PH 33 - Ayla

6.7K 185 21
                                    

Luth termenung mengingatkan Ayla. Budak kesayangannya. Berkahwin dengan dia di usia yang muda. Di umur 18 tahun Ayla mengandung kerananya. Anak yang dia nantikan tetapi gugur tanpa disedari keberadaannya.

Ayla tidak pernah putus menghubunginya. Tetapi dia ego tidak bertanya dan tidak mendengar.

"Abang" suara kecil Ayla kedengaran. Dipandangnya Ayla yang mengusap-usap matanya itu. Baru bangun tidur.

"Ya sayang" sahut Luth sambil merenung ke arah Ayla. Isteri yang hampir sahaja meninggalkan dia.

~flashback~

"We're sorry, but her heart stop beating" Jantung Luth berdetak laju. Tidak mungkin!

Datin Alina sudah jatuh terduduk tetapi sempat dipaut oleh Datuk Ahmad.

"But we manage to take care of it by using defibrillator. She had sudden cardiac arrest (SCA)" terang doktor itu. Luth dan kedua ibubapa Ayla berpandangan terkejut.

"Make sure to take care of the patient’s health by adopting a healthy lifestyle and also avoid stress as it is capable of SCA related to heart rate. Where the heart can beating in a fast or slow rate or even can stop, and if not treated immediately we may not be able to save the patient" nasihat doktor itu lagi.

Luth, ibu dan ayah mengucap syukur. Ayla selamat.

(*p/s sumber google hahaha. Kalau ada salah fakta, english tunggang terbalik minta maaf ya :)

~end flashback~

"Rindu" kata Ayla lalu memeluk tangan Luth erat. Luth memeluk bahu Ayla. Walaupun duduk bersebelahan tapi masih rindu.

"Abang pun rindu isteri abang ni. Tahu tak sayang buat abang takut sangat" kata Luth perlahan.

"Kan Umai dah sihat ni" kata Ayla sambil tersenyum manis. Tangan naik mengusap pipi Luth. Luth mencium dahi Ayla. Rindu.

"Abang Umai nak tidur. Kalau dah sampai kejutkan ya" pesan Ayla lalu menyelesakan badan. Terasa penat sangat. Luth hanya mengangguk. Apa jer nak buat sepanjang 16 jam ini kan? Luth pun ikut tidur. Dipeluknya bahu Ayla.

Dalam diam Luth tersenyum. Isterinya ini tahu menyenangkan hati dia. Apabila Ayla dibenarkan pulang dari hospital, Luth berkira-kira hendak bawa Ayla stay hotel untuk beberapa hari. Takkan lah nak biarkan Ayla sendiri. Tapi bicara Ayla membuatkan dia lega. Ayla akan ikut dia pulang ke Malaysia buat selamanya.

Dalam masa yang sama dia terkilan, Ayla sudah menguruskan segala hal universitinya sendiri. Hanya tinggal pindah balik Malaysia. Dan sekarang ini mereka berada di atas kapal terbang.

              Sarah merungut kecil apabila Luth tidak mengangkat panggilan telefon darinya. Jam di tangan dilihat. Lagi beberapa jam sebelum masuk kerja. Sengaja dia datang awal ke airport sebab Luth akan sampai pada hari ini. Mata melilau memandang orang yang keluar masuk airport itu.

"Bodohlah, apa ingat I tunggul nak tunggu dekat sini?" Sarah menghentakkan kaki. Tidak dipedulikan orang sekeliling.

Luth menarik tangan Ayla kemas supaya berjalan sebelahnya. Sebelah lagi menolak troli barang mereka.

"Luth!" Serentak mereka berpaling. Luth menelan liur. Sempat dipandangnya Ayla sekilas sebelum mata jatuh ke wajah Sarah didepannya.

"Lamanya you kat sana. Patutnya harini kita fly sama-sama tahu" kata Sarah sambil mencapai tangan Luth. Luth hanya membiarkan perlakuan Sarah. Tiada niat nak mengelak walaupun tak selesa.

Ayla memandang wajah Luth dan Sarah silih berganti.

"Kak tak baik pegang tangan suami orang" tegur Ayla. Sarah tidak mempedulikan teguran Ayla. Makin dieratkan lagi ada lah. Luth yang merasa tidak selesa melepaskan genggaman itu.

"Sarah you tak payah mengada-ada lah" kata Luth jelas tidak selesa. Ayla memandang Luth hairan. You? Bukan selama ni Luth guna 'aku, kau' dengan sotong ni?

"Alah, macamlah you tak biasa. Lagipun kita nak berkah.." pantas Luth mencela.

"Berkawan. Tapi kena ada hadnya, isteri I ada kat sini kan. Hormat lah dia sikit" geram Luth. Kalau Ayla dengar ni mahu kena serangan jantung. Dahlah Ayla ada SCA, tak kan lah dia nak bagi Ayla terkejut dengan sesuatu perkara yang tidak disukai Ayla. Kalau jantungnya berdenyut laju silap-silap SCA boleh menyerang secara tiba-tiba.

Ayla hanya diam. Macam ada something wrong.

"Apa-apa jerlah you. Yang I tahu nanti kita uruskan hal kita sama-sama tahu. Kalau boleh I nak buat yang gempak sikit. Bolehlah jemput ramai orang, macam rakan-rakan sekerja kita" sengaja Sarah memberi hint kepada Ayla.

"Apa ni bang, jemput ramai orang? Buat kenduri ke?" Tanya Ayla hairan. Sarah tersenyum sinis. Luth pula sudah gelabah.

"Haah, kenduri untuk hari bahagia. Nanti I bagi you kad" kata Sarah lalu berjalan meninggalkan mereka.

"Apa maksud dia abang? Sotong tu dah nak kahwin ke? Tapi yang dia terhegeh-hegeh dekat abang tu apa?" Tanya Ayla berhati-hati.

"Ya kut. Manalah abang tahu. Bukan abang yang nak kahwin dengan dia" sangkal Luth cuba menutupi gelabahnya.

"Tapi tadi dia cakap 'kita urus hal kita sendiri'?" Duga Ayla.

"Oh mungkin dia nak abang tolong dia edarkan kad kot" kata Luth tanpa ragu-ragu.

Ayla hanya mengiyakan.

"Jomlah balik. Ayla penat, rasa pening-pening sikit" adu Ayla sambil memeluk tangan Luth.

"Jom, nak singgah makan tak?"

"Kalau Ayla cakap Ayla nak makan makanan yang abang masak boleh tak?" Kata Ayla sambil tersenyum manis ke arah Luth. Luth mencuit hidung Ayla.

"Boleh, tapi sayang kena pantangkan? Takpa kita singgah supermarket dulu, abang nak beli bahan basah" kata Luth mesra. Ayla hanya mengangguk.

Sewaktu Luth turun ke supermarket itu, Ayla mengambil keputusan untuk tunggu di dalam kereta sahaja. Dia melihat wajahnya di cermin kereta itu. Lipbalm dikeluarkan dan dipakai.

"Barulah tak pucat" kemudian Ayla mencari tisu didalam begnya tapi tidak ada. Dashboard kereta dibuka.

Sedang Ayla mencari-cari, matanya menangkap sengkam rambut berbentuk reben.

"Siapa punya ni? Ni bukan saya punya. Ke mama punya? Tapi mama pakai tudung kan" pelik Ayla. Diletakkan kembali apabila matanya menangkap beberapa keping gambar bersusun di dashboard itu.

Dia mengangkat gambar itu, dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar itu. Siapakah?















Kalau ada salah fakta tu minta maaf ya, maklumlah saya google hahaha👀

Vote☘️

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now