PH 26 - Terhasut

6.7K 130 20
                                    

Luth yang sedang sibuk membuat kerja didalam bilik office itu dikejutkan dengan kehadiran Sarah.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Luth hairan.

"Nak jumpa you lah" Tanpa dijemput punggung dilabuhkan di atas kerusi depan Luth.

"Aku busylah. Ni office tempat aku buat kerja bukan tempat melepak" perli Luth.

"Alah, you ni kejap lagi masuk waktu lunch kan? I nak lunch dengan you lah ni" kata Sarah dengan nada menggoda. Luth menjulingkan matanya.

"Aku tak keluar lunch. Kau balik lah" halau Luth. Tanpa rasa malu Sarah bangun ke arah Luth. Dengan selamba ditariknya tangan Luth.

"Jomlah, I tak ada teman lah. Ella dan Adira takda dekat sini" pujuk Luth.

Luth sempat memicit kening sebelum bersetuju. Kalau tak ikut makin lama Sarah bertapak disini.

Sarah melihat Luth yang berselera menyuap makanan ke dalam mulut.

"You tak rindu ke nak makan makanan rumah? Yelah Ayla kan dah tak tinggal dengan you" Tanya Sarah penasaran. Luth sekadar mengangkat bahu.

"Tak best lah you ni. You ikhlas tak nak berkawan dengan I ni?" Rungut Sarah. Stick ayam di depannya itu sekadar dikuis-kuis. Dia bukannya lapar sangat pun, tapi sengaja mahu meluangkan masa dengan Luth.

"Apa kaitan dengan Ayla?" Tanya Luth malas. Kalau boleh nak saja dia beredar dari situ.

"Yelah dia kan isteri you. Sepanjang you duduk dengan dia mesti dia yang masakkan untuk you kan?"

"Taklah, isteri aku tak masak" tanpa berfikir panjang Luth menjawab. Sarah mengangkat kening.

"Dah tu sepanjang you duduk dengan dia siapa yang masak?"

"Yang kau sibuk sangat nak tahu ni kenapa?" Tanya Luth kasar.

"Takda lah. I terkejut jer, kan dia dah jadi isteri you. Mestilah dia kena jalankan tanggungjawab dia kan? Apa orang panggil urus rumah tangga, urus suami" kata Sarah masih tidak percaya. Dia bukan tidak tahu yang Luth gemar memakan masakan rumah.

"Diakan muda lagi. Lagipun dia mana biasa buat kerja-kerja rumah dan kerja-kerja rumah tu memang suami yang kena sediakan untuk isteri" terang Luth. Sarah mencebikkan bibir. Mengada betul. Tapi untung betul budak tu dapat kahwin dengan Luth kan?

"Tapikan dia dah jadi seorang isteri patutnya dia kenalah bertimbang rasa, belajar nak uruskan suami dia. You kan kerja lagi. You ni baik sangat kot dengan dia. Silap-silap dia pijak kepala you tahu" sengaja Sarah nak api-apikan Luth.

Luth memandang tajam ke arah Sarah.

"You nak makan ke nak memburukkan orang ni?"

"You ni serious sangatlah. I cakap jer" kata Sarah.

"Cepatlah makan, aku nak balik office" kata Luth.

"You dah lama kan kahwin dengan Ayla? You tak rancang nak timang anak lagi ke? Seingat I you suka budak-budak kan?" Tanya Sarah ceria. Luth menghelakan nafas. Kalau ikutkan hati sekarang juga dia buatkan isterinya itu mengandung. Rindu pula dengan Ayla hmm.

"I memang nak anak tapi bukan sekarang. Aku nak tunggu isteri aku betul-betul bersedia dulu" sebaik sahaja Luth menghabiskan kata-katanya Sarah terus tertawa kecil. Luth menjongketkan kening.

"You ni naif sangatlah Luth. Entah-entah dia tak puas lagi nak berseronok, yelah muda lagi kan" Sarah menggelengkan kepalanya.

"I ni kadang-kadang tertanya juga, Ayla tu cintakan you ataupun tak" kata Sarah sambil tertawa kecil.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now