𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

Comenzar desde el principio
                                    

"Ni Anrique, anak aku! Sekarang dia anak kita." ujar Aayyan tenang.

"Hah?!"

"Dia anak angkat Aayyan. Anak arwah abang kitorang. Dia anak yatim piatu." Aariq membetulkan karang salah faham mati Aayyan kena tinggal dengan bini.

Ayeena mengangguk faham. Tubuh Anrique dibawa ke dakapannya.

"Baby boy, now I'm your mummy! I'm gonna love you all my heart." Dia mengucup pipi gebu milik Anrique. Anrique tersenyum suka. Kening dijongketkan ke arah Aayyan. Daddy ada?

Aayyan menjeling Anrique sekilas. Aku dapat lebih daripada tu, kau apa tahu?

"Yeay, finally Anrique ada mummy macam kawan-kawan." Anrique membalas pelukan Ayeena.

Mikael dan Aariq mendengar itu terasa sebak. Ayeena dan juga Aayyan turut merasakan yang sama. Anrique tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil. Gembira betul dia bila Ayeena menjadi mummynya.

Aayyan mendekati mereka. Dia turut melutut di sebelah Ayeena.

"Daddy also wanna hug heh?" Anrique senyum senget.

Aayyan tanpa mempedulikan usikan Anrique terus menarik kedua-duanya sekali ke dalam pelukannya. Dikucup sekilas kepala Ayeena yang berbalut tudung itu. Dahi Anrique juga diciumnya. Terkekek-kekek Anrique ketawa.

Aariq dan Mikael pula membawa diri tidak mahu ganggu keluarga kecil itu.

Ayeena tersenyum melihat perlakuan Aayyan. Ya Allah, kau lindungilah keluarga kecil ku ini!

 Ya Allah, kau lindungilah keluarga kecil ku ini!

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Aayyan mencelikkan mata. Bunyi bising daripada tingkat bawah membuatkan dia terjaga daripada lenanya. Dilihat di sebelahnya, kosong. Mana Ayeena?

Tadi mereka baring bersama selepas penat mengemas barang-barang Ayeena. Namun terlelap pula.

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi menandakan mesej masuk. Aayyan mencapai telefon di atas night stand.

Ariana Sayang❤️
Online

Awak dekat mana?
Jom teman saya keluar

Aayyan mengeluh perlahan. Dia bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil.

Dekat rumah
Malas nak keluar

Selepas beberapa saat,

Kalau macam tu, saya pergi rumah awak

Terus menegak badan Aayyan. No, kalau datang sini mesti bertembung dengan Sha! Gawat ini boss! Laju-laju Aayyan reply mesej Ariana.

Okay kita keluar
saya ambik awak

Finally, boleh lepas rindu!

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora