𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 38

Start from the beginning
                                    

Ya, Anrique baru 3 tahun namun IQ-nya tidak seperti rakan-rakan sebaya dengannya. Dia tahu dia anak angkat. Dia tahu mama papanya telah meninggal.

Pecah tangisan Anrique. Aayyan pantas mendekati anaknya itu.

"Daddy sorry okay? Daddy salah, jangan nangis sayang daddy. Come to daddy!" Aayyan mendepakan tangannya. Anrique menggeleng. Kepalanya disembamkan pada dada Ayeena. Aayyan langsung menarik Ayeena sekali masuk ke dalam pelukannya bersama Anrique. Dah kena reject dengan Anrique, malu je gi depa tangan luas-luas, alang-alang peluk maknye sekali.

Ariana mendengus geram. Boleh pula berpeluk depan aku.

Dia bingkas bangun memegang lengan Aayyan, "Abang jom masuk bilik."

Aayyan melepaskan pelukan itu. Kepala Anrique dikucup sekilas, "Maafkan daddy ya sayang!"

Dia terus berlalu pergi bersama Ariana ke bilik. Ayeena termanggu sendirian. Kepala aku dia tak kiss?

Anrique memandang wajah Ayeena yang seakan mendung itu. Dia memagut dagu Ayeena. Lalu kucupan dilepaskan pada pipi kanan Ayeena.

"Anrique sayang mummy!" Anrique tersenyum melihat wajah Ayeena kini dihiasi senyuman manis. Ayeena melagakan hidungnya dengan hidung Anrique.

"Mummy pun sayang Anrique!" hidung Anrique dikucupnya.

Di hujung sudut ruang tamu itu, Tengku Dayang memerhatikan Ayeena dan Anrique. Sangat mesra. Bibirnya tersenyum. Air mata jatuh perlahan-lahan. Akhirnya cucunya itu dapat merasa kasih sayang seorang ibu. Walaupun bukan anak kandung, Ayeena menganggap Anrique seperti darah dagingnya. Tidak dapat dinafikan Ayeena memang ada sifat keibuan.

Namun, dugaan rumah tanggan anak menantunya terlalu berat. Semoga Ayeena dapat bertahan.

Ya Allah, lindungilah rumah tangga anak-anakku!

Setelah memastikan Anrique tidur, Ayeena membuka langkah ke bilik tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah memastikan Anrique tidur, Ayeena membuka langkah ke bilik tidurnya. Sebaik sahaja tombol pintu dibuka, pemandangan yang menyapa kornea matanya membuatnya tergamam. Aayyan sedang tidur berpelukan dengan Ariana di atas katilnya bersama Aayyan.

Aayyan yang menyedari akan hal itu, perlahan-lahan melepaskan pelukan pada pinggang Ariana. Selimut ditarik menutup paha Ariana yang terdedah. Dah pakai baju tidur adik-adik, dengan seluar pendeknya. Ko pikir seksi ke?

Dia menapak mendekati Ayeena di muka pintu.

"Sorry Sha tak tau abang dengan Ariana nak tidur bilik ni. Sha ingat Ariana tidur dalam bilik tetamu." Ayeena menguis hujung baju pyjama satinnya. Kepala ditundukkan.

"Kau tidur dengan Anrique malam ni. Esok kita balik rumah sana." Kata Aayyan dengan dingin sebelum menutup pintu bilik dan menguncinya. Ayeena berjalan kembali ke bilik Anrique dengan langkah yang lemah.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now