PH 32 - Gugur

7.5K 195 28
                                    

Luth yang sedang leka berkucupan dengan Sarah didalam bilik officenya itu tersentak apabila telefonnya bergetar di poketnya. Pantas ditolaknya tubuh Sarah dari ribanya.

Sarah mendengus. Kacau betullah.

"Hello mama" sapa Luth tanpa nada.

"Luth dekat mana? Luth tak angkat call dari Ayla ke?!" Sembur Puan Salmah geram.

Luth mendengus kecil. Tak pasal-pasal mama marahkan dia. Mesti budak tu melapor.

"Ohh budak tu sebarkan aib Luth ya?" Tanya Luth bagaikan minta penampar.

Puan Salmah disebelah sana membulatkan mata.

"Luth!"

"Anak mama siapa sebenarnya? Luth atau budak tu?!" Marah Luth kasar.

"Mama tak tahu apa dah jadi dengan kamu berdua ni tapi Luth tak boleh abaikan isteri Luth. Dia perlukan suami dia" pujuk Puan Salmah. Dia tak boleh ikut marahkan Luth nanti Luth makin panas, dan tidak mahu berfikir dengan rasional.

"So? Ada dia fikirkan pasal Luth? Luth tak peduli lah mama. Luth tak cintakan dia. Luth akan berkahwin dengan cinta hati Luth" kata Luth sambil mengorek telinga. Sarah pula tersenyum manis. Akhirnya!

Dengan selamba dia kembali duduk di riba Luth. Leher Luth dipaut. Sebelah tangan Luth memaut pinggang Sarah.

"Ayla masuk hospital nak. Dia keguguran" kata Puan Salmah sambil menangis. Kecewa dengan sikap Luth.

Dang!!

Apakah?

"Luth pergi jumpa Ayla. Tak pun call lah dia. Dia perlukan suami dia" pujuk Puan Salmah sebelum mematikan panggilan. Luth masih terkaku dengan telefon masih menekup di telinga. Sarah hanya memandang Luth hairan.

"You okay sayang?" Tanya Sarah sambil mengusap dada Luth.

"Isteri I keguguran" kata Luth perlahan. Perasaan aneh menyapa diri. Ayla keguguran? Masih tidak percaya.

Sarah terkejut apabila Luth bangun secara mendadak. Di kemaskan barangnya sebelum berlalu pergi. Sempat dipesan kepada Adibah supaya membelikannya tiket paling awal ke UK.

"Luth! Sayang tunggu I. Siapa nak hantar I balik?" Sarah menghentakkan kaki. Dijeling Adibah yang memandangnya pelik.

'Semua sebab perempuan sial tu' rungutnya sebelum meninggalkan pejabat itu.

.

.

.

Luth tiba di depan hospital pada lewat malam. Masa penerbangan selama 16 jam lebih bagaikan berhari. 

Luth melihat Ayla yang sedang tertidur melalui cermin kecil pintu itu.

Perlahan-lahan tombol pintu di pusing.

Muka pucat Ayla menjadi tatapannya.

'Allah, isteri aku' Baru sekarang nak ingat Allah Luth?

"Sayang, abang datang. I'm sorry sayang" Luth menggenggam tangan Ayla. Diciumnya tangan itu lama. Rindunya pada Ayla.

Tanpa sedar air mata Luth jatuh ke pipi Ayla semasa Luth mencium dahi Ayla. Perlahan-lahan Ayla membuka mata.

"Abang?" Sapa Ayla dengan suara serak.

PILIHAN HATI Where stories live. Discover now