𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3

Start from the beginning
                                    

Ayeena hanya tersenyum dan tertunduk apabila mendengar pujian mereka.

"Bro, jangan tengok anak dara orang macam nak terkam." Bisik Aariq kepada abangnya, Aayyan. Bukan dia tak nampak, abangnya dari tadi pandang Ayeena tak berkelip mata. Ish ish zina mata! Abang siapa la ni!

Aayyan menjeling dan menampar lembut paha adiknya. "Sibuklah kau. Diam sana!" Aayyan berkata perlahan.

Ayeena memandang mereka pelik. Aik diorang ni rapat lain macam. Sekali lagi Aayyan melarikan pandangan apabila anak mata Ayeena bersatu dengannya. Kini tinggal Uncle Aydan, Aunty Dayang, Aariq dan juga Aayyan. Dua ekor ni taknak balik ke?

Maklong, Paklong dan Hakeem sudah pulang ke rumah mereka di sebelah ni. Dhani, Cassandra dengan Avyana dah naik ke atas. Rehat mungkin. Ayeena melihat jam. Nak dekat asar.

Ayeena melihat angahnya, Dhariz tengah bersembang dengan Sir Aayyan macam dah kenal lama huh. Rupanya mereka dah kenal sebab belajar sama-sama di Itali dulu. Kenapa la aku tak tahu angah ada kawan hensem macam Sir ni? Tapi mata Sir tu kenapa? Cakap dengan angah tapi pandang ke arahnya. Nak kena cungkil ke apa?

Ayeena berjalan ke kolam renang di luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayeena berjalan ke kolam renang di luar rumah. Malas dia mahu menyampuk orang-orang tua bersembang. Dia dah minta izin dengan umi nak keluar kejap. Dia menyinting kaki seluar lalu duduk dan merendamkan kaki ke dalam kolam.

"Babygirl, why are you here?"

Sapa lagi Aariq la. Mana ada orang lain panggil dia babygirl selain Aariq. Ayeena memandangnya sekilas lalu memalingkan kepala ke arah lain. Merajuk!

"Why dear? I ada buat salah ke?" Aariq mengambil tempat di sebelah Ayeena.

"Kenapa you tak bagitau I yang you nak datang rumah I?" Ayeena masih tak pandang muka Aariq disebelahnya.

"Oh sebab tu. I tak tahu pun ni rumah you. Bonda suruh I datang sini. I datang je la." Rupanya satu daripada 4 kereta di luar tu kereta Aariq.

Ayeena mengangguk faham lalu memandang wajah Aariq. Aariq menghela nafas lega lalu tersenyum manis.

"You dengan bonda you buat apa datang sini?"

Ayeena mengerutkan dahi.

"Bonda kata kitorang kena stay dekat sini 3 hari. Ada kenduri katanya." Aariq membalas dengan tenang.

"Sir Aayyan tu? Apa dia buat dekat sini?" Ayeena bertanya lagi. Pelik la apa kena mengena dengan bapak rimau tu.

"You tak tahu lagi ke? I belum bagitahu you ke?" Aariq tergelak kecil.

1.0 | Tuan Aayyan Danish ©Where stories live. Discover now