Ep 1 | Tak ada boyfriend?

167 9 0
                                    

1. Int. Kelas tingkatan 5 Bidasari - pagi

Watak : Aisyah, Syarina, Hanis, Khairina

AISYAH seronok sebab tugasan subjek B.Melayu yang diberikan Puan Azira dah siap. Dia ada masa untuk berehat sebelum guru subjek lain pula masuk ke kelasnya. Kawan-kawannya yang lain, Syarina, Hanis dan Khairina pula sibuk bersembang tentang teman lelaki mereka.

Syarina { Pamer jam tangan mahal }
Boyfriend korang bagi apa masa birthday? Cuba tengok aku. Haziq bagi aku jam tangan paling mahal tau! Made in Itali!.

Khairina
Eleh.... setakat jam tangan? Amirul bagi aku coklat ! Daripada jam tangan kau yang tak boleh makan, lebih baik dapat coklat!

Syarina { Memperli Khairina }
Kau couple dengan budak tingkatan 3 kan? Hahahah! Rendahnya taste kau! Apa yang kau minat sangat dengan budak ketot tu? { pisat air mata }

Khairina
Helo! Dia caring tau! Sweet, pandai jaga hati kita. Time aku sedih, dia reti pujuk!. Tak macam Haziq !

Hanis { Sinis }
Korang cari lelaki dalam sekolah kita? Apa benda lah citarasa korang berdua ni?. Zaman sekarang dah moden cik kak ooi!. Cari je lah boyfriend dalam Facebook, Instagram!. Kaya-kaya semua!. Aku dapat sangkut satu!

Khairina & Syarina
Hah?! Biar betul?!

Syarina
Siapa?! Mamat Bangla? Hahaha! Hitam legam wei ! { Sekeh siku Khairina}

Khairina { Tahan gelak }
Berapa umur dia? 70 tahun? Sama umur Nenek aku! Hahahah!

Hanis { Marah. Perli Aisyah }
Hoi! Boyfriend aku handsome lah ! Sekurang-kurangnya.... kita dah ada boyfriend! Dia sorang je dalam kelas kita masih single but not available!. Dah lah gemuk, muka nerd, eeii! Mana-mana lelaki tengok dia bukan jatuh cinta! Tapi......

Khairina { Makin seronok membuli Aisyah }
Sambung lah! Orang dah tak sabar!

Hanis { Sinis. Pandang Aisyah }
JATUH SAKIT!!! HAHAHAHAH!

Aisyah menggenggam tangan. Tak boleh ke dalam satu hari, tak buli dia?. Memang tak sahkan kalau tak buli aku!.

Aisyah { Layan baik-baik }
Okeylah dari korang ada boyfriend tapi tak belajar. Hujung tahun SPM kan?. Berapa markah exam pertengahan tahun korang?. Mesti teruk. Kesian..., keluarga hantar pergi tuisyen, letak harapan tinggi, last-last kecundang.

Hanis
Kitorang budak pandai. Setakat SPM je!. Tahun depan kitorang nak kahwin dengan boyfriend kitorang!. Kau tak dijemput! si Gemuk!

Aisyah hanya menarik nafas melupakan kemarahan. Tak ada gunanya dia lawan budak tiga ekor tu. Namun hatinya terluka dihina ' Gemuk'.

***

2. Int. Kantin sekolah - hampir tengahari

Watak : Aisyah, Nazira, Diyana, Hanis, Syafiq, Syarina, Haziq

BEKAL makanan berisi mee hoon goreng telur dipandang kosong. Hari-hari kena buli dekat sekolah, mana rasa nak bersemangat masa makan?. Waktu makan lah paling best bagi budak-budak lain. Ada kawan, boleh cerita macam-macam. Aku?. Dua kawan baik aku yang lain belum habis kelas Mereka berdua kelas sama. Ada dua sebab kenapa tak turun rehat lagi. Sebab pertama : tak siap homework, kedua, dapat cikgu jenis tegas selagi tak siap, tak boleh keluar rehat.

Kawan-kawan aku tu, bukan jenis pemalas tahap kritikal. Rajin lah juga. Tapi sekarang.... diorang belum habis kelas. Makan sorang-sorang lah aku.

Haziq { Kunyah keropok }
Makan sorang ke, Gemuk?

Syarina { Melingkar tangan pada lengan Haziq}
Sorang lah, Biy. Ada Biy nampak Gemuk ni ada kawan?. Kawan-kawan dia rasanya malu kot?. Takut makanan diorang kena rampas!.

Aisyah { Geram. Cucuk telur dadar guna garpu }

Syafiq { Teguk air milo botol }
Dah lah wei. Kesian aku tengok. Dia pun nak makan. Jom arh bla.

Hanis
Kejap lah, Afiq. Tak puas lagi nak kacau si Gemuk ni! Pinjam air milo darling kejap?

Syafiq { Botol diberi Hanis }
Baby nak buat apa? Darling belum habis minum.

Hanis
Kejap lah....

Tak ada fikir rasa bersalah atau menyesal, Hanis tuang air milo dalam bekal Aisyah. Mee hoon Aisyah dipenuhi milo. Aisyah dah nak menangis dah. Asyik kena je dia sejak datang sekolah. Buruk sangat ke muka aku?. Orang lain kena buli pun tak adalah seteruk aku!. Lapor pada Cikgu, Cikgu setakat : " Tak apa. Masa sekolah memang macam tu".

Syarina
Wow! Resipi baru ke apa? Hahaha!

Nazira serta Diyana menengking geng Syarina yang membuli Aisyah daripada jauh. Mereka pengawas sekolah memegang jawatan tinggi.

Diyana { Bercekak pinggang - timbalan ketua pengawas }
Pantang kitorang tak ada kejap, mula nak kacau Aisyah?! Stop lah buli dia!

Hanis { Lawan Diyana. Mendabik dada }
Kau nak ugut kitorang?! Aku tak takut lah dengan kau!

Nazira { Mencatat nama dalam buku nota - ketua pengawas }
Peraturan A57, mengugut pengawas, peraturan A21 membuli pelajar dan peraturan A44, tak ada tag nama. Mana tag nama kau, Hanis ?.

Hanis { Berdecit }
Cis! Budak lembik! Kau ada geng baru nak tunjuk samseng! Tadi nak nangis!

Helaian nama-nama pembuli Aisyah dikoyakkan. Nazira akan menyerahkan laporan itu pada guru disiplin mereka.

Nazira
Apa lah diorang tu! Pengawas sekolah kita senang-senang dipijak-pijak budak bermasalah!

Diyana
Biar je diorang. Target mereka memang nak kenakan Aisyah. Aisyah pendiam sangat. Selalu lah kena. Awak tak apa-apa Aisyah?

Aisyah mengangguk kecil. Apa dia nak makan?. Mee hoon air milo ni?.

Diyana { Ajak pergi kantin}
Eh, bekal awak dah kotor! Kita beli yang baru lah!. Sempat lagi ni sebelum pergi bertugas! Jom Zira, Aisyah!

Aisyah { Serba salah }
Ha? Tak apa lah! Saya dah makan separuh. Simpan lah duit awak, Yana.

Nazira { Genggam tangan Aisyah }
Kitorang kawan awak. Kami takkan biarkan awak susah. Jom lah ikut kita pergi beli makanan. Kesian awak.

Aisyah { Terharu. Angguk }
Okey....



























Jejaka tampan milik si comel • Siri Perempuan ChubbyWhere stories live. Discover now