"You yakin?"
Aarash makin mendekatkan wajah. Wajah mereka hampir bersentuhan. Deheman seseorang menghentikan kelakuan Aarash.
"Kau taknak masuk ke?" soal Aaran selamba.
"Ye, aku nak masuk dah ni. Sabarlah" kata Aarash sambil membawa bagasinya masuk. Dia sempat berbisik sesuatu kepada Anayra.
"You jangan ingat yang I takkan cuba dapatkan you baik, Little Delicious.. " Aarash meniup telinga Anayra yang berlapik tudung. Anayra membuat muka geli.
'Little Delicious? Dah berabad panggilan tu mati untuk aku. Dasar buaya kambing' bisik hati kecil Anayra.
Dia terus melangkah kaki pergi dari bilik tersebut. Lebih baik di pergi mencekik makanan. Lagi banyak faedah.
Beberapa minit kemudian, mereka berempat turun ke ruang makan. Makanan sudah penuh terhidang diatas meja.
"Silalah duduk." pelawa Encik Azman.
Mereka semua duduk di tempat masing-masing. Aqeef datang dari dapur membawa semangkuk tomyam. Anas sudah tidak sabar.
Anayra menyendukkan satu persatu pinggan dan kemudiannya diserahkan kepada mereka.
Pada giliran Aarash, Aarash sengaja bersentuhan tangan dengan Anayra. Anayra terus menarik tangannya. Dikesat tangannya pada kain baju. Najis mughallazah!
'Ya Allah.. Ampunilah dosaku. Selamatkanlah aku dari seorang makhlukmu yang benak dan gatal ni. Lindungilah makhlukmu yang suci ini dari segala bencana yang bakal datang'
Anayra menghela nafas panjang. Dia sambung menyendukkan nasi dan menyerahkan kepada orang yang terakhir iaitu Aaran.
Mata mereka bertaut buat seketika. Anayra yang sedar perkara itu terus melarikan anak matanya.
'Zina mata, Anayra Alhena! ' bisik hati Anayra. Dia kemudiannya duduk di atas kerusi berhadapan dengan Aaran.
Mereka menikmati makanan dengan senyap. Sesekali Encik Azman bergurau senda memeriahkan suasana.
Aaran memerhati Anayra dengan penuh khusyuk. Ada sesuatu dari Anayra yang membuatkan dia tertarik.
Anayra yang perasan akan hal itu memandang tajam Aaran. Dia memandang lelaki itu atas bawah kemudian menjeling.
Aaran hampir tersenyum dengan kelakuan Anayra. Kelakuan dari gadis itu mencuit hatinya.
"Uncle, Anayra ni nampak muda je.. Umur dia berapa uncle? " soal Anas tanpa segan silu.
Anayra sudah membuntangkan mata. 'Aku tak layan pun still kena mention?'
"Anayra ni baru umur 19 tahun. Nanti uncle nak daftar dia masuk Universiti. Tapi sekarang ni awal lagi,"
"Muda bergetah lagi rupanya.. " Anas dah tersengih nakal. Anayra tidak menghiraukan pandangan nakal Anas. Baik dia makan.
"Sama macam mama dia lah" ujar Encik Azman.
Puan Sari membulatkan mata. Dipukul perlahan lengan suaminya.
"Ada pulak cakap macam tu." kata Puan Sari malu-malu kucing. Mereka semua ketawa dengan gelagat suami isteri tersebut.
•••
Tangan Anayra sibuk menyental kotoran di pinggan. Dia sudah selesai solat Isyak. Kerja dia seterusnya membersihkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki.
"Meh aku tolong"
Anayra berpaling memandang gerangan suara dari belakang.
Aaran.
YOU ARE READING
C | TRUE LOVE
Romance#2ᴛʜ 𝐓𝐑𝐔𝐄 𝐋𝐎𝐕𝐄 : 𝐒𝐇𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄 𝐁𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 Nur Anayra Alhena, gadis berusia sembilan belas tahun yang anti dengan lelaki dan serik untuk bercinta selepas beberapa kali diperdaya oleh lelaki yang dia bercinta. " Kau tu hodoh, buruk...
^•BAB 2•^
Start from the beginning
