𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

Start from the beginning
                                    

Semua di situ terkejut melihat reaksi Aayyan. Aayyan melutut di hadapan Ayeena yang duduk di atas sofa. Ayeena lagi la terkejut.

"Sayang betul ke sayang terima abang ni?" Anak mata kelabunya menikam tepat ke dalam anak mata Ayeena.

Belum sempat Ayeena memberi jawapan Dhariz memintas.

"Anjay! Terus panggil sayang! aku sebat hang satgi! Tak kahwin lagi jangan nak bersayang-sayang sangat!"

Aayyan menoleh ke arah Dhariz menunjuk jari tengah. Dipandang kembali wajah kesayangannya penuh minat.

Ayeena mengangguk bagi mengiyakan pertanyaan Aayyan sebentar tadi. Aayyan menyapu muka dengan kedua belah tanggannya.

"Alhamdulillah, finally!" Rasa sebak di dada.

"Terima kasih, Sha! Abang janji akan jaga Sha! Abang takkan sia-siakan Sha." Aayyan memandang muka Ayeena dengan penuh harapan.

Ayeena tersenyum kecil, "Sha pegang kata-kata abang."

Semua di situ memanjatkan rasa syukur. Akhirnya termakbul doa mereka selepas 6 tahun merancang hasrat ini.

Aikk 6 tahun? Bukan Ayeena baru kenal Aayyan ke? Eheheheheh.

Aikk 6 tahun? Bukan Ayeena baru kenal Aayyan ke? Eheheheheh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 tahun yang lalu......

Seorang gadis berumur 13 tahun sedang merendam kaki di dalam kolam di tepi rumah. Sambil mendengar lagu melalui earphone di telinga. Mata dipejam bagi menghayati lagu.

Splash!

Tercelik mata gadis itu apabila bajunya telah basah. Dia mencabut earphone di telinganya dan dimasukkan ke dalam poket bajunya sebelum bangun berdiri.

"Oi takde adab ka hah? Dahlah mai rumah orang lepastu suka suki ja terjun dalam kolam orang. Tak malu ka hah?" Gadis itu bercekak pinggang dengan mulut muncung. Mata tajam merenung lelaki yang sedang bersuka ria di dalam kolam.

Entah dari mana datangnya lelaki ini terus terjun ke dalam kolam rumahnya.

"Ha ni pasaipa pulak muka macam ayam berak taik keras ni?"

Suara garau abangnya yang menyapa ke halwa telinga membuatkan dia menoleh ke arah abangnya.

"Tu anak sapa? main dekat kolam rumah kita. Tak malu kot!"

"HHAHAHAHAHAH itu anak tenuk namanya!"

Ayeena memandang tajam membuatkan Dhariz yang ketawa terbahak-bahak terberhenti.

"Tu kawan Angah la. Angah yang ajak dia mandi dekat sini."

Ayeena kembali memandang lelaki yang dimaksudkan oleh abangnya. Dahla tak pakai baju kan dah ternampak chocolatte bar tu. Lelaki itu tersenyum melihat Ayeena yang memandangnya tanpa berkelip mata.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now