekek-kekek itu dengan perasaan geram.

"Kau ni dah kenapa?! Terkejut aku! "

"Sorrylah.. Macam tak biasa cara aku bergurau." Anayra memuncungkan mulut. Ingat comellah.

"Kalau kau niat nak kacau aku, sorry. Aku takde masa nak layan. Aku nak siapkan kerja matematik ni." Nani meneruskan kerjanya. Anayra merengus.

"No.. No..  Aku bukan nak kacau kau. Cuma aku nak cakap yang aku dah daftarkan kau untuk berlakon sempena hari raya ni. Sekain saya melabuhkan tirai," Anayra berdesup melarikan diri dari Nani. Nani membulatkan mata besar.

"Woii Anayra!! Kau memang nak kena dengan aku!!! "

•••

Keputusan telah dibuat. Mereka yang terpilih akan menghadiri perjumpaan pertama di dewan tertutup.

Cikgu Farah menghadiahkan senyuman sebelum memulakan bicara.

"Baiklah, Pertama sekali, tahniah buat anda yang terpilih untuk melakukan persembahan pada tahun ini. Seperti yang anda semua tahu, hari raya akan menjelma lebih kurang dari dua bulan lagi. Jadi, kita akan mulakan latihan bermula esok, faham? "

"Faham, cikgu! "

"Bagus, hari ini cikgu akan membahagikan watak. Antara watak-watak utama yang akan dipersembahkan adalah dua pesakit yang lari dari hospital tercedera akibat mercun, seorang doktor, seorang nurse, seorang pemilik kedai mamak dan macam-macam lagi,"

"Mengikut pemarkahan dari ujibakat lepas, cikgu dah pilih watak untuk masing-masing. Jadi, kamu semua kena terima ye? Aarash dan Erzhan, kamu jadi pesakit yang lari dari hospital.

Anayra, kamu jadi doktor yang mencari pesakit-pesakit yang lari dari hospital dan diiringi Nani sebagai nurse. Atau lebih senang dikatakan pembantu awak. "

Anayra memandang Nani sambil mengangkat kening. Nani menjulingkan mata.

Cikgu Farah juga memberitahu watak-watak yang lain. Mereka semua mengangguk faham.

"Cikgu rasa, itu sahaja untuk hari ini. Sila ambik skrip ikut watak. Latih dekat rumah. Esok kita buat pembacaan skrip beramai-ramai. Baiklah, kamu semua boleh pulang"

Para pelajar mengucapkan terima kasih pada Cikgu Farah. Belum sempat Anayra ingin melangkah pergi, Cikgu Farah memanggilnya.

"Kamu, Aarash dan Erzhan kena perbanyakkan berlatih bersama-sama, sebab dialog kamu dengan Aarash dan Erzhan banyak dan lama. Jadi, cari keserasian sampai dapat result gempak. Okey? " ujar Cikgu Farah panjang lebar. Anayra mengangguk.

Maksudnya, dia dan Erzhan akan selalu bersama! Aarhh!! Sukanya!!

•••

Keesokkan harinya, mereka semua berlatih dengan penuh disiplin. Anayra dan Nani sibuk berlatih pembacaan skrip bersama Erzhan dan Aarash.

"Baiklah, ada satu part ni awak kena tarik kolar baju saya. Jadi selepas awak berdua dah jumpa kitaorang dekat kedai mamak, saya akan bangun larikan diri. Tapi, awak akan tarik kolar baju saya untuk buatkan saya duduk semula. Tapi, janganlah tarik kuat sangat. Faham? " jelas Erzhan. Anayra dan Nani mengangguk.

"Baiklah, mari kita mulakan babak pertama. Semua sila ambil posisi! " arah Cikgu Farah dengan suara yang lantang.

Mereka semua menjalankan sesi latihan dengan baik.

Tiba waktu rehat, Anayra dan Nani duduk di bangku berdekatan dengan dewan tertutup, tempat latihan mereka.

Nani menyenggol lengan Anayra manja.

"Sukalah tu dapat berlakon dengan crush sendiri, lepastu dapat tarik kolar baju dia, auchh! "

Anayra mencubit lengan sahabatnya. Dia memandang kiri kanan. Takut apa yang diperkatakan Nani didengari oleh orang lain.

"Kau ni, cakap tu slow-slowlah sikit. Tak payahlah nak cakap macam nak bagi satu dunia dengar. Ye, aku suka. Puas hati? "

Nani tersenyum nakal.

"Elelele.. Kawan titew ni.. "

Mereka berdua menghamburkan ketawa. Bahagia. Nampaknya.

Tanpa disedari mereka berdua, sepasang mata sudah memandang mereka dari jauh lagi. Sempatlah dia mendengar kata-kata Nani sebelum pergi.

so dark , so deep..
                  the secret that you keep




C | TRUE LOVEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora