#2ᴛʜ
𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑
Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta.
" Kau tu hodoh, buruk...
"Tu nasi... Ni aiskrim. Jom makan," Anayra terus menarik lengan baju Aaran untuk dia mengikutnya sekali. Aaran menggeleng-geleng sambil tersenyum.
Sampai sahaja dia Baskin Robin, Anayra memesan perisa yang digemarinya, Cotton Candy manakala Aaran memesan perisa Chocolate Chip. Mereka mengambil tempat duduk dan menikmati aiskrim itu dengan gembira.
"Awak, terima kasih tau" ucap Anayra ikhlas.
"Terima kasih kenapa? "
"Sebab tolong belanja barang saya dengan aiskrim ni" kata Anayra sambil menunjukkan aiskrim yang dipegangnya. Aaran mengangguk.
"Aku nak tanya something"
"Apa dia? " Anayra terus memandang wajah anak teruna itu.
"Kenapa kau macam tak suka je dekat kitaorang. Pandang pun jeling-jeling."
"Err.. Pasal tu. Adalah tu satu sebab kenapa saya macam tu. Cerita lama"
"Kalau tak keberatan, boleh aku tahu apa? " Aaran mencuba nasib lagi.
Anayra terdiam.
"In Shaa Allah, kan saya dah cakap kalau saya dah bersedia nanti saya cerita"
Aaran mengangguk. Maksudnya dia akan ceritalah..kau ni pun Aaran, sabarlah. Eh, tapi kenapa kau nak sangat tahu? Kau dengan dia bukannya ada apa-apa pun.
Anayra sedar yang dia terlanjur kata terus mengetap bibir rapat.
'Apasal aku cakap macam tu? Tak pasal-pasal dah berjanji' desis hati Anayra.
Matanya terpandang sepasang suami isteri yang berpegangan tangan. Mesra. Mereka bergurau senda. Sesekali si suami mencuit hidung si isteri yang dilitupi purdah. Ye, pasangan yang bahagia.
"Eiman, " nama itu terpacul keluar dari bibir Anayra.
Air mata Anayra mengalir namun diseka laju. Tak sanggup melihat kemesraan suami isteri tersebut. Hati dia sakit sangat untuk mengingati masa lalu. Waktu yang dia rasa dia dikhianati.
Aaran memandang pelik Anayra.
"Eh, kau ni kenapa menangis tiba-tiba? " soal Aaran. Mahunya tak pelik. Tadi punyalah senyum tiba-tiba menangis.
"Takde apalah. Jom balik"
Anayra terus melangkah kaki keluar dari Baskin Robin. Aaran mengejar langkah Anayra.
Sampai sahaja di rumah, Anayra terus berlari masuk ke dalam rumah dan mengurung di dalam bilik. Puan Sari dan Encik Azman mula risaukan keadaan Anayra tapi mereka memberikan masa untuk Anayra menenangkan diri.
Malam mula menjelma. Anayra memutuskan untuk keluar dari bilik pada tengah malam. Kaki menuju ke kolam. Dicelupkan kaki itu ke dalam air kolam yang sejuk. Dia mengambil udara dingin pada malam itu.
"Kenapa tak tidur lagi? "
Aaran menyoal dari belakang. Anayra hampir terjatuh dalam kolam namun Aaran cekap menarik kain belakang baju Anayra.
"Tak boleh tidur. Awak pulak kenapa tak tidur lagi? "
"Sama" sepatah sahaja dijawabnya. Aaran duduk bersebelahan gadis itu. Anayra hanya mengangguk faham. Lama mereka berdiam diri.
"Kenapa kau menangis tadi? " soal Aaran.
"Takde apa lah.. Jangan risau"
"Jangan cuba tipu aku, Anayra. Kalau kau dah bersedia, kau cerita dekat aku. Aku akan jadi pendengar yang baik"
Mutiara jernih mula membasahi pipi Anayra. Suara esakan mula kedengaran. Anayra menundukkan wajah. Sebelah tangannya mengesat air mata yang merembes keluar.
Aaran hanya memandang wajah yang kemerahan itu. Ingin sahaja dia memeluk gadis itu tapi dia masih waras.
"Kalau kau tak bersedia lagi, takpe. Aku masuk dulu. Kau tenangkan diri dulu" Aaran berura-ura melangkah masuk ke dalam rumah namun,
"Aaran, "
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.