" kitorang akan cuba bantu Xander untuk ingat kau balik, tapi buat masa ni kita perlu bersabar. Sebab takkan ada satu pun yang kita boleh buat bila hal ni dah melibatkan campur tangan keluarga" diri yang ralit mendengar bicara dari Alesya segera terhenti apabila telephone yang berada di sisi katil berbunyi nyaring sebelum di capai.

Notifikasi yang di terima membuatkan dirinya terkaku. Wajah Mel dan Alesya yang turut memandang satu sama lain setelah melihat pesanan tersebut turut terdiam. "aku tak pasti dia siapa, tapi aku akan pastikan Xander akan ingat kau semula Vy, itu janji aku"

Usapan pada lengan membuatkan dirinya tersedar. "aku tak sangka Sya, dah hampir 3 bulan aku tak nampak muka dia. Setiap hari aku terseksa,aku cuma mampu tengok dia dari jauh. nak peluk dia pun aku tak mampu, dan kalau di beri peluang aku nak cakap aku minta maaf sebab tak halang dia pergi masa tu"

Air mata yang hampir mengalir segsra di seka Alesya. "jangan nangis Vy, this is the right time to make him remember again about you" usapan pada belakang tubuh membuatkan dirinya menundukkan wajah. "macam mana kalau dia tak ingat langsung pasal aku? Dah nak dekat 3 bulan, tapi dia langsung tak cari aku Sya. Every day aku nampak dia dengan Evie jadi bualan dekat media sosial. Tiap hari juga aku Terseksa"

"jangan macam ni Vy, aku yakin dia tak lupakan kau langsung. Cuma tak ada seorang pun yang kenalkan dia dengan kau. Ambil peluang malam ni untuk dekati dia. Aku tahu, Xander mesti ingat kau" bicara dari si gadis segera meneriama anggukan darinya.

"eh? Kenapa nangis ni Vy?" wajah Mel yang terpacul di sebalik pintu membuatkan dirinya tersedar sebelum tangan segera di tarik keluar dari bilik beradunya. Kaki di bawa ke arah kenderaan yang telah di sediakan sebelum tubuh berlabuh ke dalam bersama yang lain.

"relax and enjoy the party, aku dah settle down pasal kau. You look stunning today! Aku pasti Xander akan terpaku tengok kau" kepala Mel yang turut mengangguk perlahan membuatkan dirinya tersenyum kecil. Kenderaan yang berhenti tepat di hadapan pintu utama mansion membuatkan dirinya gugup.

"ready?" hanya sebuah anggukan yang di berikan sambil tangan di tarik perlahan Mel yang berada di hadapan. "that she is Zyra Walther? Damn she look beautiful" suara jejaka yang berada di hadapan hanya di balas dengan senyuman kecil. "dude, she smile at me! Gosh!"

Suara-suara yang berbisik mengenai dirinya hanya di hiraukan, wajah sedaya upaya di maniskan. Mata-mata yang tidak lepas merenung dirinya sedaya upaya di balas dengan senyuman meskipun hambar namun tidak mampu merosakkan wajah anggun yang terdapat pada dirinya.

Pandangan terpesona , benci serta tidak puas hati apabila melihat dirinya tidak mampu mengusik hati yang bergelojak menanti wajah si jejaka. Saat diri terleka bersama George yang berada di sisi selepas pemergian Mel dan Alesya, tubuh seakan ingin melorot jatuh melihat kemesraan Xander bersama Evie yang seakan pasangan kekasih.

Pegangan pada lengannya membuatkan diri tersedar dengan kehadiran George yang cuba untuk menyalurkan kekuatan buat dirinya. Masa seakan terhenti saat melihat langkah kaki si jejaka yang menghampiri dirinya. Hati menanti penuh debar saat membalas tatapan mata hitam yang sentiasa berjaya membuatkan dirinya jatuh cinta kepada si jejaka.

Senyuman yang di ukir seakan hambar apabila pelukan yang di nanti rupanya hanya sebuah sapaan buat George yang berada di sisi. Wajahnya seakan tidak hadir pada kornea mata si jejaka. Sekali lagi hati seakan di hiris dengan pisau saat melihat Xander yang memandang George, seakan dirinya tidak pernah hadir di sekitar mereka.

"How can you be here George? I've been asked all of my family about you. But they just said to me,that you're not one of my guard" suara yang datar menyapa George meskipun tidak menyedari kehadirannya sedikit sebanyak mampu merawat kerinduan buat si jejaka. "it's true maestro, now i work for Miss Zyra"

Saat nama di bicarakan George dengan tidak semena wajah dingin tanpa senyuman segera beralih memandangnya. Senyuman yang di berikan hanya di pandang sekilas si jejaka. "i got to go, and Miss Zyra enjoy the party." seakan tanpa perasaan dirinya di tinggalkan bersama George.

"sabar Miss Zyra, i know he still love you but he can't remember you" wajah Xander yang sentiasa tersenyum bersama Evie semakin mencarik hatinya yang sedia luka sejak pemergian si jejaka. "saya nak ke ladies, no need to follow me" usai memberi arahan kepada George tubuh segera di bawa ke arah tandas wanita.

Saat dirinya berlalu ke arah yang di tuju tanpa sedar setiap gerak gerinya di perhatikan sepasang mata. Kepala yang berdenyut kuat serta jantung yang berdebar saat melihat wajah si gadis membuatkan dirinya sukar untuk mencerna keadaan sekeliling.



"i can't live without you. Your my love and my soul"

___________________________________

Don't forget to vote♥️

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now