" Awak, jadi tak nak study dekat rumah saya petang ni? " soal Anayra.

"Kalau jadi nanti saya call awak. Awak tunggu saya tau"

"Okey, "

RUMAH ANAYRA

Anayra menanti panggilan dari Aiden.  Ringtone telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Anayra menjawab panggilan tersebut.

"Hello, awak? Awak jadi tak nak study group sama-sama dengan saya? "

"Ermm.. Sorry awak. Saya tak boleh pergi petang ni. Ada hal keluarga" balas Aiden.

Senyuman Anayra bertukar muram.

" Takpelah.. Lain kali kita study group sama-sama okey? "

"Okey, awak"

"Bye, Aiden"

"Bye, awak. Sayang awak"

Panggilan dimatikan. Kata-kata Aiden mengubat sedikit hatinya.

•••

Keesokannya di sekolah, Anayra dan Aiden ke sekolah seperti biasa. Kelakuan Aiden sedikit pelik hari ini. Dia kerap mendiamkan diri.

Puas ditanya tapi jawapannya hanya tiada apa-apa. Anayra cuba untuk faham. Dia memberi Aiden masa.

"Baiklah, class. Nanti jangan lupa buat latihan muka surat 45 dan 46."

Mata Cikgu Farahani berpaling kepada Aiden.

"Ha, Aiden. Kamu nak pindah sekolah esok kan? " soal Cikgu Farahani.

Separuh pelajar dalam kelas itu terkejut termasuk Anayra. Aiden nak pindah sekolah?? Patutlah dia diam je harini.

"Ye, cikgu" jawab Aiden.

Anayra masih terkejut. Aiden tidak memberitahu dia apa-apa pun. Diam dia hari ini adakah berkaitan dengan perpindahannya?

Habis sahaja waktu persekolahan, Anayra terus meluru ke arah Aiden. Dia ingin memastikan kepastian yang sepenuhnya dari lelaki itu.

"Betul ke apa yang cikgu cakap? " soal Anayra. Matanya memandang Aiden penuh sayu.

"Ye, semua tu betul. Sumpah saya baru tahu kelmarin. Saya pun terkejut dengan berita ni. Saya taknak pindah. Saya taknak tinggalkan awak" ujar Aiden sedih. Anayra hampir mengalirkan air mata namun ditahan.

" Saya pun tak nak.. Awak dah janji dengan saya taknak putuskan hubungan kita. Tapi nak buat macam mana? "

"Kita tak perlu putuskan hubungan kita. Jangan sesekali putuskan. Saya akan selalu call awak dan mesej awak. Saya nak hubungan ni kekal" kata Aiden bersungguh-sungguh.

Anayra tersenyum mendengar kata-kata dari lelaki pujaannya.

"Janji awak call saya selalu."

"Janji"

PROMISES mean everything. But after they are broken, SORRY means nothing

Selepas Aiden berpindah, mereka kerap berkomunikasi di whatssap, call dan sesekali mereka membuat panggilan video bagi mengubat rasa rindu.

Ting!

Anayra sudah tahu mesej itu dari siapa. Siapa lagi kalau bukan kekasih hatinya.

Aiden❤

-> Hai awak.. Saya mesej ni sebab saya nak cakap yang saya nak fokus study sebab peperiksaan tak lama lagi. Jadi saya akan off telefon saya. Ni mungkin hari terakhir saya berkomunikasi dengan awak. Tapi saya janji lepas peperiksaan ni saya cakap dengan awak.

Saya sayangkan awak, Anayra.

Senyuman Anayra bertukar muram. Tapi dia kembali mengukirkan senyuman membalas mesej dari Aiden.

Anayra😍

-> Hai awak.. Hmm.. Tak dapatlah nak cakap dengan awak lagi lepasni. Tapi takpe, saya faham. Awak kan nak jadi yang terbaik? Kita sama-sama nak capai impian kita. Awak fokus dulu study awak. Nanti kita cakap lagi okey? Remember our promise.

Saya sayang awak jugak, Aiden Hafeez💗

Butang send ditekan. Anayra cuba positifkan diri.

'Dia nak study, tak bolehlah selalu call.. Kesian dia. Lepas kita habis periksa nanti, keadaan akan jadi macam sediakala, kan? '

Sudah empat minggu berlalu. Call dan mesej dari Aiden tetap kosong. Kalau diikutkan, dia dah habis periksa. Tapi kenapa dia tak call?

"Kita cuba call dia, kita buat suprise"

Nama contact itu ditekan. Anayra menunggu panggilannya diangkat.

-Maaf, nombor yang anda dail, tiada didalam servis.-

"Eh? Dia tukar nombor ke? Kalau dia tukar nombor, kenapa dia tak bagitahu aku? "

Anayra cuba menghantar whatssap kepada Aiden. Satu tick. Profile picture pun dah hilang.

Dia cuba membuka instagram dan facebook. Tiada dalam carian. Aiden dah padam akaun sosial media dia ke?

Anayra masih cuba positif. Kita bagi dia masa. Nanti mesti dia call kita guna nombor baru dia. Anayra cuba mengukirkan senyuman palsu. Sejujurnya dia berdebar.

•••

Dua bulan sudah berlalu tapi Aiden masih tidak berkomunikasi dengannya. Anayra cuba menenangkan diri. Air mata yang mengalir dikesatnya.

" Awak mungkiri janji kita, Aiden. You broke our promise. You broke it "

It is easy to make promises, but it is hard work to keep them

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now