PH 19 - Tipu

4.9K 170 12
                                    

Luth masuk kedalam bilik tidurnya perlahan-lahan. Dilihatnya Ayla yang sudah nyenyak tidur. Luth tersenyum nipis. Dengan perlahan dia mencium dahi Ayla sebelum bangun membersihkan diri di bilik air.

Ayla membuka matanya. Dikerling jam didinding. Pukul 2.00 pagi. Nafas dihela. Sudah seminggu Luth selalu balik lambat. Nak dikata ada hal office, bila Ayla call Kak Adibah. Kak Adibah kata yang Luth dah balik setiap pukul 5 petang. 'Abang pergi mana?'

Tidak lama kemudian, pintu bilik air dibuka. Dengan pantas Ayla menutup matanya seakan-akan tidur.

Luth baring disebelah Ayla. Ditariknya Ayla kedalam pelukannya. "I'm sorry sayang". Jantung Ayla berdetak hebat. Kenapa sorry?

"Ermm.." Ayla berpura-pura terjaga.

"Abang kejutkan sayang ke?" Tanya Luth. Diusapnya kepala Ayla.

"Abang baru balik? Pukul berapa dah ni?" Tanya Ayla sambil berpura-pura menggosok mata.

"Pukul 2 lebih"

"Abang dari mana?" Tanya Ayla. Mata memandang tepat ke arah Luth.

Luth pula memandang Ayla serba salah.

"Banyak kerja dekat office. Abang tak sedar pun dah pukul 2" kata Luth jelas menipu. Ayla terpukul dengan kata-kata Luth.

"Abang jangan tipu Ayla. Ayla tak suka" dengan pantas Ayla meleraikan pelukan Luth.

"Ayla tahu abang balik office pukul 5. Abang pergi mana? Ayla selalu tunggu abang tapi abang tak balik-balik pun" kata Ayla kesal. Luth dah bosan nak melayan dia ke?

Luth terus bangun, tangan ingin menggapai tangan Ayla. Tetapi dengan pantas Ayla melarikan tangannya.

"Sayang jangan salah faham please" pujuk Luth.

"Then jelaskan. Dah berapa lama abang tak hiraukan Ayla. Dari abang balik dari fly hari tu, sampai hari ini dah berapa lama abang abaikan Ayla" bentak Ayla.

"Dah nak sebulan abang, dan hari ini dah seminggu abang balik lambat. Pukul 2, pukul 3 pagi baru abang balik. Abang ingat Ayla tak sedar ke bila abang ada bila abang tak ada? Ayla dah cuba tanya abang tapi abang selalu cakap banyak kerja dekat office" marah Ayla. Dia bukan bodoh tak boleh fikir atau rasa yang Luth dah berubah.

Luth terkedu melihat air mata Ayla yang mengalir dipipi. Dengan pantas dirangkul Ayla kedalam pelukannya.

'Ya Allah Luth. Kau terlalu leka sampai abaikan isteri kau ni' bisik hati Luth.

"Kalau abang dah bosan dengan Ayla, abang bagitahu. Jangan buat Ayla macam tunggul" Teresak-esak Ayla menangis. Terasa gagal menjadi isteri kalau benar Luth telah bosan melayannya yang tidak tahu berbuat apa-apa.

"Tak sayang. Abang tak pernah bosan dengan sayang. Sayang lupa ke yang abang selalu sayangkan sayang?" Pujuk Luth. Diusapnya belakang Ayla lembut.

"Kalau abang dah tak nak kat Ayla, abang pulangkan Ayla dekat ayah dan ibu" semakin kuat tangisan Ayla. Dia tak pernah rasa sesedih ini.

"No sayang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang. Jangan pernah minta abang lepaskan sayang. I'm sorry kalau abang buatkan sayang rasa yang abang tak pedulikan sayang" pujuk Luth. Kesal terhadap diri sendiri kerana membuat Ayla menangis kerana dia.

'Abang tak sengaja'.

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Ayla bersuara.

"Hari Ahad ni Umai nak berangkat dah" kata Ayla perlahan.

Luth terkedu. Dia benar-benar lupa yang Ayla akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan isterinya itu akan berangkat pergi tidak lama lagi. Hari ahad? Maksudnya lagi 3 hari dia akan berpisah dengan Ayla buat suatu jangka waktu yang lama? 3 tahun 6 bulan.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now