𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 21

Start from the beginning
                                    

Aayyan mencelikkan kelopak matanya apabila mendengar suara sumbang Aariq yang berebut ayam goreng dengan Anrique di meja makan.

Pelipis dahinya dipicit perlahan. Dia bangun dari pembaringannya. Dia berjalan ke meja makan yang riuh rendah dengan suara Aariq dan Anrique.

Kenapa ramai-ramai ni?

Kaki terus melangkah mendekati meja makan. Semua mata yang melihat perbalahan Anrique dan Aariq terus mengalihkan pandangan ke arah Aayyan. Terbeliak biji mata mereka memandang Aayyan.

Berkerut dahi Aayyan menerima pandangan aneh itu.

Aathif mengangkat tangannya menutup mata isterinya di sebelah. Tangan Tengku Dayang naik menekup mulutnya. Tuan Aydan tergelak kecil sambil tergeleng-geleng. Dalia membuang pandangan ke arah lain apabila matanya bertentangan dengan Aayyan. Mikael di sebelahnya sudah bantai gelak.

Anrique dan Aariq menyembunyikan senyum, menahan diri daripada menghamburkan tawa.

Aayyan musykil, reaksi apakah ini?

"Yan, pergi pakai butang baju tu elok-elok. Muka tu cuci." Tengku Dayang menegur Aayyan yang masih statik berdiri di situ.

Butang baju? Cuci muka?

Ternaik kening Aayyan. Dia berlalu ke cermin berdekatan. Terbuntang matanya melihat keadaannya sekarang. Macam baru lepas dirogol. Butang baju kemejanya terbuka hingga menampak pusat. Penuh di dada dan mukanya dengan kesan ciuman berwarna merah. Dia mengetap rahangnya.

"TUAN AARIQ DERISH!!!!!!!!!" bergema suara Aayyan.

Anrique menghamburkan tawa.

"HAHAHAHAH padan muka uncle!" Dia gelakkan Aariq di sebelahnya.

"TUAN ANRIQUE DANIAL!!!!!!"

Gulp!

Anrique terus terdiam. Aariq pula bantai gelakkan si Anrique.

Aayyan mencerlung tajam ke arah mereka berdua sebelum berlalu ke bilik. Semua di situ melepaskan tawa.

"Eh, kejap kejap! Mana kau dapat lipstick tu bangchik?" Dalia menyelit. Aariq mengangkat bahunya.

"Uncle rembat ucu punya dalam bilik." ujar Anrique sambil menunjuk ke arah Aariq. Membulat mata Dalia mendengarkan itu. Aariq hanya menayangkan wajah tak bersalah.

"BANGCHIKKKKK!!!!!!"

Terlepas tawa ahli keluarga yang lain. Ada-ada saja perangai anak cucu keluarga ini.

"Kau tu banyak lipstick. Ambik satu pun kedekut huh. Gi la suruh Mika belikan baru." selamba Aariq menyambar peha ayam goreng di tangan Anrique. Anrique ternganga melihat ayamnya sudah selamat mendarat dalam mulut Aariq.

"Bukan setakat lipstick Mika boleh beli satu kedai lipstick dia boleh beli untuk kau dik!" Aathif mencelah. Dihabiskan ayatnya dengan tawa kecil.

Mika mengusap belakang lehernya. Belum sempat Dalia membuka mulut, Aayyan sudah muncul kembali. Kerusi di sebelah Anrique ditarik, dan dilabuhkan punggungnya.

"So babyboy, what have you done to me?" ujar Aayyan serius.

"Uncle Aariq yang ajak Anrique buat macam tu." Anrique menjuih bibir.

"Kau yang ajak aku, kepala bapak kau lah!" Aariq menjentik dahi Anrique.

"Hey helo! Bapak dia tu aku tau! Sebelum kepala kau hilang baik kau diam!" Aayyan menarik rambut depan Aariq.

Aariq menjeling Aayyan lalu menyambung makan. Anrique pula tersenyum kemenangan.

"Daddy, suap aaaa!" Anrique menolak pinggannya ke arah Aayyan. Aayyan tersenyum lalu menyuap anaknya itu. Aariq berasa iri.

"Aayyan suap aku pulak aaaa." Aariq mengangakan mulutnya. Aayyan menjeling menyampah. Namun tetap dia suapkannya. Tersenyum Aariq menerima suapan Aayyan.

"Abangggg~ adik pulak aaaa." Dalia ingin mencuba nasibnya.

"Kau tak malu ke dik nak aku suap kau depan Mika?" Aayyan menghulur tangannya yang berisi nasi ke arah mulut Dalia. Pipi Dalia berubah warna. Pantang disebut pasal Mika. Mika di sebelahnya pula hanya menunduk diam sambil makan.

"Mika, kau belajar tengok cara suap Dalia makan. Pastikan sama teknik dengan Aayyan. Nanti kau kawin dengan Dalia boleh praktikkan." Aariq mengangkat keningnya beberapa kali.

Dalia menendang kaki Aariq di hapannya. Aariq mengaduh kesakitan. Rasain loh!

"Ehem aku? Kau tak nak suap ke Yan?" Aathif mengerdipkan matanya. Sofea yang menyuap Aifa dan Aifan menggeleng kepala melihat suaminya yang ingin bermanja dengan adik iparnya itu.

Aayyan terkujat melihatnya. Yang bapak budak ni pun mengada.

"Dah pehal semua nak aku suap? Habis sape nak suap aku?" Aayyan mendecit perlahan.

Tuan Aydan mencelah, "Kahwin lah baru ada orang suap kamu, Yan!"

Tengku Dayang mengangguk setuju. Ha sudah nak buka bab kahwin pulak! Ikutkan hati Aayyan, nak je dia lari bawa pinggan pergi makan dekat belakang rumah dengan kucing bonda, si Meon.

"Kahwin apa calon pun takde, bagi Aariq kawin dulu la, ayah." Aayyan menguis nasi di dalam pinggannya.

Aariq tersedak apabila namanya diketengahkan. Apa salah saya?

"Ada ke orang nak dekat bangchik ni?" tutur Dalia. Mika di sebelahnya mengangguk setuju.

Belum sempat Aariq membuka kata, "Kalau kau pun tak laku Yan, Aariq ni sepuluh kali ganda dari kau!" selamba Aathif.

Wah, ini melampau! Ingat aku ni patung ke?

Sekali lagi kata-kata Aariq dipotong, "Bonda setuju. Perangai tak semenggah Aariq ni takde orang sanggup terima."

Why bonda why?! Nak nanges aa gini. Anrique tengok diorang kutuk uncle huhu!

"Uncle Aariq dah la tak hensem, busuk pulak tu! Memang tak la perempuan nak dekat uncle." Anrique flip hair.

Yang kemetot ni pon? Aariq speechless. Mata dipandang ke arah Aayyan untuk meraih simpati. Malangnya Aayyan hanya ketawa.

Semua di situ turut mentertawakan Aariq. Telinga Aariq berubah kemerahan. Ala sian dia ni!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now