𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20

Start from the beginning
                                    

Dia, Tengku Henry Mukhlis. Lelaki yang mengutip cebisan hati Ayeena yang bertaburan lalu mencantumkannya semula. Dia adalah lelaki kiriman Tuhan yang hadir memberi seribu satu makna. Mereka bertemu hujung tahun lepas. Setelah 2 bulan berkenalan, mereka diikat dengan tali pertunangan.

Walaupun Henry ini anak orang have-have, tetapi dia tidak pernah sombong atau riak. Pemakaiannya sahaja menunjukkan dia seorang suka bersederhana. Dia juga menjaga ikhtilat antara mereka berdua. Dia tidak suka berdua-duaan. Contohnya sekarang ini mereka bukan berduaan, mereka ditemani dua orang bodyguard Henry, Zack dan Akhmal seperti dari awal perkenalan mereka. Lebih kurang sebulan daripada sekarang majlis pernikahan mereka akan berlangsung.

Readers doa yang baik-baik ya!

"Ye la tu rindu. Macam mana awak tau saya ada kat sini?" Ayeena memicing mata memandang Henry.

"Entah, naluri saya cakap awak ada dekat sini!" Henry mengangkat tangan kiri diletakkannya ke atas meja lalu menopang dagunya.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Ayeena mengulingkan biji mata. Terkekek Henry ketawa melihatnya.

"Haah ada hutang. Bila lu mau bayar? Gua pancung sama lu baru tau." Henry membuat suara garang. Muka dibuat-buat serius. Tak nampak garang pun. Nampak comel ada la.

Ayeena hampir melepaskan tawanya namun ditahan kang berdekah satu restoran ni tak ke naya.

"Ish, awak ni main-main la!"

Henry tersengih, "Macam mana persiapan dah siap?"

Henry terus menghirup iced lemon tea yang dihantar oleh pelayan sebentar tadi. Bila dia order entahlah. Tahu-tahu pelayan dah hantar. Magic betul.

"Semua hampir settle rasanya dah 80% siap."

Henry mengangguk puas, "Good! Tak sangka saya bakal jadi suami orang lepas ni. Kena buat majlis perpisahan dengan girlfriend-girlfriend saya la gini."

Ayeena menjeling Henry tajam. Girlfriend-girlfriend huh?

Henry menghaburkan tawa melihat muka cemburu Ayeena. Saja mau ngetest!

"Saya gurau la. Awak je satu-satu perempuan yang bertakhta di hati sanubari belahan jiwa selain mummy saya." Henry memegang dada kirinya sambil mata dikenyitkan beberapa kali kepada Ayeena.

Geli hati Ayeena melihat telatah Henry. Dia berdehem perlahan.

"Baru nak cancel kahwin dengan awak. Nasib baik gurau." sinis Ayeena.

"Eh, jangan jangan! Tamau la cam gitu. Saya tak sabar nak kahwin ni." Henry mencebik.

Ha tau pun takut! Ayeena senyum kemenangan.

"Macam mana France? Semua okay kat sana?" Ayeena menyoal kepada Henry. Ye la, Henry dua tiga menjak ni asyik berulang alik ke France. Katanya syarikat di sana terlibat dengan banyak projek besar. Sebagai CEO dia lah bertanggungjawab menghadiri meeting apa semua.

Henry mengeluh perlahan. Ya, dia penat sungguh dia penat ke sana ke sini.

"Ala, sian tunang saya ni! Penat eh?"

Henry menayang muka sedih, kepala diangguk perlahan.

"So, majlis kita nak tangguh dulu ke-"

"No! A big No! Majlis go on macam biasa. Pasal kerja nanti saya settle. Saya tak nak tangguh lagi majlis kita." tegas Henry.

"Okay-okay. Saya tanya ja. Mana tau awak busy sangat. Kesian dekat awak ja." ujar Ayeena perlahan.

Henry tersenyum. Aww cik tunang titew risaukan titew aaaaa!

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now