PH 24 - Happy Anniversary

7K 166 6
                                    

Luth yang duduk di sofa hujung bilik itu terganggu apabila mendengar racauan Ayla.

"Abang..abang, Umai rindu"

Luth mendekati Ayla yang sedang tertidur di atas katil itu lalu dibelainya rambut Ayla.

"Sayang, bangun" kejut Luth. Dah lama Ayla tidur sejak dia menangis di dada Luth tadi.

"Abang!" Terjerit Ayla apabila sedar. Entah apa yang dimimpikannya.

Mata Ayla terus menangkap Luth yang duduk merenungnya. Dan tanpa bicara Ayla terus memeluk leher Luth.

"Abang, Umai minta maaf. Jangan tinggalkan Umai" rengek Ayla. Mimpinya tadi bagai benar-benar terjadi. Ada ke patut dia mimpikan Luth dan Sarah berkahwin dan tinggalkan dia.

"Mana ada abang nak tinggalkan isteri kesayangan abang ni" pujuk Luth.

"Abang" panggil Ayla lagi. Luth hanya mengusap-usap rambut Ayla. Membiarkan Ayla melayan perasaannya.

"Jom bersiap, abang hantar sayang balik U, esok ada kelas kan?" Tanya Luth. Sengaja. Padahal dia dah tahu Ayla tak ada kelas esok. Semuanya berkat Maria yang membantunya untuk memeriksa jadual Ayla.

"Tak mahu. Umai nak duduk sini. Abang jangan hantar Umai balik" pinta Ayla. Dengan selamba Ayla melabuhkan duduk di riba Luth.

"Habis kelas sayang?"

"Tak ada. Umai tipu" jawab Ayla bersama muka yang tercebik-cebik. Luth tergelak kecil. Gara-gara marah, benda yang tiada di adakan.

"Kalau macam tu sayang mandi dulu? Abang ada sediakan baju buat sayang dalam tu. Nanti sayang pakai ya" kata Luth lembut. Dibelainya pipi Ayla. Rindu benar dia dengan isterinya ini.

Ayla mengikut langkah Luth ke depan pintu bilik air. "Abang tak nak join?" Tanya Ayla malu-malu. Luth tersenyum. Mahu saja dia menjawab 'nak' tetapi disabarkan.

"Takpa. Abang tunggu sayang dekat balkoni" Ayla mengangguk hampa. Baru nak manja-manja dengan Luth.



           Luth berdiri di balkoni itu tanpa baju. Dia hanya berseluar. Tak sabar nak tengok Ayla. Dia pun dah lama 'berpuasa'. Kepala digelengkan. Jangan fikir yang bukan-bukan Luth.

"Abang" kedengaran suara kesayangannya itu. Luth memusingkan kepalanya memandang Ayla.

Air liur ditelan. Seksinya budak ni. Dengan lingerie merah yang sangat nipis dan jarang. Dapat dilihat bentuk tubuh Ayla dengan jelas. Dilihatnya wajah Ayla yang malu-malu itu.

"Come" ajak Luth.

Ayla berjalan ke balkoni itu dengan perasaan malu. Sedikit terkejut melihat susunan meja itu. Luth mengajak Ayla untuk duduk di meja yang terhias cantik. Dengan lilin yang menerangi meja, makanan yang terhidang. Ayla terus memandang wajah Luth.

Luth tersenyum melihat riak Ayla.
"It should be a very romantic candle light dinner for us baby" tangan Ayla dicapai. "Tapi nampaknya sambutan anniversary kita cuma disini. Balkoni bilik hotel ni" kata Luth sambil tersenyum nipis.

Ayla menutup mulut menggunakan sebelah tangannya.

"Jangan cakap surprise abang tu sebenarnya.."

"Yes. Abang ingatkan nak surprise kan sayang. Makan kat restaurant, pakai baju cantik-cantik macam princess. But tak kesampaian" luah Luth. Segala rancangannya, dari tempahan meja buat mereka terpaksa dibatalkan kerana kehilangan Ayla itu.

"Abang I'm sorry" kata Ayla sayu. Air mata jatuh membasahi pipi. Terasa bersalah. Kalaulah dia bawa telefon dia bersama mesti tak jadi macam ni.

"Takpa. Abang yang patutnya say sorry. Abang tersilap langkah bila langsung tak hubungi sayang" pujuk Luth. Dia sedar dia sepatutnya call isterinya ini supaya tidak ada salah faham berlaku.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now