PH 23 - Menghilang

4.6K 163 6
                                    


[Dengan ini saya nak bagitahu, kalau ada broken english abaikan jer hahaha]

.

.

.

Tepat pukul 11:30 malam Luth tiba didepan gate Universiti tempat Ayla belajar. Kelihatan seorang perempuan berambut blonde sedang menanti di situ. Dengan pantas Luth turun dari kereta sewanya itu.

"Maria?" Tanya Luth.

"Ya, you're Ayla's husband right?" Balas Maria pula.

"She still didn't come back yet?" Tanya Luth. Maria menggelengkan kepala. luth menghelakan nafasnya. Ayla pergi mana?

Bangun sahaja daripada tidur tadi, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dengan tergesa-gesa dia bangun melihat telefon, kalau-kalau Ayla ada menghubunginya kembali. Namun hampa apabila tidak ada tanda-tanda Ayla menghubunginya kembal. Luth terus menghubungi nombor Ayla kembali tetapi bukan Ayla yang bercakap dengannya.

Teman sebilik Ayla, Maria yang mengangkat telefon itu dan alangkah terkejutnya Luth apabila mengetahui yang Ayla belum pulang ke dorm itu sehingga kini.

"Ayla's phone" Maria menghulurkan telefon milik Ayla. Luth hanya menyambut. Risaunya pada Ayla bukan main. Dimana lah Ayla pergi sekarang ini.

"Can you give me a call when Ayla come back home?" Tanya Luth sambil menghulurkan kertas yang bertulis nombor telefonnya. Maria hanya mengangguk sambil menyambut kertas itu. Dia juga risau akan Ayla. Ayla bukannya arif sangat dengan jalan di kota ini.

Luth meninggalkan perkarangan universiti itu. Dia tidak terus pulang ke hotel tempat dia menginap, dia memandu kereta sewa itu perlahan-lahan sambil meninjau tempat-tempat berdekatan universiti itu. Mana lah tahu kalau dia menjumpai Ayla disitu. Luth memberhentikan keretanya di tepi jalan. Diletakkan kepalanya di atas stereng kereta itu. Runsing memikirkan keberadaan Ayla.

Ring!!

Telefonnya berdering. Dengan pantas dia mengambil telefonnya, kalau-kalau panggilan itu berkaitan Ayla.

"Hello?"

"Hello, Mr Luth?" Tanya si pemanggil.

"Yeah, it's me"

"Its 12'o clock, you are not coming? Are you going to cancel all the plan?"

Luth menghelakan nafas perlahan. Plan suprise buat Ayla tidak menjadi. Apa kan daya Ayla menghilang.

"Yeah, I'm sorry but I have to cancel all the plans" kata Luth perlahan.

Perasaan Luth bercampur baur. Risau, bersalah, terkilan semualah. Terasa gagal menjadi suami buat Ayla apabila Ayla menghilang pun dia tidak tahu mahu membuat apa. Kalaulah ini Malaysia mungkin agak senang untuk dia mencari keberadaan Ayla. Tanpa menunggu lama Luth kembali ke hotel tempat dia menginap.





















































[3 hari kemudian]

Ayla masuk ke dalam bilik dormnya dalam keadaan lesu. Plastik yang berisi ubat diletak di atas meja. Tanpa menunggu masa, dia terus membersihkan diri di bilik air.

Keluar sahaja dia, kelihatan Maria yang memandangnya dengan riak risau.

"Where have you been?" Gesa Maria. Ayla menggeleng kepalanya. Tidak larat mahu menjawab. Selepas memakai pakaian, Ayla terus mencari telefonnya. Rasanya haritu dia tinggalkan dibilik ini.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now