PH 27 - Daddy

7.6K 162 4
                                    

Luth terbangun pagi itu dalam keadaan mamai. Dilihatnya keadaan sekeliling. Perlahan-lahan dia bangun dari sofa itu. Sakitnya belakang. Kepala ligat memikirkan kejadian semalam. Spontan tangan naik meraup wajah. Dia sepatutnya berfikiran matang. Tak semena-mena semalam dia menjejakkan kaki ke dalam lembah syaitan itu. Kelab malam.

Tanpa berlengah dia bangun membersihkan diri. Kalau ikutkan hati mahu saja dia bermalas-malasan sepanjang hari. Tapi dia kena pergi pejabat juga lepas ni.

Adibah memandang Luth yang masam muka itu. Rindukan Miss Ayla kot.

"Boss" Adibah memanggil. Luth mengangkat kening. Apa?

"Miss Ayla call tanya pasal boss. Dia cakap dia risaukan boss" kata Adibah. Terkejut juga dia apabila di call Ayla malam tadi.

"Tolong belikan saya telefon baru, telefon lama saya rosak" pesan Luth lalu masuk ke dalam bilik kerjanya itu.

Adibah hanya mengiyakan. Mood boss tak okay. Tak nak lah dia tanya lebih-lebih.

Luth memasukkan sim kadnya ke dalam telefon baru itu. Nombor Ayla ditenung nak call ke tak?

Tanpa menunggu lama panggilan itu disambut namun yang megejutkan dia, bukan Ayla yang menjawab.

"Hello"

"Who is this?" Tanya Luth kasar. Berani sungguh Ayla rapat dengan lelaki lain selain dia.

"Daddy" kedengaran suara Ayla yang sedikit tercunggap-cunggap memanggil 'daddy' itu.

"Hey" 'Daddy' itu menghulurkan telefon itu kepada Ayla yang baru sahaja berhenti berlari dari toilet hospital itu. Ayla melihat nama pemanggil. Serta merta bibirnya menguntum senyuman manis.

"Abang, finally abang call sayang" sapa Ayla. Luth hanya diam. Otaknya seakam bercelaru, tidak dapat berfikir dengan baik.

Lama menanti tetapi tiada balasan dari Luth. "Abang?" Panggil Ayla lembut. Risau pula dengan sikap Luth. Selalunya Luth lah yang paling gembira dan teruja ingin bercakap dengannya.

"Kalau abang nak sayang berhenti belajar, boleh tak sayang ikut cakap abang?" Tanya Luth serius. Ayla terkedu. Kenapa tiba-tiba?

"Abang, okay tak ni?"

"Tak apa lah lupakan" Luth meraup wajahnya. Apa dia cakap ni.

"AYLA let's go home" ajak 'daddy' itu.

Luth yang mendengar terus terkaku. Apakah semua ini?

"Abang I'll call you later okay? Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Luth menjawab perlahan. Dia terus terduduk di sofa itu. Fikirannya melayang. Serta merta adegan Sarah yang daring ketika zaman mereka belajar dulu bermain difikirannya. Dia ingat dengan baik bagaimana Sarah rapat dan bermanja dengan lelaki lain didepan dia. Kalau dulu dia bodoh sebab percayakan kata Sarah yang hubungan Sarah dan 'lelaki-lelaki' itu hanya kawan, kali ini dia tidak akan menjadi bodoh. Dia tidak akan tertipu kali ini.


































































Ayla membantu seorang lelaki yang agak tua untuk masuk kedalam rumah. Lelaki itu berjalan menggunakan tongkat.

"Duduklah" kata lelaki itu bersama pelat Bahasa Inggerisnya.

Jangan terkejut kenapa lelaki Inggeris di depannya ini boleh berbahasa Melayu. Ayla yang pada awalnya terkejut juga apabila mengetahui kebolehan lelaki itu untuk berbahasa Melayu. Apabila ditanya lelaki itu menjawab, dulu dia berkahwin dengan orang Melayu. Sebab itulah dia boleh berbahasa Melayu sikit-sikit. Nama lelaki yang dipanggil 'daddy' itu adalah Lucas Benjamin. Ayla yang mula-mula mendengar nama itu seakan pernah mendengar nama itu. Apabila disuarakan kepada lelaki itu, lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah ahli perniagaan berjaya dunia. Walaupun agak melebih tapi itulah kenyataannya.

Entah mengapa sejak dari awal pertemuan Ayla dan Mr. Lucas, mereka sangat selesa sesama sendiri. Macam seorang ayah dan anak. Dan sebab itu juga Ayla bersetuju menjadi anak angkat Mr. Lucas. Selain dari dia kesiankan Mr. Lucas yang begitu merindui anaknya itu.

"Do you want tea or coffee?"

"Ayla nak coffee" pinta Ayla. Mr. Lucas menganggukkan kepalanya sebelum memanggil maid disitu.

"Make yourself at home" pesan Mr. Lucas sebelum berlalu ke biliknya untuk memukar pakaian. Ayla hanya mengangguk sebelum dengan selamba dia berdiri melihat hiasan ruang tamu itu. Console table kemas tersusun dilihat.

Gambar seorang budak bersama seorang lelaki inggeris dilihat.

'Mesti ni daddy masa muda. Yang ni pula anak dia' fikir Ayla. Ditenung gambar budak lelaki yang memegang tangan Mr. Lucas didalam gambar itu.
Budak itu tersenyum lebar walaupun 2 gigi didepan tiada.

'Kecil-kecil dah hensem mesti sekarang lagi hensem kan? Tapi sayang tak menghargai orang tua' Gumam Ayla.

Entah mengapa dia seakan-akan pernah melihat raut wajah budak itu. Mungkin dekat internet? Atau majalah? Yelah Mr. Lucas kan businessman.

Lama Ayla meluangkan masa dengan Mr. Lucas sebelum dia meminta diri untuk pulang. Mr. Lucas agak sedih nak berpisah dengan Ayla. Kehadiran Ayla sedikit sebanyak mengubat rindunya terhadap anak-anaknya.

Kalaulah dia buat pilihan yang tepat beberapa tahun lalu, mesti dia hidup bahagia bersama keluarganya kan?












Vote✨✨

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now