PH 21 - Bekal

5.6K 162 12
                                    

Masuk sahaja mereka ke dalam rumah Ayla terus menarik tangan Luth dari terus menaiki tangga.

"Betul ke rumah ni sotong tu yang pilih?" Tanya Ayla serius. Tolonglah bukan.

"Haah, tapi bukannya dia pilih seorang pun. Rumah ni memang pilihan abang sebelum nak beli dulu. Ni kenapa masih nak panggil Sarah tu sotong. Kan Umai dah maafkan dia?" Balas Luth pelik.

"Jadi semua perabot dalam rumah ni sotong tu punya? Umai tak habis fikir kenapa abang bawa Umai tinggal rumah ni" kata Ayla sebal. Apa ingat dia perlu bergembira bila tahu rumah yang dia tinggal sebagai 'rumah kita' rupanya pilihan ex-girlfriend suami dia?

"Apa sayang ni. Tak elok lah macam tu. Look, rumah ni memang Sarah dan abang yang sama-sama cari dulu. Tapi semua yang dalam ni abang yang cari. Tak mahu lah marah-marah pasal rumah ni yang" pujuk Luth. Dipegang kedua bahu Ayla. Tapi dengan pantas Ayla menjauhi Luth.

"Habis tu abang nak Ayla bergembira bila tahu rumah yang Ayla duduk ni pilihan abang dan ex-girlfriend abang tu? Ex-girlfriend abang tu boleh berbangga cakap yang rumah yang kita duduk ni pilihan dia, habis Ayla? Nak berbangga oh rumah ni bekas kekasih suami saya yang pilih? Macam tu?" Marah Ayla sedikit kasar. Terasa seperti harga diri dipijak-pijak.

Luth menghela nafas perlahan. "okay abang minta maaf. Tapi nak buat macam mana, abang dah beli rumah ni takkan nak biar jer?"

"Abang expect apa bila bawa Ayla duduk sini? Ayla tak kisah siapa yang pilih or beli rumah ni. Kalau Sarah yang pilih rumah ni pun Ayla tak kisah, selagi dia tu bukan sesiapa dalam hidup abang sebelum ni. Cuba abang fikirkan. Isteri mana yang bergembira bila tahu rumah yang dia duduk ni adalah pilihan bekas kekasih suami dia? Nanti bila orang-orang tanya 'cantik rumah. Pandai cari', Ayla nak jawab apa? 'Biasalah bekas kekasih suami saya yang pilih' macam tu?"

Perlahan-lahan air mata merembes ke pipi. Terluka dengan sikap Luth yang memenangkan Sarah dari tadi. Kenapa? Cinta lama dah berputik kembali ke? Atau Luth dah bosan dengan dia? Lupa kah Luth yang Ayla ini isterinya?






















          Ayla keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Luth yang melihat terus memeluk Ayla erat.

"I'm sorry sayang. Abang tak bermaksud nak buat sayang menangis. Kalau sayang tak suka kita boleh pindah dari sini. Kita cari rumah lain? Abang tak nak isteri abang ni sakit hati dengan abang" pujuk Luth. Dia juga ikut terluka apabila melihat air mata Ayla jatuh kerana dia. Dia benar-benar tidak tahu bahawa Ayla akan marah apabila tahu rumah ini adalah pilihannya dengan Sarah lama dulu. Yelah dia dengan Sarah kan memang bercinta sampai merancang nak kahwin, dan bila mereka berpisah pun dia terpaksa juga membeli rumah ni sebab dah tandatangan surat jual beli.

"Sayang. Please, maafkan abang. Sayang dah nak pergi dah lepas ni. Takkan lah abang nak biarkan isteri abang ni pergi dalam keadaan marah, bersedih dengan sikap abang" pujuk Luth lagi. Ayla akhirnya tersenyum nipis. Tak perlulah nak marah lama-lama kan?

"Okay Umai maafkan. Umai pun nak minta maaf dengan abang sebab marahkan abang tadi" kata Ayla. Pelukan Luth dibalas erat.

"Thank you sayang" luth mencium dahi Ayla lama.

"Seksilah sayang ni. Jom mandi" ajak Luth nakal. Ayla terus membulatkan mata.

"Abang Umai dah mandi" bantah Ayla.

"Siapa suruh tak tunggu abang. Abang dah plan nak mandi dengan sayang lepas kita balik berjoging pagi tadi tau" kata Luth selamba. Ditariknya pinggang Ayla rapat ke dirinya.

"No. Tak mahu Umai dah mandi" Ayla mencuba melepaskan diri dari Luth. Bahaya!

"No, no, no sayang" kata Luth nakal. Dengan selamba diangkat Ayla ke bilik air.

PILIHAN HATI Место, где живут истории. Откройте их для себя