"Terima kasih adik abang.. Sayang adik! "

Pipi Anayra dicium sekilas. Anayra hanya membiarkan. Dia juga ingin ketawa dengan kelakuan abangnya yang berusaha mengambil hatinya.

'Takpelah Anayra, kali ni je. Untuk abang kau. Alah.. Setakat diaorang datang bermalam dekat sini je pun. Kalau kita tak layan, diorang takkan naik'

Anayra menyambung kerjanya.

•••

Aqeef bertemu rakan-rakannya di restoran. Dia menyedut air milo dengan bahagia.

"Kau ni apahal? Bahagia semacam je" soal Anas.

"Taklah. Alhamdulillah, korang boleh bermalam dekat rumah aku tu sebulan. Tapi sebulan je tau"

"Alhamdulillah.. Macam mana adik perempuan kau tu boleh setuju? "

"Aku pujuklah. Alah.. Biasalah.. Aku ni pro dalam bab-bab memujuk ni. Boleh dijadikan boyfriend mithali" kembang hidungnya memuji diri sendiri.

"Pro lah sangat. Girlfriend pun takde" Ilman gelak besar. Cemberut muka Aqeef bila dia diketawakan.

"Tapi kan, aku peliklah dengan adik kau tu. Kenapa susah sangat nak setuju? Parents kau okey. Kau pun okey. Kitaorang bermalam je, bukannya buat karok" soal Aarash hairan.

Aqeef tersenyum.

"Ada sebab-sebab dia tersendiri yang korang tak perlu tahu."

"Rahsia sangat ke? "

"Sangat"

Anas, Aarash dan Ilman mengangguk faham. Ilman berpaling kepada rakannya yang seorang lagi mendiamkan diri sambil bermain telefon.

"Kau okey tak ni Aaran? Diam je aku tengok"

Anas menyenggol lengan sahabatnya.

"Kawan kau kan memang senyap. Kau pun bongok pergi tanya"

Aaran hanya membalas dengan senyuman.

•••

Mereka sekeluarga bersiap sedia menerima tetamu yang akan datang. Anayra lebih kepada menyorok di dapur, menolong Puan Sari menyediakan makanan dan minuman.

"Assalamualaikum,"

Aqeef memberi salam. Dia masuk ke dalam rumah diikuti sahabatnya.

"Hah, kawan abang kamu dah datang. Pergi sambut," arah Puan Sari.

"Eii..taknaklah orang. Mama kan yang menerima sangat kehadiran diorang. Mama pergilah sambut"

"Eh anak dara sorang ni kan.."

Baru sahaja jari Puan Sari ingin mencubit lengan anaknya, suara Encik Azman menghentikan segalanya.

"Haa.. dah sampai pun. Masuklah"

Mereka berempat tersenyum kepada Encik Azman. Ditangan mereka mempunyai beg bagasi yang sederhana besar. Maklumlah, nak duduk sebulan kan?

"Anayra,pergi letak air ni dekat  meja makan."

Anayra hanya menurut.

"Aduhai, gas ni tak hidup lah pulak. Abang! Tolong saya kejap" panggil Puan Sari kepada Encik Azman.

"Kejap ye,"

Encik Azman meminta diri menuju ke arah isteri kesayangan.

"Weyh, Aqeef. Kitaorang nak letak beg ni dekat mana?" soal Aarash.

"Meh aku tunjuk..."

Telefon Aqeef berbunyi menghentikan percakapannya. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"Weyh, sorry kejap. Aku kena jawab panggilan ni,urgent. Emm.. Anayra. Tolong abang. Tolong tunjukkan bilik dekat kawan-kawan abang"

Anayra membuntangkan matanya. Dia??

"Kenapa pulak nak suruh orang? Suruhlah Nina!" bisik Anayra perlahan tapi masih keras kedengaran.

"Please, abang ada hal. Tolong tunjukkan bilik je. Lepastu blah lah. Please?"

Aera merengus. Dia mendekati kawan-kawan abangnya. Tiba-tiba, matanya tertancap pada wajah yang dikenalinya. Dia terkaku seketika. Telefon yang dipegangnya hampir terjatuh.

'Aarash??!!'

Aarash yang berpaling memandang Anayra juga terdiam. Lama-kelamaan mengukir senyuman sinis. 

'So, she is  Aqeef's little sister'

'So, she is  Aqeef's little sister'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Don't forget to follow me on :

→Instagram: sabarjapbusy
→Tiktok: itshaeralee

C | TRUE LOVEWhere stories live. Discover now